Akhirnya Agenda Sebenar Dan Perangai Buruk Zahid Hamidi Terbongkar


PERTAMA KALI SAYA KECEWA DENGAN ZAHID HAMIDI


Saya sebagai ahli umno di negeri Johor yang berada dalam sebuah sejarah kemenangan BN hari ini yang seharusnya bergembira tetapi bertukar rasa kecewa dan marah saya sehingga menghilangkan rasa hormat saya kepada Zahid Hamidi.


Di peringkat cawangan atau pun bahagian, saya antara orang yang pertahankan Presiden parti Umno walau serangan dan fitnah yang dikenakan keatas Zahid Hamidi.


Tetapi hari ini presiden Zahid Hamidi dengan tanpa rasa setia kawan menafikan di depan khalayak ramai akan peranan YAB PM dalam menyumbang kemenangan PRN Johor.


Saya di bahagian tahu akan sumbangan dan sokongan yang dilakukan Ismail Sabri sepanjang kempen. Calon, ketua bahagian, timbalan dan naib ketua bahagian sehinggalah ketua sayap-sayap di Johor tidak boleh menolak akan bantuan dan sumbangan Ismail Sabri, termasuk Fuad Zarkashi, yang selama ini mengutuk dan menyerang Ismail Sabri.


Apakah hati kering Zahid sehingga tidak ada sepatah ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri dalam ucapan selepas kemenangan. Saya yang berada di depan pentas menunggu perkataan atau ucapan terima kasih presiden parti kepada Ismail Sabri tetapi sehingga habis ucapan saya tidak mendengarnya.


Apakah Zahid hari ini cuba menggambarkan secara terbuka bahawa sikap beliau yang lupa akan kawan yang pernah mempertahankan beliau ketika seluruh pemuda dan timbalan sendiri mendesak beliau agar berundur dan berehat kerana liabiliti dari kes-kes rasuah yang banyak sebelum ini.


Apakah hari ini Zahid sedang cuba mengkhianati usul-usul bahagian yang mahukan Ismail Sabri sebagai “poster boy” untuk PRU15 nanti dengan menukar poster boy itu kepada Najib Razak? Apakah ahli Umno masih mahu mengulangi kesilapan sehingga kalah pada PRU14 lepas?


Zahid ternyata telah mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Ismail Sabri. Memperlakukan seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa terhadap sebuah kerajaan seolah tidak wujud dikhalayak ramai membuktikan betapa Zahid manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur akan ketidakupayaan beliau sebagai presiden yang dibantu sahabat sekeliling.


Terbukti juga hari ini bahawa cadangan Ismail Sabri sebagai poster boy yang disokong beliau sebelum ini hanya gula-gula untuk menyedapkan hati Ismail Sabri, walhal secara terbuka seawal PRN Johor ini beliau telah membuat kenyataan dalam ceramah beliau bahawa beliau dan Mat Hasan akan mengepalai dan mengurus kerajaan selepas PRU15 nanti.


Apakah beliau lupa akan liabiliti yang rakyat tidak lupa akan kes rasuah puluhan kes berada dalam perbicaraan. Dan apakah kerana terdesak dari penghakiman itulah Zahid menekan dan merekayasa satu drama akan keperluan PRU15 dalam kadar segera untuk lepas dari kes mahkamah?


Rakyat tidak bodoh. Ahli Umno jangan terlena dari buaian kemenangan didepan mata tetapi risiko apabila seorang presiden yang menjadi liabiliti kepada parti sebenarnya sedang merisikokan sekali lagi umno kepada kekalahan total tanpa mampu lagi bangkit selepas ini.


Hari ini saya amat kecewa dengan presiden yang rupanya sedang berkonfrontasi dengan survival politik peribadi dengan mengheret parti sebagai perisai diri. Saya mohon Zahid sedar dan berfikir dengan waras bahawa perbuatan beliau hari ini merupakan bayangan dan cerminan kepada sebuah hati yang rakus dan kotor terhadap rakan dan orang yang pernah membantu beliau dan parti Umno.


Rahmat Hussain

UMNO PASIR GUDANG



BILA ANWAR BERSUARA MENYOKONG PENGELUARAN KWSP

 

Bertahun pemimpin Umno desak kerajaan untuk rakyat keluarkan duit KWSP. Mereka buat tak layan je. Tapi bila Ketua Pembangkang berbunyi baru-baru  ni, barulah nampak kesan.

Maksudnya, pilihanraya semakin hampir.







YB SANY HENTAM PARTI LEBAI

 



KAH..KAH....YB Sany hentam pak lebai kutuk Pas yang kata asalkan islam boleh curi. Kah..kah

KISAH DUA RAJA- SATU RAJA KAPORRR..SATU LAGI RAJA ORI



 

KISAH PENGAMPU

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Liu Bei salah seorang raja dalam dinasti Han. Bersamanya ada 3 orang yang

hebat

berperang. Dalam

hebat

itu, dia susah membentuk kerajaan. Hanya menguasai beberapa kota, kemudian kalah balik.

Suatu hari, dia terjumpa seseorang lelaki tua. Lelaki tua itu berkata, burung boleh terbang kerana ada dua sayap.

Kalau ada sebelah sayap, susah burung itu mahu terbang.

Dia tidak faham maksud perkataan orang tua itu.

Orang tua itu menjelaskan, bahawa seseorang pemimpin itu boleh menang apabila dia ada dua jenis manusia di kelilingnya.

Pertama, tentera yang

hebat

. Ini dia sudah ada.

Kedua, ahli fikir yang

hebat

. Ini dia belum ada lagi.

Sejak itu, Liu Bei cari ahli fikir. Lama kelamaan dia dapat Zhuge Liang. Dia sanggup bersusah untuk dapatkan Zhuge Liang.

Akhirnya, setelah beberapa siri memujuk dan menampilkan kesungguhan, dia dapat juga Zhuge Liang.

Setelah Zhuge Liang duduk dengan Liu Bei, sejak itu dia mendapat kerajaan demi kerajaan sehingga dia pun digelar sebagai raja.

Dalam sejarah Melayu, orang bijak memang tidak disukai oleh dua jenis manusia:

A. Kalangan yang malas bekerja tetapi mahu jawatan yang besar. mereka nak kerja senang sahaja, tetapi dapat habuan yang besar.

B. Kalangan yang tidak mampu berfikir, tetapi mahu jawatan yang besar.

Mereka ini hidup di keliling pemimpin dengan mengampu dan cakap banyak sahaja. Tidak ada sesuatu yang baru pun mereka dapat lakukan.

Mereka ini wujud tidak baik pun untuk seseorang pemimpin. Bahkan, ia akan menjadikan pemimpin itu semakin tidak relevan.

Dua jenis manusia ini, dia tidak suka orang bijak, kerana kehadirannya akan mengugat jawatan mereka. Sebab itu, mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan orang bijak itu mati

Contohnya, kisah Hang Nadim.

 

MENJAWAB TULISAN ZAIDI AHMAD @AKI ROCK



Penulis Zaidi Ahmad @ Aki Rock cuba untuk menggambarkan seolah-olah penyokong keahlian ini tiada kerja lain selain dari menghina dan membunuh karektor Rafizi Ramli. Sedangkan semua tahu, siapa yang banyak merendah-rendah imej DS Anwar Ibrahim selama ini?

Kita tahu, setiap kali Keadilan tewas dalam pilihanraya selepas langkah Sheraton, akan ada yang menyindir Presiden. Kononnya Presiden tidak dengar kata, tidak tahu strategi dan macam-macam lagi. Bahkan, secara terbuka didedahkan bagaimana seorang pimpinan muda menghina Presiden agar balik ke Turki kerana gagal dapatkan akuan bersumpah untuk menjadi PM. Waktu itu, siapa yang membela Presiden?

Siapa yang mendakwa Anwar Ibrahim ini lemah, tidak mendengar kata, dan terlalu ikut cakap penasihat? Tidakkah ini merupakan kata-kata yang merendahkan Presiden atau fitnah yang ingin menjatuhkan karektor Anwar Ibrahim? Itu belum didedahkan banyak komen atau tulisan yang banyak menyindir dan memperlekehkan Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, izinkan saya menjawab sedikit tulisan Sdr Zaidi Ahmad agar kita semua tidak dikelirukan.

Tulisan Zaidi Ahmad dipetik;

ZAIDI AHMAD

Pekan

15 Mac 2022

HENTIKAN MENGHINA DAN PEMBUNUHAN KAREKTOR KE ATAS RAFIZI RAMLI

1. Ramai yang marah Rafizi mengapa tidak membantu pertahan parti semasa "langkah Sheraton" dilaksanakan oleh Azmin, Kartel dan Bersatu.

Ramai juga yang mencemuh Rafizi mengapa ambil tindakan "berehat" tatkala parti dalam kesusahan.

Malah ramai yang menghina Rafizi kerana tidak membantu parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah,, Melaka, Sarawak dan yang terbaru, Johor.

Jawapan saya kepada 3 persoalan di atas adalah seperti berikut:

Langkah Sheraton & Rampasan Kuasa:

Tidak ramai yang mengetahui apabila berlaku Langkah Sheraton, Rafizi tampil untuk membantu menyelamatkan Kerajaan PH, namun beliau kemudian berundur kerana tidak bersetuju apabila ada pihak berstatus pimpinan di dalam parti yang masih berunding dengan pimpinan Umno waktu itu.

JAWAPAN:

FAKTA SEBENAR LANGKAH SHERATON BERLAKU FEBRUARI 2020. RAFIZI “BERCUTI” OKTOBER 2019. HUJAH RAFIZI MEMBANTU SELAMATKAN KERAJAAN PH SELEPAS SHERATON TIDAK BETUL LANGSUNG SEBAB RAFIZI SEBENARNYA BERUNDUR LEBIH AWAL SEBELUM SHERATON DENGAN TIDAK LAGI HADIR SEMUA MESYUARAT KEADILAN.

2. Tindakan berunding dengan Umno adalah langkah paling terkebelakang buruk dan bahaya dalam usaha menyelamatkan Kerajaan PH. Sangat menghairankan kerana mereka yang berkedudukan sebagai pimpinan parti masih percaya kepada janji-janji Umno. Lebih 20 tahun usaha menjatuhkan Umno menjadi sia-sia apabila perundingan dengan mereka menjadi naratif utama mempertahan kuasa.

Ingatlah, Umno tidak boleh dipercayai selamanya.

JAWAPAN:

KERAJAAN PH JATUH ANGKARA LANGKAH SHERATON. RAKYAT TERKEJUT. PENYOKONG JUGA MARAH KECEWA. KETIKA INI PIMPINAN PH DIDESAK BERBUAT SESUATU. DIAM DAN BERPELUK TUBUH BUKAN OPTION. ATUR LANGKAH AMBIL BALIK KUASA. BAGAIMANA? TUNGGU PRU LAMBAT LAGI. HAL INI DIBINCANG DLM PH. KEADILAN ITU SEBAHAGIAN PH. BAHKAN MEMIMPIN PH. BERUSAHA DAPAT BALIK KERAJAAN ITU SATU IKHTIAR. BOLEH JADI BERJAYA, BOLEH JADI GAGAL. DIAM TAK BUAT APA-APA SUDAH TENTU GAGAL. GAGAL SELEPAS USAHA JAUH LEBIH MULIA BERBANDING DIAM TAK BUAT APA. MPP DAN BIROPOL BINCANG LANGKAH INI. RAFIZI KETIKA INI TIDAK PERNAH HADIR WALAU SATU KALI PUN SEMUA MEETING MPP DAN BIROPOL. DI SINILAH KEPUTUSAN DIBUAT. BERUSAHA DAPATKAN SOKONGAN MP DI LUAR PH. UMNO DAN LAIN-LAIN PARTI. BUKAN KEPUTUSAN SEORANG DUA PIMPINAN. KEPUTUSAN KOLEKTIF. BAIK DALAM KEADILAN LEBIH-LEBIH LAGI PH. ADAB DAN DISIPLIN ORGANISASI ITU MESYUAWARAH. SEBELUM BUAT KEPUTUSAN BINCANG BERI PANDANGAN. SELEPAS KEPUTUSAN DIBUAT TAK SETUJU SEKALIPUN PATUH. BUKAN BERUNDUR JAUH SEKALI BEREHAT. JIKA PANDANGAN KITA DITERIMA … ISTIGHFAR. JIKA DITOLAK SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU YANG DIAJAR RASUL SAW.

3. Betulkah Rafizi "Berehat" Tatkala Parti Dalam Kesusahan?

Ini salah sama sekali.

Rafizi tidak berehat ketika parti dalam kesusahan. Rafizi meletakkan jawatan selaku Naib Presiden (yang dilantik) pada bulan Oktober 2019 tatkala KEADILAN sedang menjadi Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri bersama PH Plus.

Maknanya Rafizi letak jawatan sewaktu KEADILAN berada di puncak kegemilangan sebagai parti terbesar di dalam koalasi PH Plus dengan ramai Ahli Parlimen menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Malah dua orang ADUN KEADILAN diangkat menjadi Menteri Besar (Selangor & Negeri Sembilan). Ramai juga ADUN KEADILAN yang diangkat menjadi EXCO Negeri waktu itu.

Perletakkan jawatan sewaktu KEADILAN gemilang berada di puncak kuasa menunjukkan Rafizi seorang yang tidak tamak kepada jawatan dan pangkat.

Beliau berusaha keras siang dan malam selama 3 tahun sebelum PRU14 untuk memenangkan KEADILAN dan PH. Daripada sejumlah 44 Parlimen yang dipertanggungjawabkan penuh kepadanya, KEADILAN & PH menang 42 kerusi dan hanya tewas 2 kerusi.

Siang dan malam beliau membongkar kejahatan Umno, BN, Najib dan Rosmah sehingga dirinya di hadap ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Ini menghalang beliau daripada bertanding dalam PRU14.

JAWAPAN:

PARA INI MENJULANG SEORANG TOKOH TANPA SEDIKITPUN MENYEBUT DAN MENGHARGAI SETIAP ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN YANG IKUT MENYUMBANG KEMENANGAN KEADILAN.

DALAM SEJARAH PANJANG KEADILAN KALAH MENANG ITU TANGGUNGJAWAB DAN USAHA BERSAMA. BEGITULAH INDAHNYA SEBUAH PERJUANGAN.

MEMPOSISIKAN SEORANG TOKOH SEBAGAI PENYUMBANG MUTLAK KEMENANGAN PRU14 AMAT KETERLALUAN.

PRU 2004 KEADILAN KALAH TERUK TINGGAL SATU KERUSI PERMATANG PAUH. PRU 2008 KEADILAN MELONJAK MENANG 32 KERUSI PARLIMEN DAN MENJADI KERAJAAN DI KEDAH, PENANG DAN SELANGOR. JASA RAFIZI JUGA? KENAPA HANYA DISEBUT JASA BESAR RAFIZI PRU2018? MAKSUDNYA 2004-2008 ITU KEADILAN CEMERLANG DENGAN USAHA KERAS SETIAP PENYOKONG, ANGGOTA DAN PIMPINAN PARTI. BUKAN SEORANG INDIVIDU!

4. Mengapa Rafizi Tidak Membantu Parti Dalam PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor?

Jawapannya berkait dengan persoalan pertama iaitu beliau telah meletakkan jawatan.

Semasa Rafizi "berehat" wajarlah pemimpin-pemimpin lain yang selama ini mengaku sangat setia dan sentiasa membantu Presiden tampil menonjolkan kewibawaan masing-masing.

Pemimpin-pemimpin ini sewajibnya mengemukakan idea-idea bernas untuk memenangi keempat-empat PRN tersebut. Turun ke seluruh pelusuk negeri-negeri tersebut mengetuai kempen. Menyusun jentera dan gerak kerja.

Ketiadaan sosok Rafizi di dalam PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor harus membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin yang ada bangkit membantu Presiden.

Namun apa yang nyata hanya Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah yang tampil dan bekerja keras.

Di mana pemimpin-pemimpin lain? Hanya tampil sekali sekala sambil bertanya soalan "di mana tempat makan yang sedap". Paling ramai ialah "membontoti" ke mana Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah pergi berkempen sambil cuba menyelit mencari ruang untuk berucap.

Inilah realiti yang berlaku.

PARA INI LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI USAHA TENAGA ANGGOTA2 PARTI DARI SELURUH NEGARA YANG IKUT BERKAMPUNG MEMBANTU DI JOHOR. BILIK GERAKAN, CERAMAH KELOMPOK, EDAR RISALAH, PHONE BANKING, WASAP BLASTING, PACA DLL.

HANYA UNTUK JUSTIFY KETIDAKHADIRAN RAFIZI MEMBANTU DI JOHOR, PENULIS MALAH MEMPERLEKEH USAHA DAN SUMBANGAN ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN YANG TURUN MEMBANTU. SEDIHNYA SIKAP BEGINI Description: 😔

5. Rafizi Kembali Ke Gelanggang Politik.

Keputusan Rafizi untuk kembali ke gelanggang politik diambil ketika KEADILAN dan PH berada di tahap yang kritikal. Kalah 4 PRN dengan Melaka dan Sarawak tidak menang walau satu kerusi pun. Manakala Johor hanya menang 1 kerusi daripada 20 yang ditandingi.

Ini menunjukkan bahawa Rafizi bukan "pergi ketika susah datang ketika senang"

Sebaliknya Rafizi "pergi ketika parti dalam kesenangan dan datang kembali ketika parti dalam kesusahan".

Keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Rafizi sepatutnya diraikan. Ini proses demokrasi di dalam parti. Tiada yang menyalahi dan perlu dibimbangkan.

Sesiapa yang layak silalah tampil mengemukakan pencalonan. Bertandinglah dengan profesional dan semangat persaudaraan. Tegurlah dengan berhemah. Jauhkan menghina dengan tujuan membunuh karektor.

Raikan perbedaan. Berhujahlah dengan fakta.

Selamat bertanding pemilihan parti.

SEBAGAI ANGGOTA KEADILAN RAFIZI BERHAK MASUK BERTANDING. AHLAN WA SAHLAN. INI SUATU NILAI TAMBAH KEPADA PARTI. IDEA DAN REKOD KERJANYA CEMERLANG. SELAMA INIPUN PARTI TIDAK PERNAH TUTUP PINTU UNTUK RAFIZI. BELIAU SENDIRI PILIH BERCUTI. DALAM TEMPOH ITU TERUS MEMBINA EMPAYAR POLITIK SENDIRI. TANGGUNGJAWAB PARTI DIABAI. KEPUTUSAN PARTI DIPERLEKEH DAN DIPERTIKAI DI DADA MEDIA. KEMUDIAN BUAT LANGKAH KEMBALI SEBAGAI SANG PENYELAMAT!

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN.

 


ANWAR: JAWAPAN MENTERI BILA DITANYA SOAL SIASAT WANG YANG DISONGLAP KELUAR NEGARA

 

Jawapan menteri kepada soalan saya berkenaan status terkini siasatan terhadap warganegara Malaysia yang mempunyai akaun luar pesisir seperti yang dinamakan bermula dengan laporan Offshore Leaks 2012 sehingga Pandora Papers 2021.

Mahkamah tolak permohonan Najib kemuka keterangan babit Zeti, 1MDB dalam sabitan kes SRC International


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Najib Razak memohon untuk mengemukakan keterangan baharu bagi
 menggugurkan sabitannya dalam kes dana RM42 juta SRC
 International. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk memasukkan keterangan baharu dalam rayuannya untuk menggugurkan sabitannya dalam kes dana RM42 juta SRC International.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan itu tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

“Kami mendapati permohonan ini tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

“Tiada kesalahan yang membolehkan ia dirayu,” katanya.

Turut sama bersidang adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Zawawi Salleh.

Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak melihat bagaimana bukti yang dikatakan membabitkan ahli keluarga Zeti Akhtar Aziz yang didakwa menerima dana 1MDB daripada Low Taek Jho (Jho Low) relevan dengan rayuan Najib berhubung SRC International.

Pada Julai 2020, Najib disabitkan bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta. Sabitannya dikekalkan Mahkamah Rayuan, pada 8 Disember, tahun lalu.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Bagaimanapun, Najib dibenarkan ikat jamin sementara menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

“Tuduhan terhadap mereka (Zeti dan keluarga) adalah berkaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi dan bukannya dalam permohonan rayuan ini,” kata Tengku Maimun, merujuk kepada perbicaraan 1MDB Najib.

“Isu ini adalah berkaitan pengetahuan tertuduh mengenai RM42 juta dalam akaun banknya. Kami tidak melihat bagaimana keterangan yang dicadangkan itu berkaitan dengan “pengetahuannya”.”

Najib memfailkan permohonan memasukkan keterangan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan pegawai penyiasat Rosli Hussein atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, pada saat akhir, sebelum Mahkamah Rayuan dijadual memberi penghakimannya dalam kes SRC International itu.

Beliau berkata, isu dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, belum dapat diputuskan sepenuhnya dan demi kepentingan keadilan memperoleh perbicaraan adil dengan mengemukakan semua keterangan.

Najib berkata, SPRM pada 19 November 2020, mengesahkan sejumlah RM65 juta dana berkaitan 1MDB berjaya diperoleh semula daripada Cutting Edge Industries Ltd, syarikat berpangkalan di Singapura yang dikawal suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan rakannya, Samuel Goh.

Dalam pada itu, berhubung aduan pihak pembelaan yang mana mereka dikatakan tidak diberi masa secukupnya untuk menyiapkan hujahan dalam pendengaran di Mahkamah Rayuan, Tengku Maimun berkata, mereka diberikan kebebasan meneliti nota prosiding dan didapati pihak pembelaan diberikan satu jam 22 minit, manakala pihak pendakwaan diberikan 63 minit.

“Kami mendapati tertuduh tidak mengalami sebarang prejudis dan beliau tidak dihalang haknya untuk didengar,” katanya.

Tengku Maimun berkata mendapati permohonan mengemukakan keterangan baharu “difailkan pada saat akhir”, pada 2 Disember 2021, selepas Mahkamah Rayuan, memaklumkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan – sebulan lebih awal – keputusan kes SRC International ditetapkan pada 8 Disember.

“Dalam kes ini, berdasarkan fakta dan kronologi, kami mendapati Mahkamah Rayuan sudah menetapkan garis masa bagi permohonan ini.

“Seterusnya, kami juga mendapati ketika pengurusan kes bagi kes SRC International, pihak pembelaan menyatakan mereka mahu memfailkan permohonan itu.

“Selaras dengan tarikh dan garis masa yang sudah ditetapkan, mahkamah tidak keberatan memberikan penangguhan yang kami dapati adalah tindakan budi bicara kehakiman,” katanya.

KERAJAAN LULUSKAN PENGELUARAN KWSP 10K

 


               JANGAN BELI HP TAPI GUNAKAN UNTUK MENAMBAH KEBAIKAN


K’jaan luluskan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP
Diterbitkan:  Mar 16, 2022 1:39 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 lagi daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, berdasarkan dapatan, kajian dan penelitian secara menyeluruh, dalam fasa pemuliham pandemik, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.

"Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000," katanya pada sidang media, di Putrajaya.

Menurutnya, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion. Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

(function() { var d = document, w = window; w

SUKACITA DIMAKLUMKAN..SYABAS KEPADA RAFIZI RAMLI 👏👏👏

SUKACITA DIMAKLUMKAN..SYABAS KEPADA RAFIZI RAMLI