LEBIH BAIK USTAZAH BERCERITA SOAL HUKUM SUMPAH

 

Norman Radzuan

 

Saya melihat video dengan sayu Ustazah Asma mengingatkan kita semua jangan menghina Najib. Benar Ustazah kita jangan menghina tetapi kita juga jangan membela orang yang melakukan jenayah mencuri harta rakyat.

 

Sayangnya beberapa tahun dahulu ketika MRT baru siap barangkali Ustazah masih Darjah 1 atau tiada Facebook melarang jangan menghina Kak Wan atas apa yang berlaku kepada suaminya. Sebab itu Ustazah tak komen pun atas hinaan dilakukan. 

 

Beginilah Ustazah, kita nak bicara sesuatu hal kena adil sebab itu diajar oleh agama. Jangan pada kayangan Ustazah bersuara tapi pada  marhaen diam seribu bahasa. Agama bukan begitu caranya. Nabi bela Bilal hamba berkulit hitam dari dijadikan bahan gurauan berbau hinaan.

 

Untuk pengetahuan Ustazah rakyat marah sb nilai yg Najib lakukan itu adalah sejarah kletopkrasi terburuk sejarah dunia sehingga membuat negara kita ekonomi menjadi teruk. Apatah lagi itu wang rakyat.

 

Saya syorkan bila bicara Ustazah utamakan yang lebih penting iaitu bab hukum. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui kenyataan pada 23 Disember 2019 menegaskan bahawa sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam. 

 

Jadi adalah lebih baik Ustazah beritahu orang ramai jangan jadikan amalan sumpah laknat ini dalam kehidupan kerana ia tidak ada diajarkan oleh agama. Bimbang nanti jadi amalan orang Melayu jika nak bersihkan nama kerana buat salah pergi bersumpah di masjid.

 

Ustazah tak ingat ke amalan orang Melayu waktu di sekolah dahulu…” Sumpah (tak cukup) Demi Allah (tak cukup) dan diakhiri dgn Alif Lam Lam Ha’ sambil jari tunjuk ke langit hanya utk elak orang tahu dia kentuk busuk.

 

Kadang-kadang tak faham dengan Ustaz dan Ustazah selebriti akhir zaman sekarang ini.

 



No comments: