Akhirnya
percaturan politik parti agama bulan gerhana yang membawa slogan politik
sejahtera memakan diri sendiri. Hasrat parti agama itu untuk jadi king maker
dan menajakan projek perpaduan ummah dah jadi King Kong.
Zahid
Hamidi mendedahkan pertemuan beliau dengan Abdul Hadi Awang Selasa lalu, dimana
dalam pertemuan itu Hadi diberi kata dua oleh Zahid. Menurut laporan Zahid
memberi tiga syarat untuk Pas kembali bersama Umno dalam MN. Oh ertinya
kunjungan Hadi terhadap Zahid itu untuk "rujuk".
Pertama
putuskan hubungan dengan Perikatan Nasional, kedua memutuskan hubungan dengan
Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah)
seratus peratus daripada PN dan Bersatu.
Syarat
diberikan Zahid itu menggambarkan Umno sudah tidak boleh berkingsi air lendir lagi,
yang sanggup menjadi isteri di mlm. hari dan gundik di siang hari. Mungkin
Zahid sudah kenal dan arif dengan gaya politik hipokrit parti agama itu.
Zahid
juga mendedahkan pertemuan itu atas inisiatif Pas, katanya Hadi yang datang
berjumpa dengannya, bukan dia datang berjumpa Hadi. Perjumpaan berlangsung dua
hari sebelum mahamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan
rasuah, di Bangi, Bangi berhampiran kediaman Zahid.
Apakah
Hadi diberi maklumat awal mengenai pembebasan Zahid itu, walahu'alam.
Persoalan
kini apakah Hadi sedia akur dengan syarat diberikan Umno itu? Ada tanda-tanda
Pas sedia untuk kembali kepada Umno apabila timban presiden Pas mengherdik
kenyataan Mahiaddin Yassin yang dianggap memberi kata dua kepada Pas.
Membaca
senario itu, apa dapat difahamkan syarat dikenakan Umno itu meletakkan Pas
dalam keadaan panas sejuk demam tak kebah dan pening kepala.
Telan
panadol tak hilang kebah Ini kerana dalam parti itu kini ada dua pihak, satu
yang mahu bersama Umno dan satu lagi mahu bersama Bersatu. Pihak yang cenderong
dengan Umno dikepala Muryidul Am, Hashim Jasin sementara yang cenderong dengan
Bersatu presiden, Hadi.
Manakala
di antara itu ada pula pihak yang berusaha agar Pas bersama kedua-duanya dengan
mengambil sikap menjadi isteri dimlm. hari gundi di siang hari.
Ternyata
kini permainan Pas telah membedal dirinya sendiri. Ekor sudah berjeluah dengan
najis yang menghampakkan keadaan.