Sekiranya rakyat memberi mandat dan kemenangan kepada Pakatan
Harapan (PH), ini membuktikan bahawa mereka menolak secara total
pemimpin-pemimpin BN-PN yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan.
Rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memilih
pemimpin dan parti yang bersih dan tidak rasuah. Rakyat mempunyai hak untuk
menukar parti lebih-lebih lagi jika mereka selama ini memerintah tidak
menjalankan tugasnya dengan baik, tidak beramanah, rasuah dan salah laku.
Untuk membersihkan Malaysia, kita mesti elak daripada mengulangi
kesilapan-kesilapan dengan memilih BN dan PN yang dilihat gagal dan sekiranya
rakyat masih memilih BN-PN untuk berkuasa maka penyalahgunaan kuasa, salah laku
dan rasuah akan terus berlaku.
Dengan kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan
keadaan ekonomi memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat. Apatah lagi
skandal demi skandal melibatkan berbilion wang rakyat hilang begitu sahaja.
Justeru itu, Pada PRU-15 penting bagi rakyat untuk tidak membuat
kesilapan dalam memilih pemimpin dan parti yang tiada prinsip.
|Admin|