Dah kena kecam . Buat apa nak panggil lagi. ?TV AlHijrah tangguh jemput ‘Kak Long 7E’ selepas dikecam netizen

 


Panas! TV AlHijrah tangguh jemput ‘Kak Long 7E’ selepas dikecam netizen


Susulan kecaman daripada pengguna laman sosial stesen TV Alhijrah telah menangguhkan tayangan episod membabitkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan.

Pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV itu memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.

TV Alhijrah dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

“Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod itu,” kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.

“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Video Kak Long 7E bersama anak sulungnya Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8 yang tular telah dikecam di media sosial kerana bersikap biadap di sebuah kedai serbaneka yang tular baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, videonya yang dilihat bersikap kurang sopan di sebuah restoran makanan segera juga menjadi viral turut mendapat kecaman pengguna media sosial.


No comments: