Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 Oktober 2022

 

Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

5 Oktober 2022

Tarikh Pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan satu perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari ini berhubung isu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

Majlis Presiden mengambil maklum laporan Jabatan Metereologi yang berkata bahawa fenomena La Nina dan monsun Timur Laut hingga ke awal tahun depan bakal menyaksikan jumlah taburan hujan yang tinggi serta kemungkinan berlaku hujan lebat dan banjir di kebanyakan negeri.

Majlis Presiden turut mengambil maklum bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mempertingkat tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir di negeri masing-masing sesuai dengan prinsip mengutama nasib rakyat berkait nyawa dan harta benda.

Oleh itu, Majlis Presiden menerima pendirian Menteri-Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Dewan-Dewan Undangan bagi negeri-negeri tersebut akan dibubarkan pada tahun 2023, pada satu tarikh yang akan diumum kelak.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

 



MALAYSIA BERUNTUNG DAPAT PEMIMPIN UMNO YANG SANGAT ADVANCE!

 



Sejak sekian lama Malaysia sentiasa elakkan adakan PRU di musim banjir. Kini pemimpin Umno kata, banjir bukan penghalang untuk PRU. Mereka advance menggunakan ramalan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan kata walaupun musim hujan lebat, PRU boleh dibuat sebelum berlakunya banjir.

Malaysia juga selama ini ingatkan yang seseorang yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah akan hilang banyak kelayakan. Pemimpin Umno kata tidak. Mereka dapat mencari peruntukan Perlembagaan yang kata selagi Petisyen Minta Ampun tidak selesai, YB masih lagi YB. Boleh hadir Sidang Parlimen dan mesti juga boleh melawat kawasan dan tunaikan tugas YB di kawasan yang diwakili.

Sesiapa yang pernah jadi banduan tentunya boleh sahkan semasa mereka dipenjara mereka tidak boleh mengundi di PRU atau PRK. Jentera kempen PRU/PRK pun sejak dulu tidak masukkan banduan di penjara sebagai golongan yang perlu diraih undi mereka.

Kalau begitu keadaan ini akan berubah. YB yang masih lagi YB walaupun sudah dipenjara pastinya akan mengatakan dia masih layak lagi mengundi. YB itu masih tidak lagi hilang kelayakan.

Pemikiran pemimpin Umno sangat advance!

Oleh kerana terlalu advance itu ada juga yang buat kajian, PRU nanti ramai yang sudah bersuara "buat apa pergi mengundi? Kena beratur, kena keluar pagi2, kalau line panjang, dah lah panas pulak, kalau sekolah tempat mengundi itu atas bukit, penat lah. Kalau banjir takkan nak mengundi naik boat. Kena travel jauh dan jam lagi...Buang masa lah....lebih baik tak payah mengundi!"

Tapi jangan lupa, kalau orang sudah benci, lautan api pun mereka sanggup renang nak balas dendam....


HEBAT KERJAYA WANITA INI- USAHAWAN TUDUNG TERUS DAPAT BUKA KILANG ARANG BATU..FUYOOOOOO....USAHA DIA...ORANG MENIAGA LA KATAKAN....


 

Hebat sebab memang itu bidang dia dari dulu atau sebab dia bini Rahman Dahlan

 ? Dah berapa lama beliau berkecimpung dlm arena arang batu ni ? Yang tahu dia

 ni founder tudung V_Hijrah Bila masa pulak tukar bidang ?




DI SEBALIK TEKA-TEKI KIAN MEMBERAHI, RAMAI BERHARAP AGONG TOLAK PRU15 DI MUSIM BANJIR

 

Susulan majlis taklimat UMNO Isnin lepas, teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen kian menjadi topik yang semakin memberahikan ramai orang.

Semua parti politik, orang politik dan rakyat kebanyakan ghairah bercakap mengenainya.

Pelbagai tarikh dimunculkan sebagai logik bagi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen.

Ada yang berkata esok, 6 Oktober sebagai tarikh Ismail Sabri akan mengadap Agong dan seterusnya beliau akan mengumumkan Parlimen dibubarkan pada keesokannya iaitu 7 Oktober.

Jika itu berlaku, bermakna pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada petang 7 Oktober secara automatik akan ditiadakan.

Begitu pun, majlis mengadap esok bukanlah khusus untuk mencadangkan pembubaran Parlimen, sebaliknya ia adalah rutin mingguan bagi Perdana Menteri kerana sepanjang sesi Parlimen berlangsung, mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat.

Jika tiada sidang Parlimen, mesyuarat kabinet akan diadakan pada hari Rabu dan Perdana Menteri mengadap Agong pada hari Selasa.

Ada pula yang berkata, Ismail Sabri akan mengadap Agong pada Isnin, 10 Oktober sebelum baginda berangkat ke luar negara pada sebelah malamnya.

Seterusnya dikatakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen sama ada pada 10 atau 12 Oktober.

Setakat ini, meski pun ada tarikh-tarikh lain yang diperkatakan, dua tarikh di atas adalah paling banyak sekali diperbualkan sama ada di alam nyata atau di alam maya.

Tetapi, harus diingat, apa jua tarikh yang disebutkan itu, ia hanya akan menjadi kenyataan jika Agong memberi perkenan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Bagaimana jika Agong tidak memberi perkenan kepada pembubaran Parlimen dan mahu Ismail Sabri meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal?

Sebenarnya tidak mustahil untuk Agong menolak cadangan pembubaran Parlimen kerana baginda sebelum ini pernah menolak cadangan darurat yang dicadangkan oleh Mahiaddin Md Yasin.

Lagi pula, memang termaktub bahawa Agong mempunyai kuasa untuk menolak cadangan pembubaran Parlimen.

Lebih daripada itu, suasana dalam negara ketika ini seperti ancaman banjir berikutan musim tengkujuh, kemalapan ekonomi dan kesusahan rakyat akibat susutnya nilai ringgit dan pelbagai masalah semasa lainnya adalah dirasakan tidak begitu sesuai untuk ia dijadikan medan bagi ahli-ahli politik untuk berebut kuasa.

Sabarlah dulu, tunggu lima enam bulan lagi sehingga rakyat cukup selesa dan tidak begitu terbeban lagi kehidupan mereka, barulah sesuai ketika itu untuk diadakan PRU.

Lima enam bulan lagi, macam-macam perkara boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.

Mengadakan PRU ketika pengundi tidak selesa dan dibebani dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mungkin akan menyebabkan tidak ramai yang keluar mengundi dan akhirnya kerajaan yang terpilih bukanlah sebuah kerajaan benar-benar telah dipilih oleh rakyat terbanyak.

Sesetengah pihak barangkali gembira dengan peratusan keluar mengundi yang rendah itu kerana peluang mereka untuk menang lebih tinggi, tetapi dari segi keadilan kepada semua parti, ia langsung tidak adil sama sekali.

Semua parti politik, baik pembangkang atau kerajaan, kecuali kluster tertentu dalam UMNO, bahkan secara terbuka menolak PRU15 diadakan pada hujung tahun ini.

Termasuk menolak itu ialah PN dan Pas yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, bahkan bilangan Ahli Parlimen kedua-duanya lebih ramai daripada Ahli Parlimen UMNO.

Jadi, bagaimana kelompok minoriti dalam kerajaan ada hak mahu membubarkan Parlimen jika golongan majoriti tidak bersetuju dengannya?

Di samping itu, meneliti kenyataan Perdana Menteri sendiri kebelakangan ini, kita dengan sendirinya dapat memahami beliau sebenarnya sedang ditekan untuk membubarkan Parlimen.

Sekurang-kurangnya ada tiga kenyataan Perdana Menteri kebelakangan ini yang memberi gambaran beliau pun mahu PRU15 tidak digopoh-gopohkan untuk disegerakan.

Pertama, beliau menyebut – “kalau kita nak buat pilihanraya kena ada asas yang kuat untuk dipercepatkan. Cuma…tarikh tu tunggulah. Kalau dari tahun lepas boleh tunggu, tahun ni pun boleh tunggu.”

Kedua, Ismail Sabri mahu Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat nanti mendapat sokongan untuk diluluskan, termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.

“Saya percaya bajet ini akan diterima kerana ia untuk rakyat. Kalau pembangkang tolak, bermakna mereka tak setuju dengan apa yang diperuntukkan kerajaan untuk rakyat.

“Kalau bajet tak lulus, dari segi emolumen untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak boleh buat. Jadi, bajet perlu diluluskan,” tambah beliau.

Ketiga, Ismail Sabri juga menyebut tiada parti boleh mempengaruhi Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.

Walaupun, dalam kenyataan itu beliau merujuk kepada pembangkang, tetapi tidak mustahil ia juga merupakan libasan pukul anak sindir menantu yang ditujukan kepada UMNO yang semua orang tahu sentiasa saja menekan beliau untuk cepat-cepat membubarkan Parlimen.

Berdasarkan semua itu, ia menunjukkan paling awal pun Ismail Sabri mahu membubarkan Parlimen ialah selepas Belanjawan 2023 diluluskan iaitu pada penghujung November nanti.

Sekiranya Agong tidak memberi perkenan pula kepada pembubaran Parlimen – bahkan inilah yang paling menggembirakan rakyat sebenarnya – PRU15 hanya akan diadakan pada penghujung penggal iaitu sebelum Jun 2023 dan Ismail Sabri mungkin pada ketika itu beroleh lebih keselesaan dan kebebasan sebagai seorang Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 05/09/2022.



KEH..KEH..KEH.......HAAAAA....APA MACIAM....ORANG LALUI LAMA DAH DULU....WOIII NAK PILIHANRAYA DAH...PEMBAHAGIAN KERUSI TAK SELESAI...INI MACIAM MANA BOLEH MENANG..NANTI NAYA RAKYAT SELANGOR.....

 

Hubungan PAS-Bersatu Selangor ‘dingin’, tak puas hati pembahagian ketua PN bahagian.




Sumber berkata pergolakan antara PAS dan Bersatu di Selangor akibat
 ketidakpuasan hati pembahagian jawatan ketua Perikatan Nasional
 bahagian.

PETALING JAYA: Hubungan PAS dan Bersatu di Selangor didakwa “semakin dingin” apabila timbul ketidakpuasan hati antara pimpinan parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu berhubung pembahagian jawatan peringkat bahagian.

Sumber parti dalam gabungan PN Selangor berkata, pergolakan itu berlaku apabila pemimpin PAS negeri difahamkan tidak berpuas hati dengan pembahagian jawatan ketua PN bahagian membabitkan 22 Parlimen bagi tiga parti dalam komponen itu.

“Di Selangor ada 22 kawasan Parlimen, mengikut perjanjian awal pembahagian bagi jawatan ketua perhubungan PN bahagian adalah sembilan untuk Bersatu, sembilan untuk PAS dan empat untuk Gerakan yang dipersetujui oleh tiga parti dalam PN.

“Tiba-tiba diubah kepada 10 Bersatu, lapan PAS dan empat Gerakan tanpa persetujuan PAS,” katanya sumber itu kepada FMT.

Katanya, susulan keputusan itu beberapa pemimpin peringkat bahagian PAS dikatakan memboikot untuk menghadiri majlis makan malam bersama Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin dan penyerahan watikah ketua badan perhubungan kawasan di sebuah hotel di Shah Alam malam ini.

“Sepatutnya setiap kawasan PAS hantar 30 wakil, termasuk 10 Pemuda dan 10 Muslimat (Wanita). Tetapi sebagai tanda bantahan cuma ketua PAS kawasan saja akan hadir. Sepatutnya lebih 400 wakil PAS akan hadir malam ini tapi yang akan hadir tidak sampai 40 orang,” katanya.

PN Selangor diketuai Mohamed Azmin Ali.

Selangor mempunyai 22 kerusi Parlimen dan 56 DUN yang mana Pakatan Harapan(PH) menguasainya pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Yunus Hairi berkata dia tidak tahu mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa hubungan partinya dengan Bersatu dingin.

“Saya tak tahu,” katanya menurut Malaysiakini.

Yunus turut mengesahkan dia akan menghadiri majlis bersama Muhyiddin malam ini.

3 negeri pimpinan PH tak bubar, jika PRU15 dalam masa terdekat, kata Anwar

 

Faiz Zainudin
 -

Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri pimpinan PH tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga isu banjir selesai.

KUALA LUMPUR: Tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan dibubarkan, jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, kata Pengerusinya, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Selangor bersama Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan memfokuskan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.

“Keputusan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, ketiga-tiga negeri yang dipimpin PH akan menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

“Mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir. Mereka ada ruang menetapkan pembubaran DUN selepas itu (banjir). Mereka takkan bersama kerajaan persekutuan, seandainya PRU diadakan semasa banjir,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden di Parlimen.


YB MAT SABU! OTAI MASIH BERBISA, DIBANJIRI SOKONGAN RAKYAT!

GEMPAR TERKINI🔥 RAFIZI MENCABAR ZAHID ? PKR SIAP SEDIA LAWAN PRU ?

[LANGSUNG] Sesi Pembentangan Kerangka Bajet 2023 Pakatan Harapan | 5 Okt...

HARGA MINYAK MASAK TURUN 3%.. SAWIT TURUN 20%....KEH..KEH...JOM JIHAD.....TENGOK TENGOK ...REGA KIOK...MAMPUIH....



Riuh dalam Media geng Jihad Inflasi kononnya Kerajaan berjaya turunkan harga minyak Masak dari 50 Sen hingga 2 Ringgit..  Itu bukan sebab kejayaan Jihad Inflasi, data MOPB..Harga purata Minyak Sawit turun hampir 20%.. Dari purata RM 4200/tan pada purata bulan ogos kepada RM 3700 Pada bulan September..

 

Itu pun hujung hujung minggu terakhir September, harga Sawit berlegar dari RM 3500- RM 3300.. Maksudnya jatuh lagi 15%.. Peneroka, Peladang Sawit tengah teruk sekarang.. Dah lah harga Sawit jatuh sampai RM 3.300/Tan.. Kos Buruh, Baja dan racun naik 200%.. Apa yang depa dapat ? 

 

Ni kalau PH bijak main isu ni.. UMNO pun boleh lingkup kat Felda walaupun mungkin depa undi PN, Sebab takut DAP dalam PH.. ni kalau banjir, lagi teruk lah hasil sawit.. Tu pun UMNO terdesak nak buat PRU 15.. 

 

Zaman PH, Masa harga Sawit tak tinggi mana, Last sebelum PH jatuh..harga Sawit naik sampai RM 3200/Tan.. Tapi harga minyak Masak RM 16 5kg.. Zaman BN/PN.. harga Sawit RM 3600.. Minyak RM 31.. Tu pun bangga kata dah berjaya turun harga minyak masak.. padehal dekat 100% mahal dari zaman PH..

 

Zaman PH dulu, Mungkin lah..Peneroka sesak lah sikit.. Tapi Baja , Racun masih murah..Upah Buruh pun murah.. Tapi sesak sesak pun, harga minyak masak, harga makanan dan barang Keperluan Murah..datang BN, Dah lah Sawit jatuh, harga racun, Baja Naik.. Harga barang makan dan Barang dapur pun naik.. Hat teruk lagi hat baru ambik beli Kereta masa Sawit tinggi ..OPR pun naik.. 

 

Jadi tu lah.. Kata PAS dulu seksa bawah PH 22 Tahun.. Sekarang rasa kan..Tu esok BN menang, Jangan kata kos sara Hidup..GST.. harga minyak dan elektrik tunggu masa nak naik.. ;)

 

Ipohmali

 


LUAHAN SISI GELAP PENSYARAH-PENSYARAH IPG


 Keluhan dari Pensyarah-Pensyarah Perguruan.

1. Sungguh lucu bila majoriti pensyarah IPG setuju dengan pertukaran cuti semester yang berjumlah lebih dari 80 hari setahun kepada cuti tahunan sebanyak 35 hari. Ini sungguh melucukan.

2. Apa yang sebenarnya berlaku? rupa-rupanya kaedah kutip data persetujuan pensyarah tidak berlaku dengan cara yang sepatutnya, sedangkan majoriti pegawai IPGM adalah pemegang PhD. semasa proses kutip data dibuat disertakan nama, jabatan, kampus. ini menyebabkan keputusan para pensyarah membuat keputusan terpaksa bersetuju, dan juga dikatakan para pensyarah yang tidak setuju di ugut akan diturunkan ke sekolah. akhirnya keluarlah keputusan yg melucukan ini.

3. Apa kesannya pd pensyarah? IPGM mula melaksanakan program 3 semester setahun, maka akan jadi kelam kabut lah para pensyarah mengejar segala macam date line. stress meningkat lagi dengan pelbagai dokumentasi, audit yang ketat, seperti seronok mencari kesalahan dan bukan lagi untuk memastikan proses kerja adalah betul.

4. Semasa cuti semester para pensyarah di bayar jika mengajar kursus dalam cuti (KDC) dengan kadar mengikut Gred, tetapi sekarang tidak lagi di bayar walaupun pelajar KDC membayar yuran. ke mana duit yuran itu pergi? Malah kos observe praktikum pun di catu. Bimbingan praktikum hanya di bayar 2 kali sedangkan sepatutnya bimbingan praktikum perlu di buat 4 kali. Jika tempat praktikum yang jauh hanya di bayar sekali, yang lain bimbingan dibuat secara online, adilkah untuk pelajar yang jauh sedangkan kadar yuran sama seperti rakan yang tinggal dekat dengan kampus, Pensyarah jadi stress.

5. Masa praktikum kelam kabut sebab cuti semester IPG tidak sama dengan cuti sekolah.

6. Segala susah payah sistem 3 semester ini yang berpunca dari cuti tahunan, diharapkan memendekkan tempoh pengajian pelajar TETAPI tempoh pengajian kekal sama seperti sistem 2 2 semester setahun. sungguh lucu dan menyusahkan.

7. Stress Pensyarah bertambah apabila ramai pensyarah memilih untuk pencen pilihan, apabila di tanya kenapa majoriti menjawab terlalu penat dengan kerenah IPGM yang kelihatan terlalu berkejar untuk kelihatan seperti universiti sehingga mengabaikan kelebihan yang ada pada sistem DG. Kelebihan DG tak nak, kelebihan DS tak dapat, dimana IPG? entah lah.. pensyarah jadi stress.

8. Dimana kebajikan pensyarah? kalau pensyarah ditekan dimana saluran mengadu? Mengapa persatuan pensyarah tidak wujud? atau mungkin tidak di benarkan wujud? pensyarah jadi stress.

9. Banyak arahan dari IPGM tidak selaras dgn keadaan dan beban tugas di kampus. mengapa berlaku? mengapa IPGM seperti tidak memahami keadaan di kampus? Perkara Ini terjadi kerana kewujudan IPGM hari ini tidak selari dengan cadangan penubuhannya. Penubuhannya sepatutnya berkonsepkan seperti UiTM iaitu induk juga berada di kampus iaitu di Enstek tetapi IPGM tidak mahu berpindah ke Enstek dengan alasan yang tidak diketahui. Sekian lama IPGM berada di Cyberjaya dan kelihatan seperti Bahagian Pendidikan, berapa kos sewaan bangunan? Sepatutnya IPGM juga perlu bersama pelajar kampus barulah segala dasar dan arahan lebih kemanusiaan dan realistik.

10. Apa perlu dilakukan untuk meredakan stress pensyarah? Data persetujuan cuti tahunan perlu dikutip semula dengan lebih telus tanpa nama, jawatan, jabatan, kampus serta tiada ugutan. Kalau betul memang ramai pensyarah sukakan cuti tahunan 30 hari setahun boleh teruskan. Jika keputusan sebaliknya maka ianya menganiaya para pensyarah.

11. IPGM perlu balik ke kampus Enstek bersama pelajar, barulah dasar dan arahan lebih realistik kerana melalui situasi yang sama dgn kampus. Jika IPGM tidak setuju maka kembalikan IPG kepada BPG yang lebih bersifat keguruan. perlu kutip data berapa ramai pensyarah mahu kekal bawah IPGM atau mahu dibawah BPG. Cara kutip data perlu telus tanpa unsur bias.

12. Persatuan pensyarah IPG perlu diwujudkan bagi menjaga kebajikan pensyarah. Banyak kes pensyarah di aniaya oleh pengurusan dan di tukarkan.

sekian.

Dari Seorang pandangan seorang Pensyarah



SOKONGAN MELAYU KE UMNO JATUH 9%


UMNO SANGGUPKAH MENDAPAT KEKASIH YANG TIDAK TETAP PENDIRIAN ?BIASA KEKASIH SEBEGINI TIDAK SETIA.BAIK CERAI AWAI AWAI ATAU TERAJANG MASUK SUNGAI.

 

Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat



PAS diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama memilih mereka atau Bersatu.

PAS akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan sama ada memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) pada masa terdekat.

Selepas diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta PAS memilih salah satu rakan kongsi semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata keputusan muktamad akan dibuat dua atau tiga hari lagi.

“Satu mesyuarat penuh akan diadakan dan dalam dua atau tiga hari lagi kita akan putuskan mengenainya,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Mahfodz berkata, UMNO tidak sepatutnya meletakkan syarat sedemikian kepada PAS, sebaliknya melakukan perbincangan terlebih dahulu.

“Kalau betul-betul ikhlas, patutnya bincang dahulu, kemudian barulah letak syarat.

“Lagipun PAS memang hendak semua orang Melayu Islam bersatu dan kita masih belum putus asa supaya ia berhasil dan perkara itu sangat penting untuk menghalang Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi.

Mengenai perbincangan antara Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Zahid, beliau mengakui ia satu langkah yang baik, cuma tidak perlulah sebarang syarat diletakkan.

“Sebab yang nak bersepakat adalah kedua-dua pihak iaitu PAS dan UMNO, jadi biarlah masing-masing berlapang dada dan dengan hati terbuka.

“Kalau boleh biarlah penyatuan ummah itu berjaya supaya boleh mengekang PH daripada berkuasa semula kerana pahit maungnya yang dirasai rakyat sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka,” katanya.

Terdahulu, Zahid dan UMNO juga meletak tiga syarat sebagai kata dua yang perlu dipenuhi PAS sebelum sebarang perundingan baharu untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat diteruskan iaitu keluar daripada gabungan PN serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.