UMNO SANGGUPKAH MENDAPAT KEKASIH YANG TIDAK TETAP PENDIRIAN ?BIASA KEKASIH SEBEGINI TIDAK SETIA.BAIK CERAI AWAI AWAI ATAU TERAJANG MASUK SUNGAI.

 

Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat



PAS diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama memilih mereka atau Bersatu.

PAS akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan sama ada memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) pada masa terdekat.

Selepas diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta PAS memilih salah satu rakan kongsi semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata keputusan muktamad akan dibuat dua atau tiga hari lagi.

“Satu mesyuarat penuh akan diadakan dan dalam dua atau tiga hari lagi kita akan putuskan mengenainya,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Mahfodz berkata, UMNO tidak sepatutnya meletakkan syarat sedemikian kepada PAS, sebaliknya melakukan perbincangan terlebih dahulu.

“Kalau betul-betul ikhlas, patutnya bincang dahulu, kemudian barulah letak syarat.

“Lagipun PAS memang hendak semua orang Melayu Islam bersatu dan kita masih belum putus asa supaya ia berhasil dan perkara itu sangat penting untuk menghalang Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi.

Mengenai perbincangan antara Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Zahid, beliau mengakui ia satu langkah yang baik, cuma tidak perlulah sebarang syarat diletakkan.

“Sebab yang nak bersepakat adalah kedua-dua pihak iaitu PAS dan UMNO, jadi biarlah masing-masing berlapang dada dan dengan hati terbuka.

“Kalau boleh biarlah penyatuan ummah itu berjaya supaya boleh mengekang PH daripada berkuasa semula kerana pahit maungnya yang dirasai rakyat sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka,” katanya.

Terdahulu, Zahid dan UMNO juga meletak tiga syarat sebagai kata dua yang perlu dipenuhi PAS sebelum sebarang perundingan baharu untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat diteruskan iaitu keluar daripada gabungan PN serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.


No comments: