Posted By: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah sama dengan kerajaan BN apatah lagi kerajaan gagal BN – PN ketika ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim berkata, rakyat yang bercakap bahawa kerajaan PH dan BN adalah sama berkemungkinan mereka tidak pernah membuat kajian ke atas polisi dan dasar kerajaan memerintah.
“Ada yang kata buat apa nak mengundi, beratur panas jika dapat kerajaan sama sahaja. Tak sama. Macam mana boleh jadi sama. PH lain dari BN.
“Orang ulang kerajaan 22 bulan. Mandat rakyat diberikan selama 5 tahun tetapi ada orang jahat gila kuasa (lakukan pengkhianatan)
“Orang dah lama berkuasa, bina mahligai, bina kekayaan dia tak boleh duduk diam. Dia berpakat dengan orang dalam kalangan PH mempunyai matlamat sama, lebih kurang macam Umno.
“Cuma sekarang mereka dah keluar dan duduk dengan BN dan PN. Orang inilah yang sepatutnya dibenci bukannya PH,” katanya dalam ceramah Rapat KEADILOAN di Nibong Tebal, malam tadi.
Menurut Adam lagi, bukti paling tepat kerajaan PH dan BN tidak sama ialah di negeri yang diperintah PH genap sepenggal seperti Pulau Pinang dan Selangor, penduduknya tidak mahu menukar kepada kerajaan lain dalam pilihan raya berikutnya.
“Dasar pro rakyat kita buat kali pertama jadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. Hari ini dikembangkang ke Negeri Sembilan
“Kenapa rakyat bagi sokongan begitu besar di Selangor dan Pulau Pinang kalau bukan kerana PH mempunyai polisi baik, pro rakyat?
“Kita ada ramai pemimpin hari hari buat kerja di bawah, bagi khidmat dan bakti terbaik untuk rakyat.
“Orang yang memimpin dalam parti KEADILAN, Amanah, DAP yang bernaung di bawah PH faham benar kesusahan rakyat,” katanya.
Tegas Adam, pada masa sama rakyat amat maklum dengan perilaku pemimpin Umno. Mereka akan mencipta kekayaan sejak hari pertama berkuasa.
Oleh itu, katanya rakyat perlu memilih PH yang pemimpinnya menjaga amanah pemerintahan.
“Kalau tengok perangai Umno, dia tak payah tunggu sepenggal, setahun jadi ADUN, jadi ahli majlis pun.
“Hari ini dilantik, esok pergi bank nak beli rumah besar. Tetapi dalam kalangan pemimpin PH malu kita nak buat perangai serupa. Sebab kita diangkat rakyat kerana rakyat muak dengan perangai Umno,” katanya lagi.
Adam turut mengingatkan rakyat jasa jasa PH dalam kerajaan dan malah di luar kerajaan melalui Memorandum Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan telah banyak meluluskan palbagai undang undang yang memperkasakan hak rakyat.
Antaranya menurunkan had kelayakan pengundi kepada 18 tahun kerana pada umur itu rakyat telah dibenar berkahwin dan seharusnya mereka juga perlu dibenarkan memilih kerajaan