LEBIH BAIK USTAZAH BERCERITA SOAL HUKUM SUMPAH

 

Norman Radzuan

 

Saya melihat video dengan sayu Ustazah Asma mengingatkan kita semua jangan menghina Najib. Benar Ustazah kita jangan menghina tetapi kita juga jangan membela orang yang melakukan jenayah mencuri harta rakyat.

 

Sayangnya beberapa tahun dahulu ketika MRT baru siap barangkali Ustazah masih Darjah 1 atau tiada Facebook melarang jangan menghina Kak Wan atas apa yang berlaku kepada suaminya. Sebab itu Ustazah tak komen pun atas hinaan dilakukan. 

 

Beginilah Ustazah, kita nak bicara sesuatu hal kena adil sebab itu diajar oleh agama. Jangan pada kayangan Ustazah bersuara tapi pada  marhaen diam seribu bahasa. Agama bukan begitu caranya. Nabi bela Bilal hamba berkulit hitam dari dijadikan bahan gurauan berbau hinaan.

 

Untuk pengetahuan Ustazah rakyat marah sb nilai yg Najib lakukan itu adalah sejarah kletopkrasi terburuk sejarah dunia sehingga membuat negara kita ekonomi menjadi teruk. Apatah lagi itu wang rakyat.

 

Saya syorkan bila bicara Ustazah utamakan yang lebih penting iaitu bab hukum. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui kenyataan pada 23 Disember 2019 menegaskan bahawa sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam. 

 

Jadi adalah lebih baik Ustazah beritahu orang ramai jangan jadikan amalan sumpah laknat ini dalam kehidupan kerana ia tidak ada diajarkan oleh agama. Bimbang nanti jadi amalan orang Melayu jika nak bersihkan nama kerana buat salah pergi bersumpah di masjid.

 

Ustazah tak ingat ke amalan orang Melayu waktu di sekolah dahulu…” Sumpah (tak cukup) Demi Allah (tak cukup) dan diakhiri dgn Alif Lam Lam Ha’ sambil jari tunjuk ke langit hanya utk elak orang tahu dia kentuk busuk.

 

Kadang-kadang tak faham dengan Ustaz dan Ustazah selebriti akhir zaman sekarang ini.

 



BANYAK POLONG TAK BERTUAN AKAN TERLOLONG.

 

Alhamdulillah. Satu kes dah selesai. Jangan lupa Najib ada banyak kes lagi. Lepas ni kita tunggu Zahid dan Rosmah pula.


Apa yang aku nampak, kemasukan Najib ke penjara akan sedikit sebanyak bantu PH dalam kempen PRU15 nanti. Bagaimana?


Funder untuk cytro UMNO dah ke dalam. Siapa lagi nak bayar dorang? Tak bayar memang tak gerak la. Jadi kurang sikit fitnah.


Cytro UMNO bukan mcm cytro PH. Cytro PH kerja secara percuma. Bukan untuk habuan tapi demi masa depan negara. Pemimpin PH tak hargai pun tetap buat kerja.


Lepas ni media sosial akan sunyi sikit la. Tapi akan ada banyak polong tak bertuan. Mungkin Isnail boleh ambil sikit polong Najib dan ternak untuk diri sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


PELANTIKAN PENGARAH DAN PENGERUSI BIRO MPP PKR

 KENYATAAN MEDIA


25 Ogos 2022


PELANTIKAN PENGARAH DAN PENGERUSI BIRO MPP


Bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, setelah dibentang dan diputuskan di dalam mesyuarat Biro Politik malam tadi, berikut merupakan senarai Pengarah dan Pengerusi Biro MPP:


Pengarah Modal Insan: Sdr Syed Ibrahim Syed Noh

Timbalan: Sdr Simon Ooi Tze Min


Pengarah Latihan: Sdri Nur Azrina Surip

Timbalan: Hj Ismail Yusop


Pengarah Karyawan: Sdr Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan: Sdr Gerald Hans Isaac


Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan: Sdri Siti Aishah Shaik Ismail


Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama: Sdr Amidi Abd Manan


Pengarah Mobilisasi: Sdr Yahya Sahri


Pengarah Jaringan Industri: Sdr Hee Loy Sian


Pengarah Sukarelawan: Sdr Fahmi Zainol


Pengarah Kesedaran dan Perubahan Iklim: Sdri Elizabeth Wong


Pengerusi Biro Antarabangsa: Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin


Pengerusi Biro Kesihatan: Dr Lee Boon Chye


Pengerusi Biro Guaman: Sdr Sivarasa Rasiah


Pengerusi Biro Pekerja: Sdr Abdullah Sani


Pengerusi Biro Petani: Dr Azman Ismail 

Timbalan: Dr Mohd Khairil Mohd Razi


Pengerusi Biro OKU: Sdr Isaiah Jacob


Pengerusi Biro Orang Asli: Sdr Bob Manolan


Pengerusi Biro Pekerja Ladang: Sdr Gunaraj George


KEADILAN mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan kepimpinan-kepimpinan ini gerak kerja parti dalam memperjuang nasib serta mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan.


Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan KEADILAN



BILA TERTELAN SAGON TERLEKAT DI KERONGKONG.

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Indahnya hidup bila di temani sagon, dulu terancam kini mencukupi. Mungkin ini akibat dari teori minoriti control majoriti?


BILA SAGON BEWARNA HITAM



'Undi Barisan Nasional, kerajaan stabil? Stabil kepala otak kau' - Rafizi



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pencuri wang rakyat dan orang memakan rasuah juga merupakan salah satu punca ketidakstabilan negara. Oleh itu menurutnya, beberapa ahli Umno yang sering berkata bahawa undi Barisan Nasional (BN) membawa kepada kestabilan negara adalah tidak benar sama sekali. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis pelancaran trak Ayuh Malaysia, Sabtu lalu.


ANWAR CERITA KISAH PENJARA, JADIKAN TELADAN

Kes 1MDB | Penampilan pertama Najib, tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi


Aug 25, 2022 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8.27 pagi tadi untuk menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion. Beliau dibawa menaiki SUV berwarna hitam dan diiringi polis serta Jabatan Penjara.



Mesyuarat UMNO | Anggota biro politik kunci mulut


Aug 25, 2022 Rata-rata anggota Biro Politik UMNO mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada mendedahkan sebarang keputusan atau isi kandungan mesyuarat pada Rabu. Petugas media yang menunggu lebih tiga jam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn hampa apabila kebanyakan anggota biro itu yang ditemui sebaik tamat mesyuarat, enggan memberikan sebarang komen.



Hukuman SRC | Lebih 87,000 tandatangan petisyen tidak wajar diampunkan.Apa macai ....




Aug 25, 2022 Lebih 87,000 orang ramai menandatangani petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan yang digerakkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada Khamis. Angka itu dilihat meningkat setiap minit sejak petisyen berkenaan disiarkan pada Rabu di laman Change.org.


INI KES AHMAD ZAHID HAMIDI


 

KEH..KEH...MANA DIA MAKCIK KIAH ??? BEGITULAH PENYOKONG UMNO. MEREKA AKAN MENCARI DAHAN BARU UNTUK BERPAUT




Macai-macaiku mana woi?

Makcik kiah yang kata datang dengan ikhlas hati tak dibayar sesen pun tu kenapa tak datang?

Mak cik kiah 4 dara yang dok melaung 'Najib whatever, whatever bossku' tu mana? 

 



 

Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian, Kerajaan?


 Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN PIMPINAN: Skandal terbaru berkaitan isu RM9 bilion bagi tempahan 6 buah kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang tidak sampai-sampai.


Jawapan bagi soalan di atas, antara lainnya ialah kerana Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan tidak mematuhi Arahan Perdana Menteri, No 1, Tahun 2018.


Hal ini dinyatakan di perenggan 3.4.4. Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2020 yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri pada 4 Ogos 2022.


Apakah yang terkandung di dalam Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 tersebut?

Buku kecil Arahan Perdana Menteri No.1

Pada perenggan 4.1 Arahan tersebut berkenaan dasar, perundangan dan peraturan dinyatakan dengan jelas bahawa:


"Peruntukan dasar, Undang-undang dan peraturan sedia ada terlalu kabur, longgar dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu;"


Punca rasuah, pecah amanah


Inilah antara punca rasuah dan pecah amanah sering berlaku.


Seterusnya disebut di dalam Arahan tersebut:


"Ketiadaan atau kelemahan pelan pencegahan yang bersesuaian menyebabkan Kementerian, Jabatan dan Agensi tidak dapat menangani isu pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan governans dengan berkesan."


Inilah yang menyebabkan berlaku skandal SRC International, 1MDB, UKSB, LCS dan pelbagai lagi jenayah rasuah seperti dalam pendedahan Pandora's Papers baru-baru ini.


Apakah tidak cukup lagi pembentukan Jawatankuasa-jawatankuasa untuk membasmi rasuah?


Bukan setakat Jawatankuasa malahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun kita ada.


Di pihak Kerajaan pula telah dibentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan Jawatan kuasa Anti-Rasuah Peringkat Kebangsaan (JAR) Dan JAR Peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan/ Kerajaan Negeri.


Kes rasuah libatkan hierarki tertinggi


Selepas pelbagai Jawatankuasa tertinggi dibentuk, ini yang kita dapat:


Kes Rasuah yang dibawa ke Mahkamah sekarang bukan calang-calang orang.


Mereka yang dituduh itu bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan isteri bekas Perdana Menteri, sekadar menyebut beberapa contoh.


Sudah terlalu banyak Jawatankuasa Anti-Rasuah ditubuhkan tetapi semacam tiada kesannya.


Rasuah makin berleluasa terutama di peringkat pemimpin tertinggi.


Apakah tidak cukup Jawatankuasa-jawatankuasa pemantau?


Negara perlukan reformasi total lawan rasuah


Banyak Jawatankuasa pemantau telah ditubuhkan Mengenai Rasuah bagi mengawasi SPRM seperti Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).


Jawatankuasa - jawatankuasa pemantau ini juga gagal membasmi rasuah di negara kita ini.


Jadi apa kita perlu buat sekarang?


Dalam hal sebegini, saya nampak satu jalan sahaja iaitu reformasi yang menyeluruh perlu dilakukan oleh Kerajaan baharu selepas PRU-15 jika Kerajaan tersebut benar-benar ingin mengatasi masalah rasuah.


Kerajaan mana yang boleh lakukan reformasi anti-rasuah tersebut?


Inilah tuntutan 33 juta rakyat Malaysia sekarang.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...