ANAR BENCI EKZOS TAK SESUAI. AJAR TUNGGANG. OTOR BERHEMAH DAN TAK EJEK ORANG DAN MELAKUKAN PERKARA DILARANG

 

Aku tertarik dengan posting ni. Guru-guru dikatakan wajib mengajar murid untuk benci ekzos motor yang telah diubahsuai untuk selamatkan nyawa mereka.


Aku faham maksud posting ni. Dia cuma mahu didik anak muda supaya tidak terikut dengan budaya rempit kerana ia berbahaya. Tapi kenapa ajar membenci?


Ajar anak-anak membenci tak berikan kesan yang kita inginkan. Dari dulu anak kecil kita dah diajar bencikan dadah, rokok, rasuah dan sebagainya. Tapi adakah ia berhasil? Aku tak fikir begitu.


Dadah masih berleluasa. Setiap hari sentiasa muncul perokok baru yang masih remaja. Manakala rasuah masih lagi jadi budaya. Kenapa begitu?


Kerana jiwa anak muda mereka sentiasa akan ingin mencuba perkara yang baharu. Tambahan lagi dicabar teman-teman, mereka jadi lupa kebencian mereka.


Daripada membenci, kenapa kita tak ajarkan mereka perkara menyayangi? Itu lebih mudah sebab memang manusia dilahirkan dengan sifat menyayangi..


Ajar mereka menyayangi diri, supaya timbul rasa benci dalam diri mereka untuk membuat ibu ayah mereka menangis. Agar timbul rasa benci dalam diri mereka untuk menyakiti jiran dengan bunyi bising dari ekzos motorsikal mereka.


Ajarkan mereka menyayangi keadilan agar timbul rasa benci dalam diri mereka untuk mengambil hak orang lain. Ajar mereka menyayangi iman agar mereka benci untuk makan harta dari sumber yang haram.


Kita dah lama ajar anak kita membenci. Sehinggakan generasi baru kita lebih gemar membenci. Sebab itu hari ini kita ada sebuah masyarakat yang lebih cepat mencari dan mengecam kesalahan dari menghargai  kebaikan dan keindahan.


Dan sebab itu ada yang sampai menganggap mereka yang terlibat dalam gejala dadah, rempit dan lain-lain itu sebagai musuh yang perlu dihapuskan, bukannya mangsa yang perlu diselamatkan.


Kaedah kita mendidik perlu diubah. Mengajar untuk menyayangi itu lebih mudah daripada mengajar untuk membenci. Kenapa pilih jalan yang sukar? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: