3 negeri pimpinan PH tak bubar, jika PRU15 dalam masa terdekat, kata Anwar

 

Faiz Zainudin
 -

Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri pimpinan PH tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga isu banjir selesai.

KUALA LUMPUR: Tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan dibubarkan, jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, kata Pengerusinya, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Selangor bersama Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan memfokuskan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.

“Keputusan mesyuarat Majlis Presiden hari ini, ketiga-tiga negeri yang dipimpin PH akan menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

“Mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir. Mereka ada ruang menetapkan pembubaran DUN selepas itu (banjir). Mereka takkan bersama kerajaan persekutuan, seandainya PRU diadakan semasa banjir,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden di Parlimen.


No comments: