Akhirnya Agenda Sebenar Dan Perangai Buruk Zahid Hamidi Terbongkar


PERTAMA KALI SAYA KECEWA DENGAN ZAHID HAMIDI


Saya sebagai ahli umno di negeri Johor yang berada dalam sebuah sejarah kemenangan BN hari ini yang seharusnya bergembira tetapi bertukar rasa kecewa dan marah saya sehingga menghilangkan rasa hormat saya kepada Zahid Hamidi.


Di peringkat cawangan atau pun bahagian, saya antara orang yang pertahankan Presiden parti Umno walau serangan dan fitnah yang dikenakan keatas Zahid Hamidi.


Tetapi hari ini presiden Zahid Hamidi dengan tanpa rasa setia kawan menafikan di depan khalayak ramai akan peranan YAB PM dalam menyumbang kemenangan PRN Johor.


Saya di bahagian tahu akan sumbangan dan sokongan yang dilakukan Ismail Sabri sepanjang kempen. Calon, ketua bahagian, timbalan dan naib ketua bahagian sehinggalah ketua sayap-sayap di Johor tidak boleh menolak akan bantuan dan sumbangan Ismail Sabri, termasuk Fuad Zarkashi, yang selama ini mengutuk dan menyerang Ismail Sabri.


Apakah hati kering Zahid sehingga tidak ada sepatah ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri dalam ucapan selepas kemenangan. Saya yang berada di depan pentas menunggu perkataan atau ucapan terima kasih presiden parti kepada Ismail Sabri tetapi sehingga habis ucapan saya tidak mendengarnya.


Apakah Zahid hari ini cuba menggambarkan secara terbuka bahawa sikap beliau yang lupa akan kawan yang pernah mempertahankan beliau ketika seluruh pemuda dan timbalan sendiri mendesak beliau agar berundur dan berehat kerana liabiliti dari kes-kes rasuah yang banyak sebelum ini.


Apakah hari ini Zahid sedang cuba mengkhianati usul-usul bahagian yang mahukan Ismail Sabri sebagai “poster boy” untuk PRU15 nanti dengan menukar poster boy itu kepada Najib Razak? Apakah ahli Umno masih mahu mengulangi kesilapan sehingga kalah pada PRU14 lepas?


Zahid ternyata telah mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Ismail Sabri. Memperlakukan seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa terhadap sebuah kerajaan seolah tidak wujud dikhalayak ramai membuktikan betapa Zahid manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur akan ketidakupayaan beliau sebagai presiden yang dibantu sahabat sekeliling.


Terbukti juga hari ini bahawa cadangan Ismail Sabri sebagai poster boy yang disokong beliau sebelum ini hanya gula-gula untuk menyedapkan hati Ismail Sabri, walhal secara terbuka seawal PRN Johor ini beliau telah membuat kenyataan dalam ceramah beliau bahawa beliau dan Mat Hasan akan mengepalai dan mengurus kerajaan selepas PRU15 nanti.


Apakah beliau lupa akan liabiliti yang rakyat tidak lupa akan kes rasuah puluhan kes berada dalam perbicaraan. Dan apakah kerana terdesak dari penghakiman itulah Zahid menekan dan merekayasa satu drama akan keperluan PRU15 dalam kadar segera untuk lepas dari kes mahkamah?


Rakyat tidak bodoh. Ahli Umno jangan terlena dari buaian kemenangan didepan mata tetapi risiko apabila seorang presiden yang menjadi liabiliti kepada parti sebenarnya sedang merisikokan sekali lagi umno kepada kekalahan total tanpa mampu lagi bangkit selepas ini.


Hari ini saya amat kecewa dengan presiden yang rupanya sedang berkonfrontasi dengan survival politik peribadi dengan mengheret parti sebagai perisai diri. Saya mohon Zahid sedar dan berfikir dengan waras bahawa perbuatan beliau hari ini merupakan bayangan dan cerminan kepada sebuah hati yang rakus dan kotor terhadap rakan dan orang yang pernah membantu beliau dan parti Umno.


Rahmat Hussain

UMNO PASIR GUDANG



No comments: