YB VIRAL PENGECUT KATA NETIZEN


 Kata Rafizi Ramli, YBM (Yang Bakar Menteri) adalah podcast yang akan jemput sesiapa sahaja yang berani tanya soalan secara berdepan dengannya.


Jemputan (mangsa) utama, YB Viral dah pun hangus terbakar. Baru kena cuit sikit tu. So Rafizi tanya siapa patut dijemput selepas ni?


Aku nak cadangkan ajak Raja Petra pulak. Dia tu pun pujaan walaun gak tu. Aku yakin dia takkan berani tapi nak bagi walaun nampak yang dorang puja semuanya jenis penakut. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SULAIMAN ABDULLAH BANYAK JASANYA DALAM KES LIWAT

 





Saya terima khabar yang amat sedih bahawa mantan Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia semalam. Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir. Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa. Saya amat terkesan saat menerima berita ini tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja. Mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan ruh almarhum diberi tempat yang istimewa di sisi Allah SWT. 


ANWAR IBRAHIM



SEMUANYA BERLAKU DI ZAMAN PN.

 

Mohd Iznil Naim


Mahkamah batal perintah larangan ke atas buku 'Gay is OK' berlaku di zaman kerajaan PN dimana PAS adalah sebahagian dari kerajaan. 🀦🀦Tepok



JAWAPAN CAM AKAI TAK DAK

 

Learry Jabul



Adooiii laaaa.... Pls la jangan pergunakan bangsa untuk perisai politik... Berpuluh tahun orang melayu duduk di kampung n luar bandar pun nasib mereka tidak terbela... Jika duduk di kampung pun orang melayu masih ramai lagi yang miskin, ini kan pula kalau pindah kan mereka ke kawasan bandar... 

Pendapatan isi rumah rm5k ke bawah adalah kategori miskin bandar... Nak tengok ramai lagi ke orang melayu jadi miskin bandar semata-mata untuk pastikan agenda politik kamu orang nihh bertapak kukuh??


 Jika Orang melayu dalam kemiskinan bukan kamu orang mahu datang tolong pun...


MALAS AKU NAK COPY TULISAN RINGKAS CAM GINI. TAPI NAK JAWAB SI BODOH COPY JA. APA SALAHNYA TULIS GUNAKAN BAHASA PENUH UNTUK ORANG RAMAI MEMBACA.







KAH KAH...RAMAI BODO PIANG KOMEN

 


Besarkan kegagalan orang lain adalah satu cara yang berkesan untuk menutup kegagalan sendiri. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.

MEREKA MEREKA SAJA LAH ISLAMNYA


Che Ibrahim
 


Termasuk ramai puak yang mengaku berjuang Islam, orang lain tak islamik belaka, tapi mereka sendiri guna sistem konvensional.

Sanggup buat undang undang @ enakmen syariah sapa sapa yg bermuamalat dengan muamalat yg tidak Islam atau riba adalah satu jenayah syariah. Tapi mereka sendiri tak amal pun.







WALAUN BUKAN SEMUANYA. BENGGONG


 Mula-mula aku start page ni aku kata nak block semua walaun. Sebab geram bila page asal aku kena peram lepas walaun report


Tapi lepas tu aku lunak sikit. Tak ada walaun pun tak best. Jadi mana-mana walaun yang komen elok, tak mencarut, aku biarkan. Yang komen biadab, mencarut baru aku block terus.


Rupanya bila aku buat macam tu, sama je macam aku block semua. Sebab majoriti walaun masuk je terus mencarut/maki hamun.


Apa yang lebai bagi makan walaun sampai jadi begitu sekali agaknya? Dah tak serupa perangai manusia dah aku tengok. Pelik juga yang mengaku nak syurga Allah tapi tak jaga akhlak.


Sebab tu yang ada anak tu, hati-hatilah. Jangan bagi anak jadi walaun. Nanti kita dah ajar elok dah, sekali dia dengar ajaran lebai terus jadi biadab. Bikin malu keluarga je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BETULKAH KJ AMBIL BERAT TENTANG TOK MAT ?


 Aku ada tengok sedutan podcast Keluar Sekejap KJ dan Shahir. Dalam podcast tu nampaknya KJ macam ambil berat betul dengan Tok Mat. Dia risaukan masa depan politik Tok Mat terancam bila dipindahkan ke Kementerian Luar.


Ye ke KJ risaukan Tok Mat? Bukan Tok Mat ke yang ambil kerusi KJ hingga KJ bertanding di parlimen lain dan kalah? Dah kena macam tu pun KJ masih ambil berat tentang Tok Mat ye?


Sebenarnya tak. Apa yang KJ buat bukan dia kisahkan karier Tok Mat. Tapi dia cuma nak ciptakan tanggapan buruk pada Zahid. Dia mahu tunjuk kononnya Zahid diktator dan sedang mencengkam UMNO dengan kuku besi. Itu saja niatnya.


Dendam KJ pada Zahid bukan baru. Dendam tu dah lama. Dari sejak KJ kalah kepada Zahid untuk jawatan Presiden dalam pemilihan selepas PRU14. Masa tu KJ dakwa berlakunya politik wang dalam pemilihan yang menyebabkan dia kalah.


Kemudian KJ tukar strategi. Dia tak nak rebut jawatan Presiden tapi team up dengan Ismail Sabri. Malangnya jawatan Presiden tak dipertandingkan pula. Sekali lagi KJ kempunan. Akhirnya dia dipecat dari UMNO. Dan itu adalah kemuncaknya.


Tapi katakanlah kalau KJ jadi presiden UMNO kan, apa kelainan yang dia akan bawa? Aku fikirkan, sebenarnya tak ada apa pun. KJ kalau jadi presiden UMNO, dia akan buat apa yang Zahid telah, sedang dan akan buat sebab tak ada pilihan lain.


Adakah KJ akan bawa UMNO sebagai pembangkang? Tak mungkin. KJ nak bekerjasama dengan PN? Juga agak sukar. KJ bukannya selari dengan PAS. Kalau PN sebagai kerajaan mungkin juga. Tapi kalau sebagai pembangkang, memang tak la.


Jadi kalau KJ presiden, dia pun akan bekerjasama dengan PH. Sebab dia pun tahu, satu-satunya cara untuk UMNO kekal relevan adalah menjadi kerajaan yang memerintah. Kalau UMNO jadi pembangkang, lebih susah nak bangkit.


Cuma bezanya, kalau dia jadi presiden, jawatan TPM tu dia yang punya. Atau kalau jadi Timbalan Presiden pun, setidaknya dapat dia jadi menteri. Tapi sekarang dapat jadi DJ je. Itu yang dia marah sangat ke Zahid tu. Incomenya terjejas.


Sebenarnya podcast Keluar Sekejap tu bukan tak elok. Bagus ada podcast begitu yang bercerita soal politik semasa. Cuma kalau podcast itu bercerita tentang UMNO, maka ia akan jadi tak valid. Sebab kedua-dua 'bintang" dalam podcast itu akan ada bias bila bicara tentang UMNO. KJ dan Syahir sama-sama pemimpin UMNO yang disingkirkan.


Aku rasa KJ kalau nak aktif balik politik, dia kena join sama ada PAS atau Bersatu. Tak boleh tunggu UMNO lagi. Bersatu pun ketandusan pemimpin. Begitu juga PAS. Sampai terpaksa letak MB jadi calon parlimen sebab tak ada pemimpin berfikiran korporat.


Kalau KJ join Bersatu, boleh la dia cuba ambil tempat Mahiaddin. Itu lebih mudah dari nak jatuhkan Zahid dan lebih berfaedah dari sibuk bercakap soal UMNO. Lagi pun walaun percaya cakap dia. Kalau dia join PN tentu walaun suka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIAPA NAK BAKAR MENTERIπŸ”₯




Rafizi Ramli


Berhari-hari meroyan seorang aktivis maya (cyber activist) pembangkang selepas kena cuit dengan saya.


Ada pelbagai reaksi kepada langkah saya melayan kandungan-kandungan aktivis maya ini. Sebahagian besar menyokong (berdasarkan maklum balas di media sosial), segelintir merasakan seorang menteri tidak boleh bersuara.


Ada dua jenis yang berhujah menteri tidak boleh bersuara. 


Pertama, mereka yang merasakan menteri mestilah menjaga standard sendiri dan tugas menjawab serangan aktivis maya ini adalah tugas cyber trooper. Saya rasa mereka kebanyakannya dari kalangan pengundi atas pagar.


Kedua, kumpulan yang menjawab “menteri tumpu buat kerja menteri”, seolah-olah memberi pencerahan itu bukan tugas menteri. Pada pemerhatian saya, kebanyakan yang berhujah begini adalah aktivis maya pembangkang.


Namun secara keseluruhannya, majoriti reaksi di media sosial menyokong langkah menangani dakyah pembangkang ini secara berdepan.


Sebab itu saya cuit seorang yang menggelarkan dirinya YB Viral. Dia bukanlah penting atau berpengaruh pun, tetapi reaksinya sebelum, semasa dan selepas dicuit menggambarkan watak sebenar aktivis maya pembangkang.


Sebelum dicuit, mereka adalah jenis yang suka mempertikaikan segalanya. Kalau pertikaian itu berasaskan fakta dan perspektif yang benar, saya kira itu boleh diterima.


Tetapi pertikaian yang dibawa berunsurkan maki hamun, jeritan dan emosi kerana mereka tidak faham pun isu-isu ekonomi yang cuba dibawa.


Semasa dicuit, mereka menggelabah dan menggelupur. Terbongkarlah watak mereka yang sebenarnya hanya berani baling batu sembunyi tangan.


Mereka tidak berani berhujah di depan, mereka lari jika dicabar dan mereka takut dengan tindakan undang-undang (kerana mereka tahu banyak kandungan mereka melanggar undang-undang jika dibawa ke mahkamah).


Selepas dicuit, mereka akan pusing untuk mengalih tumpuan kepada perkara-perkara picisan. Dalam kes YB Viral, hujahnya berkisar mengenai “debat dan podcast”. Konon podcast itu bukan debat, sedangkan semua orang tahu podcast adalah platform. Sebarang perdebatan boleh sahaja dibuat di mana-mana platform - dalam dewan, TV, radio atau podcast di internet. Debat itu maksudnya bersemuka (bukan menjerit maki hamun di cermin).


Itulah tujuan saya - untuk menunjukkan watak sebenar aktivis maya pembangkang.


Sebab itu saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri).


Peluang bersemuka di podcast (yang dirakam pada sebelah malam) bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan saya (tanpa menggunakan peruntukan, kerana kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyaf apabila melibatkan air time).


Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja - ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.


Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang membakar menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.


Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka.


Bagi saya, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.


Siaran podcast Yang Bakar Menteri (YBM) akan bermula pada 8 Januari 2024 setiap dua minggu.


Siapa yang berani menyahut cabaran untuk membakar menteri dan berhadapan risiko kena bakar?


Mangsa pertama YB Viral sudah terbakar dan biarkan dia kepanasan menjerit di depan cermin keseorangan.


Jika ada watak yang cocok, siapa orang pertama yang akan bersemuka dengan saya pada 8 Januari 2024 ini?



KEH..KEH..KEH


 

TAK MAU JADI PM KA.


 

MATI KATAK KA MATI SHAHID...


 

BAGI KAMI 5 HARI SAJA. 5 HARINAPA..BAGI 33 BULAN TELOQ PUN TAK BOLEH JAGA.


 

MARI FITNAH BERSAMA PAS


 

DAP BELUM SESUAI BERADA DALAM KERAJAAN, ANWAR PATUT BERI TEGURAN



Walaupun DAP boleh dikata agak baru berada di dalam kerajaan, tetapi parti itu memiliki sejarah yang panjang daripada segi perjuangannya.


Dengan berada dalam tempoh yang lama dalam politik Malaysia yang berbilang kaum ini, tetapi hakikatnya dikuasai oleh majoriti Melayu, DAP sepatutnya tahu, sedar dan faham apa yang sensitif dan tidak boleh diperkatakan secara terbuka.


Berada dalam kerajaan bukanlah lesen untuk DAP boleh berkata apa saja demi kepentingan pejruangan parti mereka seperti isu Perdana Menteri bukan Melayu dan gesaan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT.


Tambahan lagi, kerajaan perpaduan ini bukan didirikan secara mutlak oleh PH atau DAP, sebaliknya melalui kerjasama dengan UMNO dan parti-parti lain di Sabah serta Sarawak.


Bahkan, jika tanpa UMNO setuju memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, kerajaan mustahil dapat ditubuhkan.


Seterusnya, tanpa UMNO juga, parti-parti di Sarawak khususnya, tidak mungkin menyusul memberi sokongan.


Oleh itu, kepada DAP – berpada-padalah.


Kedua-dua isu berkenaan adalah sentisif kepada UMNO terutamanya kerana ia adalah gambaran jelas yang memperlihatkan DAP mahu mengenepikan orang-orang Melayu.


Sepatutnya, apabila berada dalam kerajaan perpaduan ini, DAP lebih faham dan mengerti erti toleransi dan menjaga hati.


Janganlah semua perkara yang menjadi perjuangan parti mereka selama ini hendak diperkatakan sacara terbuka.


Macam isu Perdana Menteri bukan Melayu, meski ia dibenarkan dalam Perlembagaan Negara, namun selagi orang Melayu masih majoriti dan tidak sedia menerima pemimpin bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, tak usahlah ia diperkatakan atau dituntut secara terbuka.


Ia seperti seorang lelaki yang meskipun dibenarkan dalam hukum untuk berkahwin sehingga empat, tetapi adakah boleh, manis dan berbudi bahasa jika suami asyik bercakap soal nak kahwin lagi di depan isterinya sendiri?


Dalam hal ini, lainlah jika DAP ada lebih 112 kerusi Parlimen atau mereka boleh berdiri sendiri menubuhkan kerajaan.


Dengan ada hanya 40 kerusi Parlimen saja, duduklah diam-diam sebagai anggota kerajaan yang baik.


Begitu juga dengan pilihan raya di PBT yang didesak diadakan di Wilayah Persekutuan, tidakkah ini cubaan untuk mengenepikan orang-orang Melayu lantaran bukan Melayu lebih menguasai komposisi kependudukannya?


Apa yang diamalkan sekarang sudah terbaik di mana semua kaum dilantik dan ada tempat dalam menduduki semua PBT, termasuk dalam Lembaga Penasihat DBKL.


Kenapa pula DAP mahu memonopoli semuanya?


Maka, mulai sekarang, pemimpin-pemimpin tertentu dalam DAP, termasuk Lim Kit Siang haruslah lebih berhemah, ada sifat memahami dan jangan terlalu golojoh dalam memperjuangkan dasar parti mereka.


Jika berterusan begini, baru setahun berada dalam kerajaan tapi sudah mahu tunjuk belang, hakikatnya DAP belum sesuai berada dalam kerajaan, terutama kerajaan perpaduan atau yang bersifat campuran yang masih ada Melayu atau dikuasai Melayu di dalamnya.


Tidak kurang pentingnya, demi masa depan PH dalam jangka panjang, Anwar selaku Perdana Menteri dan Pengerusi PH, haruslah selalu memberi nasihat dan menegur DAP berkaitan kepentinfan menjaga sensitiviti orang-orang Melayu ini.


Jangan dibiarkan ada lagi pemimpin DAP bersikap celupar dan cakap sedap mulut saja menyinggung hati orang-orang Melayu.


Jika tidak ditegur dan dinasihati, selain DAP akan selamanya dicurigai, malah lebih dibinbangi hayat Anwar pun tidak mampu lama bertahan sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 19/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/19/dap-belum-sesuai-berada-dalam-kerajaan-anwar-patut-beri-teguran.html



ORANG GAGAL BAGI APA PUN URUS DIA AKAN GAGAL

 1. Jaga mesia parti tak mampu nak besarkan mesia jadi no 1..walau tak macam malaysiakini... Atau hidulkan ahkbar dibeberapa kawasan. Idea tak ada dan malaa fikir

2. Bagj jaga telco.. Haqam kecoh ja nampak. 

3. Lain lain.... Memang ko gagal

Zainuddin Omar




Celcom dan Maxis caj tambahan RM 10 untuk 5G. 


Dah dua tiga bulan Fahmi cakap hal ini tapi telco masih tak berganjak. 


Apa tindakan Fahmi nak ambil atau cakap-cakap kosong sahaja?


Semenjak merger Celcom dan Digi servis dan signal CelcomDigi bertambah teruk.



UJIAN BUAT SEMUA

 

Mohd Zahid Bin Ahmad




Pandangan saya pada peristiwa ini sebagai ujian dari Allah.Bila sampai masanya Allah pun akan uji kita.


Saya tidak berminat nak memaki atau menghina tertuduh kes ini. Saya lebih berminat kepada ujian yang Allah beri pada semua yang terlibat.


Simati dikatakan membuat bising(versi ayah dia dan media) yang akhirnya membuat tertuduh marah dan mengejar beliau. Ujian simati apabila membuat bising dan membuat orang marah. Qada dan Qadar simati meninggal dunia di usia muda.


Tertuduh mungkin panas baran dan ego terus mengejar simati. Ujian Allah datang, kemarahan tertuduh x dapat dikawal.Maka hawa nafsu dan hasutan iblis dia langgar simati .Dituduh bunuh.


Ujian ayah simati kehilangan anak tersayang sekelip mata bagaikan kehilangan segalanya. Sebagai bapa perasaan kehilangan tu memang terasa.Berapa kali pengsan mengenang kesedihan.Aduhhh


Kita? 


Inilah namanya ujian tuan2 puan2. Kita belum tahu lagi apakah ujian bakal kita hadapi. Bila Allah uji tanda Allah sayang.Sesungguhnya berdoalah moga apabila ujian tu datang.Kita hadapi dengan penuh sabar dan tenang.


Jika ditanya saya watak2 di atas,ujian terbesar adalah tertuduh.Berpangkat besar DSP Polis, bergaji besar,sekelip mata sahaja semuanya hilang.Duduk didalam penjara.Orang memanggil tuan mendengar arahan beliau sekelip mata menjadi banduan reman.


ALLAHUAKBAR.Tak terbayang tuan2. Selain si ayah kehilangan anaknya nak ambil SPM, ada lagi insan yang kehilangan ayah dan suami bukannya mati tetapi hidup,cuma jiwa dan fizikal dipenjara. Selain saya doakan keluarga simati, saya juga doakan Moga keluarga tertuduh juga tabah dengan ujian ini.360 darjah kehidupan mereka akan berubah.Ujian Allah dah datang. bahagian mereka tuan2


Kita belum tahu lagi kalau Allah uji macammana kita hadapi. 


Moga Keadilan ditegakkan.



ANAR BENCI EKZOS TAK SESUAI. AJAR TUNGGANG. OTOR BERHEMAH DAN TAK EJEK ORANG DAN MELAKUKAN PERKARA DILARANG

 

Aku tertarik dengan posting ni. Guru-guru dikatakan wajib mengajar murid untuk benci ekzos motor yang telah diubahsuai untuk selamatkan nyawa mereka.


Aku faham maksud posting ni. Dia cuma mahu didik anak muda supaya tidak terikut dengan budaya rempit kerana ia berbahaya. Tapi kenapa ajar membenci?


Ajar anak-anak membenci tak berikan kesan yang kita inginkan. Dari dulu anak kecil kita dah diajar bencikan dadah, rokok, rasuah dan sebagainya. Tapi adakah ia berhasil? Aku tak fikir begitu.


Dadah masih berleluasa. Setiap hari sentiasa muncul perokok baru yang masih remaja. Manakala rasuah masih lagi jadi budaya. Kenapa begitu?


Kerana jiwa anak muda mereka sentiasa akan ingin mencuba perkara yang baharu. Tambahan lagi dicabar teman-teman, mereka jadi lupa kebencian mereka.


Daripada membenci, kenapa kita tak ajarkan mereka perkara menyayangi? Itu lebih mudah sebab memang manusia dilahirkan dengan sifat menyayangi..


Ajar mereka menyayangi diri, supaya timbul rasa benci dalam diri mereka untuk membuat ibu ayah mereka menangis. Agar timbul rasa benci dalam diri mereka untuk menyakiti jiran dengan bunyi bising dari ekzos motorsikal mereka.


Ajarkan mereka menyayangi keadilan agar timbul rasa benci dalam diri mereka untuk mengambil hak orang lain. Ajar mereka menyayangi iman agar mereka benci untuk makan harta dari sumber yang haram.


Kita dah lama ajar anak kita membenci. Sehinggakan generasi baru kita lebih gemar membenci. Sebab itu hari ini kita ada sebuah masyarakat yang lebih cepat mencari dan mengecam kesalahan dari menghargai  kebaikan dan keindahan.


Dan sebab itu ada yang sampai menganggap mereka yang terlibat dalam gejala dadah, rempit dan lain-lain itu sebagai musuh yang perlu dihapuskan, bukannya mangsa yang perlu diselamatkan.


Kaedah kita mendidik perlu diubah. Mengajar untuk menyayangi itu lebih mudah daripada mengajar untuk membenci. Kenapa pilih jalan yang sukar? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KAEDAH INTERPRETASI HUKUM DALAM TEKS UNDANG-UNDANG ISLAM : REFLEKS TERHADAP SEKSYEN 498


1. Dalam al-Quran dan hadis , banyak disebut hukum yang dikaitkan dengan gender lelaki (Ψ§Ω„Ψ°ΩƒΩˆΨ±Ψ©) berbanding wanita (Ψ§Ω„Ψ£Ω†ΩˆΨ«Ψ©). Dari sudut makna dan taklif hukum ia turut merangkumi kedua² gender kerana menurut kaedah asal, lelaki dan wanita adalah sama di sisi Allah SWT. Namun terdapat perbezaan hukum lebih terperinci antara lelaki dan wanita berdasarkan dalil khusus yang spesifik. Jika ada dalil khusus maka baru ia dikhususkan pada gender berkenaan seperti hukum edah.


2. Namun bagi sesetengah orang yang mempermasalahkan persamaan hak asasi dalam Islam sering menyatakan al-Quran mendiskriminasi wanita kerana mengutamakan sebutan lelaki. Bagi pengamal undang-undang syarak yakni fuqaha dan ulama syariah, hal demikian tidak pernah menjadi isu. Keutamaan disebut lelaki bukan kerana kelebihan gender tetapi kerana dari sudut bahasa dan kejadian, elemen kelelakian adalah al-asl (asal pemula). Contohnya kalimah pukul (ΨΆΨ±Ψ¨) adalah asal digunakan untuk sebutan. Apabila mahu 'diwanitakan' akan ditambah ta' ta'nis jadi ΨΆΨ±Ψ¨Ψͺ. Apatah lagi penggunaan Ψ°ΩƒΩˆΨ±Ψ© dalam kalimat (isim dan fi'il) lebih ringan dan mudah. Justeru apabila disebut term Ψ°ΩƒΩˆΨ±Ψ©, ia mencakupi lelaki dan wanita secara taghlib.


3. Sebab itu, kalau kita temui teks yang menyebut perbuatan lelaki dalam al-Quran seperti jangan berzina, jangan membunuh, jangan membunuh, jangan mengumpat dan pelbagai perbuatan haram termasuk juga pelbagai perintah buat, secara maknanya membabitkan orang wanita walaupun tidak disebut. Cara ini menggunakan pakai metod mafhum al-muwafaqah iaitu kaedah istinbat hukum syarak.


4. Selain itu, dalam al-Quran dan hadis, banyak juga hukum yang tidak disebut secara ditil. Oleh itu, berdasarkan qiyas (ratio decidendi), perkara baharu yang tidak disebut akan disamakan hukum dengan perkara lama yang telah disebut.

 

5. Sebab itu, dalam Seksyen 498, jika diandaikan lelaki yang menggoda isteri orang untuk tujuan persetubuhan dan zina, maka berdasarkan kaedah interpretasi makna, mafhum al-muwafaqah dan qiyas, mana² wanita yang menggoda suami orang untuk tujuan yang sama juga suatu kesalahan. Walaupun wanita tidak disebut, ianya tetap menjadi kesalahan. Namun oleh kerana undang-undang manusia itu sering dimanipulasi untuk melepaskan orang yang bersalah, maka benda yang paling mudah kita nak faham pun dijadikan kabur lalu dikata tidak berperlembagaan. Situasi ini tidak berlaku dalam undang-undang Islam.


6. Demikianlah kaedah memahami hukum syarak yang dipraktis dalam perundangan Islam. Berbeza halnya dengan undang-undang manusia, jika tidak disebut, maka difahami sebagai tidak menjadi kesalahan dan mewujudkan diskriminasi gender.


7. Sebab itu saya kata, undang-undang itu baku dan buta. Maka para pengamal undang-undanglah yang mesti celik untuk praktik maksud perundangan. Masalahnya, pengamal undang-undang kita tidak mahu mencelikkannya untuk selarikan rule of law Malaysia sebagai negara Islam, bukan negara bukan Islam.


Komentar ini sekadar melihat dari perspektif aplikasi ilmu Usul Fiqh dalam istinbat hukum syarak sahaja.


Dr HK

AJK PUM

17.12.2023



APA PUN TAK BOLEH BUAT. TAKAT SEMBANG SAJA

 

PAS dengan jenama Islam, ditubuhkan lebih setengah abad, apa sumbangan PAS kepada Islam di Malaysia ni? Bank Islam, Universiti Islam, penghapusan topik mandi safar dalam silibus pelajaran, semua tu bukan usaha PAS.


Bahkan di Kelantan, negeri yang sudah berpuluh tahun PAS perintah, masih ada konsert maksiat, masih ada kegiatan jenayah, masih ada kes zina, rogol, anak tak sah taraf dan penyalah gunaan dadah pun masih lagi berleluasa.


Apa yang PAS sumbangkan untuk pembangunan Islam selama 33 bulan PAS dalam kerajaan pusat? Langsung tak ada pun sebenarnya. Boleh senaraikan kalau ada.


Tapi tak adil nak salahkan PAS. Sebab PAS cuma parti politik. PAS bukan badan dakwah. Sebab itu cerita PAS cuma berkisar tentang mendapatkan kuasa je. Sebab matlamat PAS adalah kuasa. Bukannya dakwah dan islah ummah.


Ini yang rakyat kena faham. PAS adalah entiti politik. Jadi matlamat mereka hanyalah kuasa Seperti mana parti politik yang lain, matlamat akan menghalalkan cara. Cuma bezanya, PAS selindung sebalik dalil yang diputar belitkan untuk halalkan perbuatan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


π—•π—˜π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—₯𝗔 π——π—œπ—Ÿπ—”π—žπ—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—£π—žπ—  π—•π—”π—šπ—œ π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—§π—¨ π—¦π—˜π—žπ—§π—’π—₯ π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π—œπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—§π—˜π—₯π—π—”π— π—œπ—‘π—”π—‘ π— π—”π—žπ—”π—‘π—”π—‘





Antaranya.. KPKM komited untuk stabilkan harga ayam & telur di pasaran oleh itu bagi tahun 2023 KPKM telah meluluskan permohonan subsidi ke atas 18,800 penternakan ayam daging & ayam telur, kesannya harga ayam & telur di pasaran kekal stabil sekalipun subsidi berakhir pada November 2023.



Bagaimana Meletakkan Ucapan "Merry Christmas" Antara Wajar dan Tidak Wajar!


Hapiz Kodiang





Ucapan tersebut adalah perkara ijtihadi yg berkaitan dgn bentuk komunikasi sosial antara masyarakat Islam dgn bukan Islam. Penentuan hukumnya perlu mengambilkira realiti semasa seperti faktor pranata sosial Islam vs bukan Islam masa kini,  faktor demografi dan domestik. Faktor² tersebut mesti diperhatikan semasa kita membacakan nas Quran dan hadis yg berkaitan muamalah dgn orang kafir. Fiqh al-ahkam ialah merumuskan hukum yang betul pada masa, tempat dan keperluan yang betul. Ia bukan main hentam kromo saja,  asalkan ada dalam Quran dan hadis.


Dalam kuliah radio di RTM Kedah Ahad 23 Disember lalu,  saya merumuskan seperti berikut :


1. Sebahagian ulama kata haram seperti Ibn Taymiyyah,  Ibn Qayyim. Diikuti oleh kebanyakan ulama Salafiyyah-wahhabiyyah seperti Sheikh Al-Uthaimin,  S Abdul Aziz Bin Bazz,  S Soleh al-Munajjid dll. Dr Zakir Naik pun kata haram.. Al-Lajnah al-Daaimah fatwa Arab Saudi juga kata haram. 


2. Sebagaian ulama kata harus seperti Darul Ifta Mesir,  Lajnah Fatwa al-Azhar,  Majlis Ulama Indonesia, Muzakarah Fatwa kebangsaan dan Mufti Wilayah Persekutuan. S al-Qaradhawi,  S Ibn Bayyah,  S Mustafa al-Zarqa dll juga kata harus. 


3. Perbezaan itu disebabkan perbezaan perspektif masing² terhadap maksud ucapan Merry Christmas dll. Yang kata haram menganggap ucapan itu mengiktiraf agama mereka, mengakui ketuhanan Jesus atau menunjukkan perakuan seolah-olah agama mereka benar. Mereka menghujahkan nas-nas QS yang melarang umat Islam cenderung kpd orang kafir,  memberikan salam,  dan meniru (tasyabbuh)  amalan bukan Islam. 


Adapun yg kata harus,  melihat ucapan tersebut sebagai menzahirkan ucapan kegembiraan pada mereka atas dasar kemanusiaan,  hak kewarganegaraan, layanan baik sesama warga negara yang tidak memusuhi Islam,  tanpa ada kaitan dgn akidah. Mereka menghujah nas QS yg memperkatakan kepentingan menjaga keharmonian,  berlaku baik kpd jiran,  rakan dan rakyat bukan Islam yang baik. 


4. Justeru,  saya tidak mampu melarang sesiapa yang hendak mengucapkannya atau menyuruh orang berbuat demikian. Namun,  dalam hal ini saya memilih utk menghukumkannya sebagai suatu yang harus atau TIDAK HARAM mengucapkan demikian setelah mengambil kira keadaan sosial dan kemajmukan masyarakat di Malaysia terutama di Sabah Sarawak,  Pulau Pinang,  Kuala Lumpur,  Negeri Sembilan dll. Di Malaysia,   majoriti penduduknya +- 65% beragama Islam. Penganut Kristian cuma 7-8% sahaja. 


5. Namun keharusan tersebut TIDAK MUTLAK. Pengucapannya adalah wajar untuk kerajaan, majikan,  syarikat yang pekerjanya ada beragama Kristian. Diharuskan untuk mengucapkannya sebagai penghargaan kpd pekerja tersebut. Begitu juga jika kita, umat Islam bekerja dalam sektor yg bercampur dgn pekerja BUKAN beragama Islam,  maka tidak salah utk kita berkata demikian kpd rakan sekerja (sepejabat,  sejabatan,  sebelah meja) sedangkan mereka pun selalu ucapkan Selamat Aidil Fitri,  Aidil Adha kepada kita. Begitu juga jika jiran tetangga kita yang baik,  maka diharuskan berbuat demikian. 


Namun jika kita berada di kampung atau kawasan takde orang Kristian seperti di kawasan Sik,  Baling,  Padang Terap,  Kubang Pasu,  Jerlun atau di Terengganu,  Kelantan,  Perlis atau para imam masjid surau,  pejabat agama yang clientnya semua beragama Islam,  tidak ada seorang pun orang kafir,  maka TIDAK PERLU lah untuk beria-iya menaikkan banner,  poster atau bunting mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS kerana tiada orang Kristian pun kat Kodiang tu nak menjawab.


6. Dalam ucapan itu,  niat kita bukanlah untuk membesarkan (ΨͺΨΉΨΈΩŠΩ…) agama dan kepercayaan mereka. Ia tidak lebih daripada mengucapkan ucapan yang baik. Imam Izzuddin Abdul Salam pernah ditanya soalan yg sama,  beliau menjawab jika niat penuturnya seperti dinyatakan,  tidak menjadi KAFIR. Lain hukumnya,  jika memang penutur memang betul-betul memaksudkannya. Kafirlah ia. Saya fikir,  tiada seorang pun orang Islam yang ucapkan Merry Christmas bermaksud seperti itu.


7. Jika ada yg masih khuatir,  sangsi atau tidak senang hati dgn ucapan tersebut boleh gantikannya dgn ucapan-ucapan tahniah lain yang beliau fikirkan harmoni dan dapat menunjukkan bahawa Islam sebuah agama yang mengamal toleransi,  rahmah dan melihat penganut agama lain sebagai rakan kehidupan dunia yang sama-sama ingin kedamaian. 


Cuma pesan saya,  dalam meraikan keharmonian sosial bersama bukan Islam,  kita wajib menjaga identiti Islam kita supaya tidak melebur dalam amalan toleransi yang ingin ditonjolkan. Adalah memualkan apabila kita terlajak Kristian daripada orang Kristian seperti sama-sama memegang lilin,  menyanyi lagu krismas atau hadir upacara ibadat mereka di gereja pada 25 Disember itu nanti. 


8. Menjawab soalan pemanggil bolehkah kita hadir kenduri jemputan mereka. Saya jawab bahawa hukumnya tidak wajib. Namun jika mereka mengasingkan makanan halal yang disediakan pula oleh katerer Muslim,  saya katakan jiwa begitu halnya,  maka tiada masalah untuk hadir. Cuma elakkan hadir ke gereja atas kapasiti individu (kecuali wakil kerajaan) utk elak fitnah. Jika majlis mereka dipenuhi lagha,  maka bukan setakat kenduri mereka,  kenduri orang berjenama Islam pun haram kita hadir. Berkenaan memberikan hadiah pula,  harus memberikan apa apa hadiah dan sumbangan yang halal,  bukan haram atau syubhah. Haram kita hadiahkan arak atau daging babi kepada mereka. Jika berikan kek atau kuih muih,  itu tidak mengapa.  


Itulah antara rumusan saya berdasarkan beberapa hujah QS yang tidak saya nyatakan di sini. Jika terdapat asatizah lain yang berbeza,  tidak mengapa kerana hal ini bukanlah suatu yang qat'iy. Saya pun tidak mampu memaksa semua orang bersetuju dgn pandangan ini. Namun harus diingatkan bahawa ini bukan keputusan rasmi fatwa negeri Kedah. Ia hanyalah pandangan saya yang bersetuju dgn beberapa fatwa seperti saya nyatakan di atas.


ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨


Kepada penganut Kristian,  saya ucapkan semoga bergembira pada hari tersebut! 


Dr HK

Cameron Highland

25 Disember 2018



SEJAK ZAMAN PN



 Owh.. sejak zaman PN jadi kerajaan lagi rupanya...

Cumanya masa tahun lepas semua orang PN rasa benda ni bagus sebab ianya dapat mengimbangi persaingan peniaga produk tempatan..

Hahaha.