PN- KETIKA JADI KERAJAAN GAGAL, JADI PEMBANGKANG PUN GAGAL- APA ISU UNTUK KEBAIKAN RAKYAT YANG DIKETENGAHKAN ?






NORMAN RADZUAN


Cabar kemudian ‘lari’ serta tiada isu yang baik untuk rakyat

PN JADI KERAJAAN GAGAL JADI PEMBANGKANG GAGAL

Dah lebih 70 hari Kerajaan Perpaduan ditubuhkan… setakat ini PN gagal menjadi pembangkang wibawa sebagai check and balance. Malah yg melucukan mereka ini berani cabar di depan penyokong kemudian ‘lari’.

Masih ingat tak apabila Agong melantik DS Anwar menjadi PM… Muhyiddin cabar Anwar buktikan sokongan yg ada padanya di Dewan Rakyat.

Muhyiddin kata dia ada sokongan majoriti. Maka percayalah penyokong atau ahli yang dikenali sebagai ‘walaun’ bahawa Anwar tiada majoriti.

Anwar serta merta menyambut cabaran tersebut. Bila Anwar bawa undi tersebut di Parlimen apa kata PN yang diwakili Takiyuddin, “Kita tidak minta undi (belah bagi) sebab kita tak mengundi.”… pulak dah.

Kemudian disahut oleh Shahidan , “ PN tak payah campur undi percaya, biar mereka undi sesama sendiri.” Lucu mereka yg mencabar tapi mereka yg tidak mahu lakukan undi percaya.

Begitulah juga bila Anwar kata ada penyelewengan dana politik PN… Muhyiddin cabar buktikan atau siasat. Bila SPRM ambil tindakan membekukan akaun Bersatu mereka jawab pula, “Kerajaan guna SPRM sebagai alat politik, “ kata Hamzah. Aduh pening kita.

Sebelum ini cabar suruh buktikan melalui siasatan. Bila SPRM siasat tuduh sebagai alat politik. Kenapa perlu takut kalau tak bersalah? Kenapa takut SPRM tanya mana dapat banyak bendera, mana dapat kren pasang bendera….?

Ingat dulu RUU 355 yg pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi ia tidak dibahaskan.

Bila Speaker Dewan, Pandikar Amin benarkan RUU dibentangkan selepas lebih suara Ahli2 Parlimen bersetuju, Hadi Awang pembawa usul mengejutkan dewan persidangan apabila memohon supaya usul itu ditangguhkan..

Pada 2018 sekali lagi Hadi Awang tangguhkan dgn alasan usul bagi membentangkan RUU 355 perlu dicadang serta dikemukakan oleh menteri utk dibahaskan.

Pada Januari 2021, Pas membuat keputusan menangguhkan dahulu 'perjuangan' melaksanakan RUU 355 dengan alasan bagi menyelesaikan hal lebih penting ketika ini iaitu darurat.

Itulah mereka sendiri mahu, sendiri cabar bila dibenarkan dan disahut cabaran mereka memberi pelbagai alasan. Sedih…

Begitulah juga peranan sebagai check n balance kerajaan setakat ini mereka gagal. Yang mereka cabar kenapa lantik Nurul Izzah jadi Penasihat walaupun tidak berbayar… tapi anak-anak pemimpin mereka tidak mengapa.

Semalam Cybertrooper mereka pertikaikan kenapa Mat Sabu dapat gelaran Datuk SeriYang ditegur kenapa Wan Azizah rasmi majlis NGODescription: 🤣. Yang mereka marah kenapa UMNO sanggup kerjasama dgn DAP dan bermacam mcm lagi…

Setakat ini tiada isu pembaziran dan rasuah wang rakyat. Mereka tahu kerajaan Perpaduan ini tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran… jadi mereka cuba cari sekecil kecil isu utk memprovok atau melahirkan persepsi negatif kpd masyarakat.

Jgn harap mereka menegur dan seterus memberi solusi. Jangan mimpi mereka akan bercerita soal ekonomi. Jangan harap la mereka kotakan cabaran-cabaran mereka.

Isu-isu  yang ditimbulkan oleh PN bermula Anwar Ibrahim PM sehinggalah skg sangatlah remeh temeh dan tidak menguntungkan rakyat sama sekali. Pembangkang harus belajar dari pembangkang yang lepas yang banyak bicara isu rakyat miskin. Bukan hanya ‘score point’ dengan isu-isu tidak ada faedah utk rakyat.

Bak kata Tuan Ibrahim, “"Dulu (kita) pembangkang tak apa kita desak kerajaan sebab kerajaan itu bukan kita… Contoh dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dlm parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355 untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang…..”