MENU LEBAI


Ana melantak.

Menu Kelah bukan Cap Aye.




MENU RAHMAH NI WALAUN TAK MAKAN- DEPA MAKAN IKAN KELAH- IKAN KEMBUNG PUN CAP AYAM- ALMAKLUMLAH DUIT BANYAK MASUK AKAUN...KEH..KEH


 

KEH..KEH..BARU NAK MAKAN MENU RAHMAH- AKAUN PULA KENA BLOCK


 

LAPORAN DARI PIHAK LAIN DAN DIDAPATI BAHAWA SALAHURUS KEWANGAN


 

AGONG IKTIRAF KERAJAAN PERPADUAN DAN KERAJAAN BETA


 

KERAJAAN TAK CAMPUR TANGAN TINDAKAN SPRM BEKU AKAUN BERSATU – ANWAR

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik untuk menentang Bersatu.

Bercakap pada sidang media hari ini, Anwar menegaskan badan anti rasuah itu bebas menjalankan tugas mereka.

“Adalah tak bertangungjawab bagi tokoh-tokoh parti politik pembangkang yang dalam proses siasatan (SPRM) membuat tohmahan campur tangan dari pihak kerajaan perpaduan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengecam kerajaan kerana didakwa menggunakan agensi ke

rajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti parti itu serta PN.

Ini berlaku selepas akaun bank Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Selasa mengesahkan perkara itu, dua hari selepas Bersatu mengisytiharkan penyata akaun bagi tahun 2020 dan 2021, dalam usaha menafikan dakwaan rasuah melibatkan parti itu.

Sementara itu, Anwar berkata terdapat dua faktor yang menyebabkan SPRM menyiasat Bersatu. 

Pertama, katanya, laporan dibuat kepada polis dan SPRM mengenai penggunaan dana Bersatu.

Kedua, katanya, semasa menjalankan tugas sebagai menteri kewangan, dia mendapati ada projek yang melibatkan perbelanjaan tinggi dijalankan tanpa proses tender.

“Dalam projek terutamanya Jana Wibawa (Semasa PKP) dan tebatan banjir kita dapati kos itu terlalu tinggi.

“Jadi saya dedahkan maklumat dari menteri kewangan. (Tindakan) pihak SPRM itu tidak tertakluk kepada pandangan saya,” kata Anwar.

Anwar menambah siasatan SPRM mendapati Bersatu mempunyai lebih RM300 juta dalam akaunnya.

Tambahnya, jika pemimpin Bersatu bersih seperti yang didakwa, parti itu sepatutnya boleh menjelaskan kepada pegawai penyiasat SPRM bagaimana parti itu boleh mengumpul sejumlah besar wang dalam akaun mereka dalam tempoh singkat.

Anwar sepanjang sidang media itu menegaskan pentadbirannya sekarang tidak terlibat dalam operasi SPRM.

Bagaimanapun, dia menyeru agar badan pencegah rasuah itu lebih proaktif dan cekap.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/653704



MEMULAKAN TUGAS BAHARU



1. Alhamdulillah, hari ini saya memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri.


2.  Saya menerima tanggungjawab besar ini atas hasrat untuk bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan bagi membangunkan negara ini, bukan sahaja dari segi ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga dari segi siasah dan masyarakatnya.


3.  Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendokong misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.


4. Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka.


5.  Mencapai hasrat di atas bukan mudah. Saya tentunya tidak boleh melakukannya sendirian. Oleh itu, kami di J-Kom tentunya memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik. 


6.  Tiga teras utama J-Kom, iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan kami laksanakan mengikut acuan Malaysia Madani supaya program-program yang bakal kami laksanakan nanti dapat merealiasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera. 


7.  Saya lihat episod PRU-15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.


8.  Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-Kom akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur.


9.  Bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat. 


10.  Doakan kejayaan kami dan marilah bersama kami di J-Kom melaksanakan perubahan ini. 


“BERPAKSIKAN HIKMAH, KITA MELANGKAH”


DATO’ DR. MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Ketua Pengarah

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)

Jabatan Perdana Menteri


2 Februari 2022

KESALAHAN RASUAH BOLEH DIPENJARA 20 TAHUN



Mohamed Hanipa juga mengkritik kenyataan Amar yang hanya mengulang perkara yang diperkatakan oleh Hadi. “Apabila seorang Presiden bercakap, orang lain hanya mengulang semula ibarat ‘burung kakak tua’ sahaja. Sepatutnya kena lihat pada undang-undang,” tempelaknya. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa

[LANGSUNG] Sidang Media Pasca Mesyuarat Kabinet | 2 Feb 2023

HOI HOI YAHOI....

 






SPRM bekukan pelbagai akaun parti PPBM kerana siasatan cuci wang haram. Ini dalam undang2, kita panggil kes AMLA. 


Kalau SPRM dah bekukan akaun bawah AMLA, ada lah dakwaan wang yang dalam akaun tu “Wang Haram”. 


Wang haram ni, kalau dalam kes parti politik datang majoritinya dari komisyen rasuah projek Kerajaan atau wang underground (contoh tauke judi haram). 


Siasatan sudah bermula, SPRM akan tentukan. Dikhabarkan dakwaan wang haram sampai RM300juta. Kita tengok saja nanti. 


Geng PN dah kata ini fitnah, mereka tak salah. Ini semua pendakwaan terpilih kata mereka. 


Saya bukan apa. Bila tang politik, kita kena selalu skeptikal. Banyak juga tanda2 yang ada:


1. Betapa mewah kempen PRU PN tahun lalu. Bendera dan di media sosial. 

2. Betapa banyak wang yang diSEDEKAH kepada pengundi. 

3. Dalam pada kita diserang pandemik dan ekonomi merudum, akaun parti tahun 2021 ada RM140juta. Siapa la gamaknya pendermanya?


Ingat dulu, rakyat angkat bendera putih masa pandemik. Jenuh rakyat kempen #kitajagakita. 


Rupanya, masa tu, parti Kerajaan dapat “sedekah” beratus juta. 


Apalah nasib Malaysia? Pusing2 macam tu juga. 


#hoiyahoi


~LM~

MASAKLA KAU NAK......

 


Masak... SPRM dan mula panggil mereka penerima wang sedekah. Senarai nama penerima tu SPRM dapat daripada dokumen yang dirampas semasa siasatan seperti dokumen yang perlu ditandatangan masa tuntutan duit dibuat.

Sanusi sebelum ini mendakwa ini tuduhan palsu. Cuma helah musuh nak burukkan nama PAS. Tapi kalau dah siap ada dokumen tandatangan tu, apa ceritanya? Yang kelakarnya, dah bagi rasuah boleh pulak dia simpan senarai...

Boleh baca cerita penuh di https://bit.ly/3HPVsbF. Nampak gaya payah nak belit kali ni. Tapi selain siasat pemberian, harap SPRM siasat sekali mana dapat duit banyak-banyak tu. Tentu lebih seronok kalau kita dapat tahu siapa yang derma banyak tu. Kan? Guane boh?

Raja Gelap

 

#PDRM- SEKOLAH TAK TINGGI TAK APA- TAPI KALAU PERANGAI HODOH- MAKNA KATA SIKAP PERANGAI TUTURKATA SEMUANYA BURUK ....BILA HATI TELAH HITAM.





Bila dah mati akal, tak terlawan, penghujungnya dia mainkan isu kaum juga. Nak hasut rakyat konon kerajaan nak tekan peniaga Melayu. Dey! Yang pergi makan tu siapa? Bukan Melayu ke yang ramai?

Tongong. Sama macam DS Anwar minta Bernas sumbang RM10 juta dulu. Dia kata tekan jutawan Melayu. Padahal yang dapat faedah daripada duit tu petani miskin yang rata-ratanya Melayu!

Rakyat tengoklah betapa huduh perangai mereka ni. Idea untuk bantu rakyat susah tak ada. Bila kerajaan buat sesuatu yang menyenangkan rakyat, dia buat fitnah, mainkan isu rasis. Hati hitam. Guane boh?

Raja Gelap

 

TAHNIAH PROFF AGUS YUSOF

 




Tahniah YBhg. Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri.

Ini satu usaha yang terpuji. Kita perlukan seorang yang hebat berhujah dengan fakta bagi menangani tohmahan dan fitnah dari pihak lawan.

Semoga selepas ini komunikasi antara kerajaan dan rakyat akan menjadi lebih lancar berkesan. Puak sana mesti makin panas ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

PAKAT PAKAT LA KUTIP DUIT GUNA TIN MILO



Kesiannnn..

Tapi tin Milo kan ada..masa PRU15 Abah banyak sedekah kat walaun, sekrang mintak walaun sedekah kat abah balik la..Walaun kan dah kaya raya hidup senang lenang PH 22 bulan tumbang 

 


NI NAK KATA CERDIK KA DAK / AGAK AGAK LA....KALAU KATA BODO ...KASAQ SANGAT KOT- KATA WALAUN SESUAI...



DIA KELAKAR- AKU SUKA DENGAN DIA NI SEBAB DIA KELAKAR- TAPI BODO DIA TAKAT DIA SUDAH, JANGAN SAMPAI KETURUNAN DIA TURUT B0DO CAM DIA


 

PENDAPATAN MASA PKP


Adrian Lim Chee 


Semasa PKP lockdown, Bersatu terima “pendapatan” RM108 juta (tahun 2020) dan RM147 juta (tahun 2021).




Ada pula pendapatan ratusan juta ringgit walaupun tengah berkurung kat rumah 👍🏻💪🏻


Rakyat pula dapat:

-Moratorium (kene bayar balik)

-I-Citra KWSP (wang sendiri)

-Bendera putih/hitam



PN- KETIKA JADI KERAJAAN GAGAL, JADI PEMBANGKANG PUN GAGAL- APA ISU UNTUK KEBAIKAN RAKYAT YANG DIKETENGAHKAN ?






NORMAN RADZUAN


Cabar kemudian ‘lari’ serta tiada isu yang baik untuk rakyat

PN JADI KERAJAAN GAGAL JADI PEMBANGKANG GAGAL

Dah lebih 70 hari Kerajaan Perpaduan ditubuhkan… setakat ini PN gagal menjadi pembangkang wibawa sebagai check and balance. Malah yg melucukan mereka ini berani cabar di depan penyokong kemudian ‘lari’.

Masih ingat tak apabila Agong melantik DS Anwar menjadi PM… Muhyiddin cabar Anwar buktikan sokongan yg ada padanya di Dewan Rakyat.

Muhyiddin kata dia ada sokongan majoriti. Maka percayalah penyokong atau ahli yang dikenali sebagai ‘walaun’ bahawa Anwar tiada majoriti.

Anwar serta merta menyambut cabaran tersebut. Bila Anwar bawa undi tersebut di Parlimen apa kata PN yang diwakili Takiyuddin, “Kita tidak minta undi (belah bagi) sebab kita tak mengundi.”… pulak dah.

Kemudian disahut oleh Shahidan , “ PN tak payah campur undi percaya, biar mereka undi sesama sendiri.” Lucu mereka yg mencabar tapi mereka yg tidak mahu lakukan undi percaya.

Begitulah juga bila Anwar kata ada penyelewengan dana politik PN… Muhyiddin cabar buktikan atau siasat. Bila SPRM ambil tindakan membekukan akaun Bersatu mereka jawab pula, “Kerajaan guna SPRM sebagai alat politik, “ kata Hamzah. Aduh pening kita.

Sebelum ini cabar suruh buktikan melalui siasatan. Bila SPRM siasat tuduh sebagai alat politik. Kenapa perlu takut kalau tak bersalah? Kenapa takut SPRM tanya mana dapat banyak bendera, mana dapat kren pasang bendera….?

Ingat dulu RUU 355 yg pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi ia tidak dibahaskan.

Bila Speaker Dewan, Pandikar Amin benarkan RUU dibentangkan selepas lebih suara Ahli2 Parlimen bersetuju, Hadi Awang pembawa usul mengejutkan dewan persidangan apabila memohon supaya usul itu ditangguhkan..

Pada 2018 sekali lagi Hadi Awang tangguhkan dgn alasan usul bagi membentangkan RUU 355 perlu dicadang serta dikemukakan oleh menteri utk dibahaskan.

Pada Januari 2021, Pas membuat keputusan menangguhkan dahulu 'perjuangan' melaksanakan RUU 355 dengan alasan bagi menyelesaikan hal lebih penting ketika ini iaitu darurat.

Itulah mereka sendiri mahu, sendiri cabar bila dibenarkan dan disahut cabaran mereka memberi pelbagai alasan. Sedih…

Begitulah juga peranan sebagai check n balance kerajaan setakat ini mereka gagal. Yang mereka cabar kenapa lantik Nurul Izzah jadi Penasihat walaupun tidak berbayar… tapi anak-anak pemimpin mereka tidak mengapa.

Semalam Cybertrooper mereka pertikaikan kenapa Mat Sabu dapat gelaran Datuk SeriYang ditegur kenapa Wan Azizah rasmi majlis NGODescription: 🤣. Yang mereka marah kenapa UMNO sanggup kerjasama dgn DAP dan bermacam mcm lagi…

Setakat ini tiada isu pembaziran dan rasuah wang rakyat. Mereka tahu kerajaan Perpaduan ini tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran… jadi mereka cuba cari sekecil kecil isu utk memprovok atau melahirkan persepsi negatif kpd masyarakat.

Jgn harap mereka menegur dan seterus memberi solusi. Jangan mimpi mereka akan bercerita soal ekonomi. Jangan harap la mereka kotakan cabaran-cabaran mereka.

Isu-isu  yang ditimbulkan oleh PN bermula Anwar Ibrahim PM sehinggalah skg sangatlah remeh temeh dan tidak menguntungkan rakyat sama sekali. Pembangkang harus belajar dari pembangkang yang lepas yang banyak bicara isu rakyat miskin. Bukan hanya ‘score point’ dengan isu-isu tidak ada faedah utk rakyat.

Bak kata Tuan Ibrahim, “"Dulu (kita) pembangkang tak apa kita desak kerajaan sebab kerajaan itu bukan kita… Contoh dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dlm parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355 untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang…..”

 

SELEPAS AKAUN BANK DIBEKU, RUMAH DAN PEJABAT PERIBADI PEMIMPIN2 BERSATU HENDAKLAH JUGA DIPERIKSA

 

Semalam, SPRM mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Difahamkan, pembekuan itu telah dilakukan sejak dua minggu lalu.

Pada awalnya, pembekuan itu dilakukan untuk menyiasat dakwaan berkaitan dana rangsangan kerajaan – berjumlah RM92.5 bilion – semasa pandemik Covid19 dan didakwa diselewengkan dan seterusnya dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu.

Bagaimanapun, difahamkan pembekuan juga dibuat bagi menyiasat dakwaan bahawa Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Sumber-sumber mendakwa, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.

Dakwa sumber berkenaan lagi, baki dalam dua akaun bank Bersatu ketika ini adalah sekitar RM40 juta.

Tindakan SPRM itu tidaklah memeranjatkan kerana berdasarkan penyata akaun yang tersebar luas di media sosial, Bersatu didapati menerima dana berjumlah beratus-ratus juta sewaktu tempoh PKP berkuatkuasa pada 2020 dan 2021.

Soalnya, siapa memberi wang sebanyak itu dan kenapa mereka memberinya, sedangkan sewaktu tempoh PKP, banyak perniagaan berdepan masalah kewangan dan tidak beroperasi sepenuhnya?

Dana tersebutkah yang menjadikan Bersatu dan PN begitu mewah berbelanja, bukan saja dalam PRU15 lalu, bahkan sejak PRN Melaka dan Johor lagi?

Berdasarkan hal ini juga, jika ada RM300 juta didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu, ikut logik dan kebiasaan sebagai parti politik, lebih banyak lagi duit tunai dipercayai ada dalam simpanan pemimpin atau di pejabat parti berkenaan.

Ini kerana, dalam mana PRU, urusan perbelanjaan sebahagian besarnya adalah dalam bentuk tunai dan daripada tangan ke tangan.

Dengan itu, bersekali dengan pembekuan akaun bank Bersatu, akaun bank pemimpin, pejabat peribadi dan kediaman pemimpin-pemimpin utama Bersatu juga seharusnya disiasat sama oleh SPRM.

Manalah tahu kot-kot terjumpa sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.

Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan tiada yang terlepas daripada perbuatan melanggar undang-undang.

Dalam hal ini, respon Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang mendakwa tindakan SPRM itu sebagai bukti, PH dan BN menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti Bersatu serta PN serta adalah tidak benar sama sekali.

Beliau malah menuduh ia sebagai “strategi jelek” pentadbiran semasa PH dan BN untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan dan nepotisme yang membelenggu mereka.

Yahg penting di sini, jika tiada apa-apa kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah dilakukan, tiada apa yang Hamzah atau Bersatu perlu bimbang dengan tindakan SPRM itu.

Berilah kerjasama ketika disiasat, waima jika ketika pejabat atau rumah diserbu sekali pun.

Berani kerana benar, mengelabah semacam bukankah seperti ada yang salah? – ShahbudinHusin 02/02/2023.




KEH..KEH...KEH


 Walaun pun boleh beli.. ianya utk semua rakyat.

Uns tak nak bersyukur lg ke. Tak payah tuang minyak penuh

 tangki keta nak cari menu Rahmah ni....belambak kedai mamak

 ada....




ANWAR BUKAN MAKSUM- HABIH TU LAYAK KAH DIA DIFITNAH BERTERUSAN ? BILA DIA SAMAN HANGPA, KALUT PULA.


 

ALAHAI TINO TU JANGAN CAYA- AKU RASA DULU KENA PUNGGAI DENGAN TEPUNG ....KEH..KEH...


 

LEBAI NI PULAK SPIN KONONNYA KEMUNGKINAN YANG BUAT TU BUKAN ORANG PAS- MUNGKIN ORANG LAIN DARI PAS...AGAK AGAK HANGPA PERCAYA KA ?


 

KISAH UMAT ISLAM DI KEDAH- FATWA POLITIK JANGAN IKUT-MACAM TAK AMAN SAJA.


 

SPRM DAH BEKU 2 MINGGU LALU SEBENARNYA-PARTI BARU DANA BANYAK...HEBAT-KEDAH NEGERI MISKIN TAPI MB DIA SEMBANG BABI PUN TERBANG.


 

ORANG YANG BELOT TAK AKAN PERNAH SETIA PADA DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN


 

PERINGATAN PM AGAR GOLDMAN BANK BAYAR HUTANG 1 MDB- JOM IKUT KRONOLOGINYA.


 

THE GREAT PRETENDER

 

Jumaat  -  27/01/2023

( 1 - 22 )

 

 

1.   Dalam  tahun 1955  lagu  'THE  GREAT  PRETENDER'   telah  diperkenalkan  dan di popularkan  oleh   'THE  PLATTERS' , sekumpulan  penyanyi  Kulit Hitam  di Amerika  Syarikat

 

2.   Jika  kita  maseh  ingat sejarah hitam  yang  telah dipersembahkan  oleh  'THE  4th  Floor  BOY'  atau  'BUDAK  TINGKAT  4'

 

3.   Ianya  muncul  semasa  Abdullah  Ahmad  Badawi  atau  Pak Lah   menerajui  negara  sebagai  Perdana  Menteri

 

4.   Sebagai  menantu  Pak Lah ,  Khairy  Jamaluddin  atau  KJ  begitu  rakus  sehingga  ramai  terpaksa  melalui  beliau  dahulu  sebelum  berjumpa  Perdana  Menteri  ketika  itu

 

5.  Pak Lah  sendiri  terlalu  mendengar  dan mengikuti  kebanyakan   nasihat   budak  Tingkat 4  ini

 

6.   Walaupun  dinasihat  ramai  termasuk  MUBARAK ,  Persatuan  Bekas  Wakil Rakyat  Barisan  Nasional ,  bukan  sahaja ditolak  malah  dimarahi  oleh  Pak  Lah kerana  kepada  beliau  KJ  adalah segala - galanya

 

7.  Kini  jarang  sekali  disebut  peristiwa tersebut ,  maklumlah bak kata  Tun Dr. Mahathir ,  "Melayu  Mudah  Lupa"

 

8.   Bagi  membalas  jasa  Pak Lah  yang  meletakan  jawatan   setelah  buat  pertama kali UMNO/BN   hilang   2/3  Kerusi  diParlimen , Najib  melantik  KJ  sebagai  Menteri  Beliau  dan  Sukan  yang  kemudian nya dilantik sebagai  Menteri  Kesihatan  menggantikan  Dr. Adham  Baba  yang  gagal

 

9.   Berikutan  'kehebatan'  yang  ditunjukan  ,  ramai  mula  memilih  melupai  cerita  kegilaan  'BUDAK  TINGKAT  4'  tersebut

 

10.    Saya  kembarkan  pandangan  seorang  penulis  yang  namanya  dirahsiakan  untuk  tatapan  kita bersama  bagi mengenali  siapa  KJ   dan apakah  beliau 'BERSIH'    atau  pun  beliau  ini  seperti lagu  'THE  GREAT  PRETENDER' Wallahualam

 

11.   Selepas  diberi  peluang  dan kalah  dalam Pilihanraya  Umum  lepas di Kawasan  Parlimen  Sungai  Buloh ,  kini  beliau  berhasrat  merebut  jawatan  Presiden  UMNO

 

12.  Tidak  salah  sesiapa  pun  boleh  menawar diri  namun Perwakilan  UMNO   harus  berhati - hati  dengan  :

 

MUSANG   BERBULU

AYAM   ini  

 

13.   Dari  zaman kegemilangan  sejak  Pilihanraya  Pertama  ,  dan bermula  zaman 'CASH  IS  KING'  peristasi  UMNO/BN   mula  merudum

 

14.   Dari  73 dari  220  Kerusi  dalam Pilihanraya  Umum ke 14  dan  semasa Pilihanraya  Umum  ke 15   UMNO  hanya   dapat   26 Kerusi  sahaja  dan  2  MCA , 1  MIC  dan  1  dari  Sabah

 

15.  Atas  desakan  dan ugutan ,  Najib  akhirnya  TERPAKSA  meletak  semua  jawatan  ;  ia  jauh  berbeza  dengan  Zahid Hamidi  yang  maseh berpaut  sebagai  Presiden  UMNO   dan Pengurusi  BN

 

16.  Seperti  Tan Koon Swan ,  Presiden MCA , beliau  berharap  jawatan  Presiden  UMNO  dan  Pengurusi  BN   BOLEH  MENJAMIN   beliau  tidak  akan  dipenjarakan  diatas  47  tuduhan  rasuah  dan pecah amanah dalam kes  Yayasan  Akal Budi ;  Tan Koon Swan dipenjarakan juga  walaupun oleh  Mahkamah  Singapura

 

17.   Yang  terkini  beliau  yang  merupakan  TPM  pertama  yang  memohon  Mahkamah  memberi   beliau Pasport  Antarabangsa  secara  'permenant'  bagi  memudahkan  perjalanan  beliau  

 

18.   Umum  SEDANG   MEMERAHATI  apakah  PMX   campurtangan  urusan  Mahkamah  dalam  permohonan  beliau ini  dan  samada  kes  beliau  ditangguhkan  lagi  sehingga   beliau  menang  Jawatan  Presiden  party

 

19.  Jika  maseh  ingat  Anwar  Ibrahim  pernah  mengheret  KJ  ke Mahkamah  kerana  memfitnah tapi  kini  TANPA   RASA  MALU   dan  BERMORAL beliau selamba  sahaja  membuat

 U TURN   memuji  Anwar  selepas  di angkat  sebagai  Perdana  Menteri ke10

 

20.   JANGAN  LUPA   APA   YANG  DILAKUKAN NYA   KETIKA  WABAK  COVID  19  DULU

 

21.   Sudah  sampai  masanya  UMNO  membuang  duri  dan bangkai  yang  hanya  hidup  dengan  kepura - puran

 

22.  Khairy  Jamaluddin  is 

THE  GREAT  PRETENDER

 

 

Wassalam

Terima Kasih