Isu logo bersama agenda utama PH





Penggunaan logo bersama menjadi agenda utama mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam.


Keputusan yang dibuat ialah menggunakan logo PH bagi parti parti komponen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook usai mesyuarat petang semalam.


"Kita bincang isu persiapan pilihan raya, perkukuhkan PH untuk berdepan PRU pada bila bila masa. Antara dibincang ialah penggunaan logo bersama," katanya.


Manakala Presiden Amanah Mohamad Sabu pula berkata PH akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara dalam menerangkan isu isu semasa yang dihadapi rakyat.


"Kita akan membuat road show memberi penerangan seluruh negara tentang pelbagai isu yang begitu banyak. Terutama masalah kehidupan seharian rakyat seperti harga barang, masalah rakyat susah dapat kerja," katanya.


Sementara itu, Ketua Wanita PH, Aiman Athira Sabu pula menjelaskan pergerakan wanita itu akan memperkemas struktur dan menyusun pelbagai program untuk persediaan PRU 15.


"Kita berbincang bersiap menghadapi PRU 15, dari hal jawatankuasa manifesto, rundingan kerusi dan juga strategi yang akan dimulakan


"Bagi Wanita PH, kita akan adakan bengkel untuk menghadapi PRU 15. Membentang agenda wanita Malaysia dan selepas dari itu kita akan maklumkan agenda. Kita akan susun struktur yang lebih kemas peringkat wanita PH," katanya lagi.

 

No comments: