Aku ada tengok sedutan podcast Keluar Sekejap KJ dan Shahir. Dalam podcast tu nampaknya KJ macam ambil berat betul dengan Tok Mat. Dia risaukan masa depan politik Tok Mat terancam bila dipindahkan ke Kementerian Luar.
Ye ke KJ risaukan Tok Mat? Bukan Tok Mat ke yang ambil kerusi KJ hingga KJ bertanding di parlimen lain dan kalah? Dah kena macam tu pun KJ masih ambil berat tentang Tok Mat ye?
Sebenarnya tak. Apa yang KJ buat bukan dia kisahkan karier Tok Mat. Tapi dia cuma nak ciptakan tanggapan buruk pada Zahid. Dia mahu tunjuk kononnya Zahid diktator dan sedang mencengkam UMNO dengan kuku besi. Itu saja niatnya.
Dendam KJ pada Zahid bukan baru. Dendam tu dah lama. Dari sejak KJ kalah kepada Zahid untuk jawatan Presiden dalam pemilihan selepas PRU14. Masa tu KJ dakwa berlakunya politik wang dalam pemilihan yang menyebabkan dia kalah.
Kemudian KJ tukar strategi. Dia tak nak rebut jawatan Presiden tapi team up dengan Ismail Sabri. Malangnya jawatan Presiden tak dipertandingkan pula. Sekali lagi KJ kempunan. Akhirnya dia dipecat dari UMNO. Dan itu adalah kemuncaknya.
Tapi katakanlah kalau KJ jadi presiden UMNO kan, apa kelainan yang dia akan bawa? Aku fikirkan, sebenarnya tak ada apa pun. KJ kalau jadi presiden UMNO, dia akan buat apa yang Zahid telah, sedang dan akan buat sebab tak ada pilihan lain.
Adakah KJ akan bawa UMNO sebagai pembangkang? Tak mungkin. KJ nak bekerjasama dengan PN? Juga agak sukar. KJ bukannya selari dengan PAS. Kalau PN sebagai kerajaan mungkin juga. Tapi kalau sebagai pembangkang, memang tak la.
Jadi kalau KJ presiden, dia pun akan bekerjasama dengan PH. Sebab dia pun tahu, satu-satunya cara untuk UMNO kekal relevan adalah menjadi kerajaan yang memerintah. Kalau UMNO jadi pembangkang, lebih susah nak bangkit.
Cuma bezanya, kalau dia jadi presiden, jawatan TPM tu dia yang punya. Atau kalau jadi Timbalan Presiden pun, setidaknya dapat dia jadi menteri. Tapi sekarang dapat jadi DJ je. Itu yang dia marah sangat ke Zahid tu. Incomenya terjejas.
Sebenarnya podcast Keluar Sekejap tu bukan tak elok. Bagus ada podcast begitu yang bercerita soal politik semasa. Cuma kalau podcast itu bercerita tentang UMNO, maka ia akan jadi tak valid. Sebab kedua-dua 'bintang" dalam podcast itu akan ada bias bila bicara tentang UMNO. KJ dan Syahir sama-sama pemimpin UMNO yang disingkirkan.
Aku rasa KJ kalau nak aktif balik politik, dia kena join sama ada PAS atau Bersatu. Tak boleh tunggu UMNO lagi. Bersatu pun ketandusan pemimpin. Begitu juga PAS. Sampai terpaksa letak MB jadi calon parlimen sebab tak ada pemimpin berfikiran korporat.
Kalau KJ join Bersatu, boleh la dia cuba ambil tempat Mahiaddin. Itu lebih mudah dari nak jatuhkan Zahid dan lebih berfaedah dari sibuk bercakap soal UMNO. Lagi pun walaun percaya cakap dia. Kalau dia join PN tentu walaun suka. Guane boh?
Raja Gelap II
.