MALAYSIA BERUNTUNG DAPAT PEMIMPIN UMNO YANG SANGAT ADVANCE!

 



Sejak sekian lama Malaysia sentiasa elakkan adakan PRU di musim banjir. Kini pemimpin Umno kata, banjir bukan penghalang untuk PRU. Mereka advance menggunakan ramalan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan kata walaupun musim hujan lebat, PRU boleh dibuat sebelum berlakunya banjir.

Malaysia juga selama ini ingatkan yang seseorang yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah akan hilang banyak kelayakan. Pemimpin Umno kata tidak. Mereka dapat mencari peruntukan Perlembagaan yang kata selagi Petisyen Minta Ampun tidak selesai, YB masih lagi YB. Boleh hadir Sidang Parlimen dan mesti juga boleh melawat kawasan dan tunaikan tugas YB di kawasan yang diwakili.

Sesiapa yang pernah jadi banduan tentunya boleh sahkan semasa mereka dipenjara mereka tidak boleh mengundi di PRU atau PRK. Jentera kempen PRU/PRK pun sejak dulu tidak masukkan banduan di penjara sebagai golongan yang perlu diraih undi mereka.

Kalau begitu keadaan ini akan berubah. YB yang masih lagi YB walaupun sudah dipenjara pastinya akan mengatakan dia masih layak lagi mengundi. YB itu masih tidak lagi hilang kelayakan.

Pemikiran pemimpin Umno sangat advance!

Oleh kerana terlalu advance itu ada juga yang buat kajian, PRU nanti ramai yang sudah bersuara "buat apa pergi mengundi? Kena beratur, kena keluar pagi2, kalau line panjang, dah lah panas pulak, kalau sekolah tempat mengundi itu atas bukit, penat lah. Kalau banjir takkan nak mengundi naik boat. Kena travel jauh dan jam lagi...Buang masa lah....lebih baik tak payah mengundi!"

Tapi jangan lupa, kalau orang sudah benci, lautan api pun mereka sanggup renang nak balas dendam....


No comments: