KENAPA SALAHKAN HAKIM & PM ISMAIL ? MASIH INGATKAH RAMPASAN 1.1 BILLION ?

 

NORMAN RADZUAN





Masih ingat 4 tahun lalu nilai rampasan RM 1.1 billion

KENAPA SALAHKAN HAKIM & PM ISMAIL ?

 

Jika kita bencikan rasuah (wang haram) atau salah guna kuasa mengapa perlu berang kpd Ketua Hakim, Tun Maimun dan juga Perdana Menteri, Ds Ismail? Mengapa timbulkan naratif Hakim tidak adil dan ‘kejam’ tidak mahu bertolak ansur?

Kes Najib ini bukan sahaja hanya dihukum oleh Tun Maimun tetapi kesemua Hakim dari Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim2 Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Perseketuan membuat keputusan yang sama.

Kes Najib ini sangat jelas tanpa keraguan. Tapi mengapa Ismail Sabri yang hanya tidak mahu campurtangan disalahkan? Adakah jika campurtangan berlaku dan Najib bebas itu dinamakan ‘Kedaulatan Undang-undang’ atau adil? Ini negara apa jika begitu caranya?

Masihkah kita ingat jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ketika itu, Amar Singh Ishar Singh.

Begitu banyak barang rampasan tersebut.Pasukan polis terpaksa mengerahkan 150 anggota polis untuk mengira jumlah rampasan tersebut. Wang tunai dari pelbagai matawang sahaja berjumlah RM 114 juta dan mengambil beberapa hari untuk mengiranya.

Sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg dirampas polis. Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.

Daripada jumlah itu sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400 rantai, gelang tangan 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit. Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta.

Tidak cukup dengan itu 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel serta Bijan. Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta.

Selain itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci dan Dior kesemuanya bernilai RM374,000. Sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

Manakala jam tangan paling mahal dirampas adalah Rolex Paul Newman Daytona bernilai RM3.5 juta, Chopard (RM2.5 juta), Richard Mille (RM1.6 juta). Ini harta di rumah belum lagi harta Ismet Ulam Raja di luar negara.

Sepatutnya  kita seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman parti, bangsa atau agama tidak perlu berang malah bersyukur dengan keputusan mahkamah.

Ini kerana seluruh dunia memerhati Malaysia adakah masih ada keadilan Kehakiman negara. Implikasinya sangat besar jika dunia tidak percaya kepada kehakiman negara. Ekonomi negara boleh merudum atau musnah.

Bayangkan RM 1.1 billion itu boleh membina berpuluh buah sekolah atau membina jambatan untuk anak-anak  pendalaman Sabah yang setiap hari bertarung nyawa untuk ke sekolah.

Kes Najib ini merentasi parti. Ia adalah kepentingan rakyat. Benar Ustazah kita tidak perlu menghina tetapi dalam masa sama tidak perlu bersimpati.

Malah hukuman ini sangat setimpal dengan apa yang dilakukannya. Kita mesti ingat ada 4 kes yang lebih besar dari kes ini melibatkan jumlah berbillion ringgit yang akan dilalui Najib.

Yang saya hairan dalam di mahkamah tu yang makcik menangis dan meroyan tu kenapa? Sedangkan adik beradik Najib tiada pun kita nampak di mahkamah menangis (betulkan jika saya salah).

Adik beradik Najib juga tidak pun memberi sebarang komen seperti Lokman yang sanggup menghina Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia begitu teruk sekali.

Jujur saya menanti juga kes Lim Guan Eng, Zahid Hamidi dan Syed Sadiq… jika mereka jelas bersalah sila hukum mereka ke penjara. Tiada pilih kasih atau kepartian dalam kedaulatan undang-undang negara. Yang salah tetap salah!

 

No comments: