TERDEDAH! BAGAIMANA MUHYIDDIN BANTU MENANTU DALAM SKANDAL RM1 BILLION?



Buletin SEDAR, 1 Februari. Skandal RM 1.159 BIllion, Muhyiddin Yassin perlu jawab 4 soalan ini. Saksikan, laporannya.

Kes Altantuya Pendedahan Thomas mengejutkan Najib

LAGI ANGKARA "TRUST DEFICIT" : HANCUR PELABURAN ASING DI MALAYSIA?




Sebelum ini Sony Corp cabut. Kini satu lagi gergasi pembuatan Jepun angkat kaki. Kali ni Panasonic Corp.

JIKA ini melibatkan kilang mereka di Kulim Hi-Tech Park bermakna MBalak Kedah yg otak senget akan kehilangan industri pelabur asing.

Sekaligus ini melibatkan MITI dan KERAT.

Tahniah Minrit. Kawasan industri milik bersama MITI-Kerajaan Negeri Kedah bakal kehilangan Pelabur Asing dan MENCIPTA BERIBU PENGANGGUR. Selepas ni kilang apa lagi?

Wallahualam.

Zus Din

01 Februari 2021

YEEE HAAAAA.....

 

SHAHBUDIN  HUSIN


Dengan 335 orang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat

sempena sambutan Hari WP tahun ini, 30 ribu keluarga miskin

bandar  ini dipercayai akan bertukar menjadi kaya dengan serta-

merta.....


Image may contain: 1 person, sitting and text

KENYATAAN MEDIA 1 Februari 2021

 

Image may contain: 1 person, text that says "LL emimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembeleng suara dan menggesa untuk pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan negara hukum. 77 Anwar Tbrahin Presiden Keadilan Ahli Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_k keadilan @anwaribrahim_n @anwaribrahim Anwar Ibrahim"


Perkembangan terkini di Myanmar sangat merungsingkan tatkala pihak tenteranya seolah-olah sedang menggerakkan kudeta atau rampasan kuasa yang dilihat akan menginjak suara rakyat dan demokrasi. Semua pihak harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat serta akur dengan keputusan pilihanraya.

Meski terdapat banyak kecurangan serta pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya oleh rejim yang lalu, demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan serta yang punya masa depan. Tindakan pihak tentera ini hanya akan membalikkan aspirasi rakyat Myanmar, dan menjerumuskan negara itu terus ke lembah kediktatoran.

Pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembeleng suara dan menggesa untuk pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan negara hukum. Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihanraya. Pihak tentera di sana sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat Myanmar, dan saya menggesa mereka untuk hormat serta lindungi pilihan yang telah dibuat oleh rakyat. Ia belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

 

KEMBALIKAN KERAJAAN AWAM DI MYANMAR – ANWAR


TANGANI COVID: WANITA KEADILAN LANCAR KEMPEN KOMUNITI WASPADA


ABIM tempelak kenyataan Khairuddin memberikan kebenaran untuk membalak semasa PKP

 


ABIM tempelak kenyataan Khairuddin memberikan kebenaran untuk membalak semasa PKP


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan mengenakan moratorium terhadap sebarang kegiatan pembalakan, selepas ia kembali dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kebenaran itu bercanggah dengan proklamasi darurat yang turut menyebut bencana banjir sebagai antara faktornya.

“Abim menegaskan perkembangan terbaru ini (kebenaran untuk pembalakan) amat bercanggah dengan penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mendakwa nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perisytiharan darurat bagi menangani beberapa isu besar iaitu penularan wabak Covid-19 serta bencana banjir di beberapa buah negeri.

“Abim menegaskan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengeluarkan satu perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan sebagai solusi tuntas kepada kedua-dua bencana ini yang akhirnya membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Dia juga berkata kegiatan pembalakan berleluasa adalah antara punca perubahan iklim yang akhirnya menyebabkan ketidaktentuan cuaca seperti waktu dan kadar taburan hujan.

“Bencana besar banjir yang sering berlaku berpunca daripada perubahan iklim.

“(Ketidaktentuan hujan) menjadi penyebab banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi,” katanya yang juga koordinator Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim (MCCIN).

Pada 30 Jan lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor perhutanan dan yang berkaitan, termasuk pembalakan, akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di saat penularan Covid-19.

Katanya, ia juga memberi kelegaan bagi sektor tersebut selain manfaat kepada mangsa banjir untuk mendapat bekalan perabot baru yang musnah. Menurutnya, sektor perabot dianggarkan menggukana 85 peratus bahan mentah tempatan.

Menyifatkan kenyatan Khairuddin sebagai “tidak kena”, Faisal berkata kerajaan seharusnya tidak berdepan masalah untuk mengenakan moratorium jika mempunyai kemahuan politik yang tinggi.

Tambahan pula, katanya lagi, kerajaan pada 2019 pernah mengeluarkan perintah sma terhadap kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang pada 2019. 



32 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL- COVID 19 UPDATES

 


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR. SILA

 TEKAN   >  UNTUK MEMBACA BERITA

 AWAL PAGI. 



COVID-19 UPDATE : MALAYSIA

Sudah 2 minggu Darurat pun masih gagal turunkan jumlah kes harian ke? Kes harian hari ni 4,214 kes. Apa guna Darurat tu? Batal je lah, sbb hari demi hari Darurat menakutkan Pelabur Asing. Pakat lari dan tutup industri mereka. So...panggil Parlimen bersidang utk bincang.

Hgpa percaya tak aku kata KERAT ni memg CLUELESS, HOPELESS and USELESS..?? Skrg KPK mengaku plak jumlah kes yg tinggi adalah kerana "backlog". Apa maksudnya?

Selama ini mereka umum dan bertindak atas Data Semasa yg SALAH? Mcm mana pencegahan boleh berkesan jika dok kejar nak tekan lekuk pandemik COVID-19 dgn data yg salah??

Dr. Dzul dah kata, negara lain percepatkan atau Ramp Up Test kemudian percepatkan Contact Tracing supaya mereka yg positif belum sempat sebarkan pada org lain tapi sudah diasingkan dari masyarakat.

STFC bertindak pantas tapi KKM taknak terima idea tu? Kenapa? Sbb KERAT tak bagi budget utk tingkatkan jumlah Frontliners jadi 5 kali ganda utk buat Contact Tracing mcm negara lain??

Nampak tak pasal apa aku dok kata KERAT ni CLUELESS, HOPELESS and USELESS..???

- Zus Din

01 Februari 2021

 


Image may contain: text that says "STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA 1.2.2021 Jumlah kes aktif 21.9% Total case 48,074 Jumlah ICU TotalICU Termasuk 316 137 Bantuan Alat Pernarasa Kes baharu Confirmedcase cases 4,214 Kes tempatan 4,205 Kes import 9 0.4% 77.7% Kematian baharu New death 10 Jumlah Kematian Total death 770 Kes sembuh baharu New recovered cases 4,280 Jumlah kes sembuh Total recovered cases 170,329 SUMBER: CPRC KEBANGSAAN NGSAAN 219 219,173 Jumlah kes keseluruhan Total confirmed cases comms@moh"







GELARAN PALING LAYAK BUAT MUHYIDDIN – TOKOH PERUTUSAN KHAS SEDUNIA

 

Sedar tak sedar, dalam tempoh belum pun sampai setahun berkuasa, rupa-rupanya Muhyiddin Yassin telah muncul sebanyak 38 kali menyampaikan perutusan khas melalui kaca televisyen.

Sebaliknya, belum pernah sekali pun beliau berani bersoal jawab secara terbuka dengan media, baik dalam atau luar negara, sebagaimana lazim dilakukan oleh semua Perdana Menteri sebelum ini.

Ghairahnya Muhyiddin mahu tampil menyampaikan perutusan khas secara sehala itu sehingga sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam pun beliau juga yang muncul berbuat demikian.

Walhal sebelum ini, tidak pernah sama sekali mana-mana Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan diadakan.

Dalam hal ini, mujurlah hanya ada Hari Wilayah Persekutuan saja di negara kita, kalaulah ada Hari Johor, Hari Melala, Hari Kedah dan sebagainya, pastilah beliau juga akan mengambil kesempatan muncul dengan perutusan khas yang ucapannya makin memualkan rakyat itu.

Dengan pencapaian Muhyiddin yang amat cemerlang itu, beliau bukan saja mengatasi semua Perdana Menteri sebelum ini, bahkan sejak zaman Nabi Adam dan barangkali sehingga Hari Kiamat nanti pun mungkin tidak ada mana-mana Perdana Menteri atau ketua kerajaan di alam maya ini yang mampu mengatasinya dari segi kekerapan muncul melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Dengan pencapaian yang tiada tolok bandingnya itu, Muhyiddin sebenarnya layak dianugerahkan gelaram Bapa Perutusan Khas Sedunia Kelas Dewata.

Bahkan jika Azmin Ali atau Annuar Musa sedia mengadakan majlis besar-besaran meraikan pencapaian Muhyiddin itu dan disiarkan pula secara langsung ke seluruh dunia, ia pasti bukan saja menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa, malah juga mampu meningkatkan ekonomi serta melonjakkan kemasukan pelabur asing ke dalam negara.

Apakah kita sebagai rakyat marhaen yang hanya ada satu undi dalam tangan masing-masing tidak mahu tumpang bangga sama? 


(Shahbudindotcom 01/02/2021)



MENTERI KEWANGAN BERI PERUNTUKAN KEPADA KAWASAN TIMBALANNYA DI PAYA BESAR RM 200K?



Saya mendapat maklumat bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul telah mengunjungi kawasan Parlimen Paya Besar untuk meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir.

Kebetulan, Parlimen Paya Besar sekarang diwakili oleh MP nya YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan. Di dalam kunjungan Menteri Kewangan ke kawasan timbalannya itu, dikhabarkan MP Paya Besar telah diberikan cek sumbangan banjir khusus kepada Paya Besar dari Kementerian Kewangan. Sudah tentu masyarakat di Paya Besar yang rata-ratanya terlibat dengan banjir baru-baru ini merasa bangga dan bertuah sekiranya mereka tahu Ahli Parlimen mereka mendapat peruntukan sejumlah tersebut.

Peliknya, mengapa ramai masyarakat di sini tidak tahu Ahli Parlimen mereka dapat peruntukan begitu banyak? Mengapa penyerahan cek tersebut tidak disiarkan di dalam FB Ahli Parlimen berkenaan? Difahamkan pada asalnya penyerahan cek tersebut ada di dalam FB, tetapi telah dibuang dan hanya gambar-gambar lawatan Menteri Kewangan sahaja disiarkan. Mengapa perlu disembunyikan?

Satu lagi persoalan, apakah setiap Parlimen di Pahang yang terjejas teruk dengan banjir turut menerima cek sebanyak itu? Berapa jumlah Menteri Kewangan luluskan peruntukan banjir untuk negeri Pahang, dan berapa pula jumlah yang Menteri Kewangan luluskan di setiap Parlimen? Atau, adakah hanya Paya Besar sahaja yang beruntung memperolehi bantuan sebanyak itu kerana MP nya Timbalan Menteri Kewangan? Berapa pula jumlah peruntukan bantuan banjir yang Paya Besar terima dari kerajaan negeri?

Semua kita tahu, kerajaan Pusat memang ada memperuntukan bantuan banjir kepada kerajaan negeri Pahang untuk diagihkan kepada setiap Parlimen yang dilanda banjir. Bahkan kerajaan negeri Selangor juga turut menyumbang sebanyak RM 1 juta kepada kerajaan negeri Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Tentunya Paya Besar juga telah menerimanya selain dari 'bantuan khas' sebanyak RM 200K dari MOF.

Baik dan telusnya kerajaan negeri Selangor di bawah PH kerana salurkan bantuan terus kepada kerajaan negeri, bukannya kepada saya selaku Ketua Cabang Paya Besar atau kepada Parlimen Kuantan du bawah YB

Fuziah Salleh

, selaku Pengerusi Keadilan Pahang. Tiba-tiba pula dari MOF terus kepada MP Paya Besar. Menteri beri kepada Timbalan Menteri.

Hebat

!!

Apa pun, rakyat di Paya Besar berhak menuntut hak mereka terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka berhak mendapat bantuan yang sewajarnya hasil dari peruntukan dari kerajaan negeri serta peruntukan 'istimewa' dari Menteri Kewangan kepada MP Paya Besar.

Keadilan Paya Besar akan terus memberikan perkhidmatan sebaik dan semampu mungkin. Kami hanya melihat dan mendengar kerajaan negeri Selangor beri peruntukan sejuta ringgit kepada kerajaan negeri Pahang, semoga rakyat Paya Besar turut mendapat bahagiannya. Bagi kami, InsyaAllah, kami akan bergerak mengikut kemampuan kami.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Ketua Cabang

KEADILAN Paya Besar

 



SUASANA KRITIKAL, ADUN SEMAMBU YANG JUGA BENDAHARI KEADILAN PERSOAL DI MANA MENTERI SEKARANG?

 

Image may contain: 1 person, text that says "HARAPAN 'Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua timbalannya, Dato' Noor Azmi dan juga Dato' Aaron Ago Dagang tidak kelihatan dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. YB LEE CHEAN CHUNG Adun Semambu Bendahari Agung KEADILAN"

KENYATAAN MEDIA 1 FEBRUARI 2021

Peruntukan sebanyak RM 100 juta oleh Kerajaan bagi menampung kos perubatan untuk pesakit Covid-19 ke Hospital Swasta telah diumum kelmarin, namun ia masih penuh dengan keraguan. Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba dinasihatkan agar tidak lagi menghilangkan diri dan perlu tampill menjelaskan maklumat perinci berkenaan dengan keputusan tersebut. Selain itu, saya menggesa Hospital Swasta supaya tampil ke hadapan untuk menawarkan perkhidmatan perubatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan mentaliti yang tidak hanya mementingkan keuntungan.

Kes baru Covid-19 telah mencecah 5,000 kes untuk 3 hari berturut-turut, kes kematian rakyat Malaysia juga meningkat secara mendadak dan kita sebenarnya telah memasuki tahap perang dengan wabak Covid-19. Walaupun Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengumumkan kerjasama dengan Kerajaan untuk merawat pesakit Covid-19 tetapi ia juga memaklumkan bahawa kos perubatan untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kepada setiap kes. Saya berpendapat bahawa ia adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Ini adalah waktu kritikal seluruh rakyat Malaysia memerangi Covid-19, tetapi kenapa Hospital Swasta masih berkira-kira tentang keuntungan mereka?

Sejak projek penswastaan Hospital dilaksanakan, Hospital Swasta telah memperolehi keuntungan yang lumayan. Tambahan pula sepanjang wabak Covid-19, kebanyakan Hospital Swasta juga telah mengaut keuntungan yang besar. Contohnya kumpulan KPJ, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga Jun 2020, mereka telah mencatat keuntungan bersih sebanyak 12.66 juta ringgit untuk suku tahun tersebut. Bagi bulan Julai sehingga September selepas PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Pemulihan, kumpulan tersebut mencatat keuntungan bersih yang lebih banyak iaitu RM 33.97 juta. Wabak tidak berlaku setiap tahun di negara ini, jikalau tidak meminta mereka untuk berkorban untuk negara sekarang, kami kena tunggu bila lagi?

Selain daripada itu, Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua timbalannya, Dato’ Noor Azmi dan juga Dato’ Aaron Ago Dagang tidak kelihatan dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. Kes Covid di negara kita telah mencecah 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut dan ini adalah krisis besar bagi negara tetapi nampaknya mereka tiada kaitan, malahan menjauhkan diri daripada krisis ini. Saya berharap agar Adham Baba dapat menjelaskan masalah berkenaan dengan peruntukan RM100 juta kepada Hospital Swasta yang memerlukan persetujuan daripada Kerajaan dan pihak Hospital Swasta dari segi kos rawatan sebelum ia dipindahkan dari Hospital Awam ke Hospital Swasta.

Kerajaan Perikatan Nasional telah mengisytiharkan Darurat di seluruh negara kelmarin, tetapi di sebelah sini mengelakkan diri daripada meminta hospital Swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Sebaliknya, mereka masih membazirkan masa dalam rundingan harga. Ini jelas amat mengecewakan.

Saya mencadangkan agar Persatuan Hospital Swasta Malaysia mengambil inisiatif dengan memberi cadangan untuk meringankan beban sumber Hospital Awam dan harus memikirkan tanggungjawab sosial mereka sebagai syarikat Malaysia agar tidak mengecewakan harapan rakyat.

YB Lee Chean Chung

Bendahari Agung KEADILAN

ADUN Semambu

 

Gelaran Dr. ni dapat daripada mana pulalkk??


Setahu aku la..nak dapat PHd ni rambut makan bantai..kata orang la..bukan ambik celah longkang macam tu sahaja...layak kah kalau pengkhianat  harapan rakyat, diberi gelaran Datuk dan juga Dr...kah....Murah sangat gelaran Datuk dan juga Dr PHD ni.....

Image may contain: 1 person, text that says "Sekalung Tahniah kepada YB Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran "DATUK" sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 1Februari 2021 NOW NATION Ampang: Selargor PENGGERAK daripada Pertubuhan Penggerak Komuti Negara"



RASUAH SELAGI BOLEH...AKHIRNYA JATUH JUGA....KALAU NAK JATUH...

 

Kes rasuah RM3 juta: Isa Samad ketahui nasibnya Rabu

Jika sabit kesalahan, bekas pengerusi Felda, Isa Samad boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah.

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Felda, Isa Samad akan mengetahui nasibnya pada Rabu berhubung kes rasuah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Kuching oleh badan itu enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual menyampaikan keputusannya setelah mendengar hujah lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan pada 24 Dis lalu.

Perbicaraan itu bermula 7 Okt 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil 15 saksi dan enam saksi dipanggil pihak pembelaan.

Pada 16 Jun lalu, Nazlan memerintahkan Isa membela diri atas sembilan tuduhan rasuah, tetapi membebaskannya daripada satu pertuduhan pecah amanah.

Bagi tuduhan rasuah, Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan dan bekas anggota Kabinet, dituduh menerima wang sogokan sebanyak RM3.09 juta untuk meluluskan pembelian Hotel Merdeka Palace.

Felda Investment Corporation Sdn Bhd dikatakan membayar RM160 juta pada 2014 untuk pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak.

Harga itu didakwa dilaporkan sekurang-kurangnya 50% lebih tinggi daripada nilai sebenar hartanah terbabit.

Isa didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah suapan.

Peguam Salehuddin Saidin berhujah pembelaan menolak andaian di bawah Seksyen 50 Akta SPRM yang RM3 juta didakwa diterima Isa adalah wang rasuah.

Katanya, Isa, 71, sudah menafikan menerima wang berkenaan dan lima saksi lain memberi keterangan menyokong pembelaan anak guamnya.

Peguam itu berkata, Muhammad Zahid Mat Arip, pegawai khas Isa dan saksi pendakwaan, mendakwa mengambil wang itu sebanyak sembilan kali daripada Ikhwan Zaidel, pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd yang ketika itu memiliki hotel berkenaan.

Bagaimanapun, setiausaha Isa ketika itu, Zuraidah Ariffin @ Shaari memberitahu mahkamah dia tidak pernah melihat Zahid membawa beg kertas mengandungi wang itu ke pejabat Isa.

Peguam itu berkata, keterangan Zuraidah disokong testimoni pegawai khas Isa, Kamar Bashah Shariff, kerana kedua-duanya selalu berada di pejabat tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata, wang itu diserahkan kepada Isa apabila Zuraida dan Bashah tiada di pejabat.

“Ia dilakukan secara diam-diam,” katanya sambil menambah Zahid adalah orang tengah di antara tertuduh dan Ikhwan.

Kata Afzainizam, tugas pendakwaan adalah membuktikan Isa menerima wang itu dengan niat korup dan bukannya di mana dia menyimpannya serta untuk apa ia digunakan.


ADAKAH KERANA POLITIK KERAT GUNAKAN KKM UNTUK TIDAK BERKONGSI "DATA SEMASA" PENULARAN COVID DGN STFC - SELANGOR...???

 


#Viralbroadcast #Mesti_Baca

1) Adakah kerana politik KERAT pergunakan KKM utk tidak berkongsi Data Semasa atau "Realtime Data" penularan COVID-19 sekaligus membantutkan usaha PANTAS "Contact Tracing dan pengasingan pesakit COVID-19 secara lebih SEGERA sebelum berlaku penularan seterusnya???

2) JIKA ini BENAR, ia adalah sesuatu yg AMAT malang dan tidak bertanggungjawab kerana ia bukan shj membahayakan nyawa Rakyat Selangor tetapi juga merisikokan penularan ke seluruh negara.

3) Cuba baca dan fahamkan betul-betul Item 10 sehingga 19 dalam tulisan panjang lebar Dr. Musa Mohd Nordin di bawah ini. Beliau mendakwa KERAT mendenda dan mengganggu premis-premis yg memaparkan QR Code Selangkah bagi digantikan dgn MySejahtera. Ini menyebabkan Database SELANGKAH terganggu.

4) Tapi KKM tidak pula mahu berkongsi "Realtime Data" dgn STFC menyebabkan mereka juga turut lambat melakukan "Contract Tracing" dan mengasingkan pesakit COVID-19 dari masyarakat.

5) KKM terlalu lambat bertindak sdgkan seperti disebut oleh Dr Dzul dan DS Anwar Ibrahim dalam Wacana COVID-19 & Vaksin Buat Rakyat, kita patut "RAMP UP" testing seperti dilakukan oleh Singapura, Taiwan, New Zealand, malah US dan negara-negara yg berjaya menangani COVID-19.

6) Bagi STFC, yg PERTAMA mereka mahu menyegerakan "COVID-19 Testing" (Ramp up), KEDUA mereka melakukan "Contract Tracing" yg pantas, bertindak "hyper-active" supaya pantas mengasingkan pesakit dari masyarakat yg sihat SEBELUM sempat ia menular ke individu seterusnya. Menurut Dr. Musa Mohd Nordin, STFC cuba berkongsi pandangan dan idea ini dgn KKM tapi mereka buat pekak badak.

7) Dr. Dzul pula berkata, mempercepatkan "Contract Tracing" juga dilakukan oleh banyak negara termasuk Thailand dan Vietnam dengan menambah peruntukan bagi Frontliners, merekrut lebih ramai petugas dgn budget besar disediakan sehingga menambah kekuatan 5 kali ganda menjadikan "Contract Tracing" mereka menjadi cekap dan pantas sebelum pesakit yg dijangkiti sempat menularkannya kpd org lain.

8) Berkaitan budget dan perbincangan secara holistik dgn penglibatan pakar, DSAI kesal kerana PH telah lama menegur di dalam Dewan Rakyat tapi tidak dipedulikan. Natijahnya adalah apa yg berlaku hari ini. Benar juga kekesalan DSAI itu sdgkan RM35 juta boleh pula diluluskan utk bina 3 Dewan Serbaguna manakala Menantu kesayangan diberitakan dapat kontrak RM1.2 billion? Wow..!! Begitulah "komitmen" KERAT. Sgt berdaddykasi. Apapun....KERAT memang CLUELESS, HOPELESS and USELESS...!!

Wallahualam

- Zus Din

31 Januari 2021

******************************

It’s all Doom and Gloom unless...

Dr Musa Mohd Nordin

29 Jan 2021

There is much misunderstanding about the COVID-19 situation in the country.

In particular, the high rates in Klang Valley and the role of the only state task force, the Selangor Task Force on COVID-19 (STFC)

Allow me to share a few points and insights for you to carefully consider:

1. Do not look at absolute numbers which the daily press releases only harp on. This is unthinking sharing of numbers which is a lousy description of disease epidemiology!

2. Numbers are misleading unless expressed as per population. Klang Valley is densely populated, of course the absolute numbers will be high. More importantly, look at where the positive cases are. SOCSO is aiming to complete testing of about 850,000 workers in KL & Selangor in January and February, so don’t be alarmed with the anticipated hikes in the numbers.

3. Look at incidence and infectivity rates expressed as per 100,000 or per 1,000 respectively (attached are graphs of incidence rates and infectivity rates for both cumulative and active cases)

4. One must understand the influence of demography and the socio-economic circumstances on the data

5. S’gor contributed 24% towards the national GDP

6. It is rich in industrial plants and factories. It therefore houses about 1 million registered migrant workers (MW) and probably similar numbers of unregistered MW. These communities are epicenters of COVID-19 due to their poor working and living conditions

7. And there are 100k refugees in the Klang Valley alone, another high risk community

8. To its credit, the STFC convinced Selangor government to purchase vaccines for both high risk communities

9. The state government has put aside X million for Y million migrant workers and refugees who would otherwise be the last in the hierarchy for COVID-19 vaccines, if ever at all

10. BTW Health is a federal matter. There is very little that any state can do without Federal blessings or intervention (except Sabah & Sarawak). Even when PH controlled state planned to roll out the Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV) well before the 2019 Budget, the BN YBMK blocked it. In many ways, if the STFC had not stepped in, did mass testing, rolled our POIS (Prevention of Outbreaks at Ignition Sites), allocated Z millions for FTTIS, the situation in Selangor would be far worse, critical even.

https://drive.google.com/.../1xV57W4JZcSj3SgNdM1y3kk.../view

11. Federal stopped sharing cases line-listing to STFC since 2 Oct 2020, at the onset of the 3rd wave. This severely hampered the state’s response and coordination of COVID-19 cases. Dr Dzul exclaimed “You ask us to box in the ring but you blindfolded us.” Cases began climbing from 10 Oct 2020 onwards. Now you go figure out why?

12. It is dishonest and misleading to point that Selangor‘s use of its own Contact Tracing system – SELangkah , is the reason why cases are spiraling out of control. Allow me to emphasize 2 points.

a. First, no contact tracing can be initiated if No Patient Data is shared (see 11). You can have the best Contact Tracing ecosystem in the world, but with no “case data”, CT cannot be initiated.

b. Second, quite to the contrary, when Selangor was actively using SELangkah , daily incidence were well controlled. Yes, there were still cases appearing, but we managed to trace it fast and clamp it down faster. On 18th of August, an announcement was made in the daily press conference, obligating all stores to use MySejahtera. Words on the streets went wild – stores were fined / harassed for displaying SELangkah QR code. Effectively, SELangkah Contact Tracing ecosystem died off when many shops no longer displayed it. During this period, and until today, MySejahtera was the exclusive Contact Tracing ecosystem operating in Malaysia. Post 18th August too, is the exact time when we saw case numbers climbing up. It doesn’t take much to figure that MySejahtera has failed not only Selangor, but the entire Malaysia when we consider the number of cases today.

13. If KKM is doing such an excellent job at crushing COVID-19, and flattening the curve, and STFC was terribly hopeless, the sequelae would be obvious, everywhere would be green and Selangor would be the only red state. Is that what is happening? Nope I am afraid.

14. And BTW other states, industries, agencies etc are buying in STFC’s POIS program and implementing it. This tripartite initiative between government-industry-NGOs pivots on 3 preventative strategies namely, enhanced public health measures, early detection testing regime and health education.

15. So STFC don’t just talk, but rolls out programs, mass testing, POIS, procuring vaccines etc to end the pandemic

16. In no uncertain terms, the KKM has failed in their back to basics of pandemic management. Their FTTIS is a colossal failure, and you can have cycles upon cycles of MCOs but if you do not get the basics of FTTIS right, you will fail to check the spread of COVID-19. Imagine the 1-2 days Turn Around Time (TAT) of STFCs strategy versus the 5-7 day TAT of KKM.

17. STFC since Oct 2020 has been trying to share information and new ideas with KKM but it is falling on deaf ears

18. IMARET went into Sabah with our RTK-Ag kits. This was when KKM was still adamant with PCR testing (they still are). We covered most of the islands off Tawau. We did not require to boat ride our tests to Tawau and then fly them to KL and wait for at least a few more days for the results. We diagnosed within 1 hour of testing, isolated the positive case, and completed contact tracing and quarantine within 1-2 days. This is how you bust a cluster and prevent sporadic spread, definitely not with the modus operandi of the KKM.

19. This is how we handled a disaster. We were well trained by our Public Health maestros and our generals in the military (Angkatan Tentera Malaysia). I remembered in Cox Bazar, the ATM’s top commanders, including their 1 and 2 star generals star were with us virtually all the time, dirty their hands, sweating out the only referral tertiary hospital serving 1 million Rohingya refugees.

20. With due respect, I would be still be wary of the Sabah and Sarawak numbers, and for that matter most states. I suspect they are under testing, like a Trump self fulfilling prophecy. Our postive rate is still above the WHO threshold at 5.8% as at 26 Jan 2021.

21. Whenever STFC through SELangkah Finds (the F in FTTIS) hotspots, IMARET, SelCare and JKNS and our team of volunteers will undertake mass testing of a few thousands at any one time

22. So in Selangor, STFC captures the asymptomatic/pre-symptomatic and not just the symptomatic which KKM only does, thus missing the forest for the trees

23. At the end of the day, we are in it together. If we refuse to learn from each other, and operationalize best Public Health practices we are in for a rough ride.

24. I hope the national task force as petitioned by the 46 top physicians, is rapidly recognized, accepted, and formalized to empower it to immediately re-strategize and transform the mindset, and policy at the top end of the KKM, so that the operations at ground zero will be a truly rapid response FTTIS which has zero tolerance for cases, clusters or outbreaks

25. MCOs are the blunts tools of those who have failed to operationalize the back to basics of pandemic management and in my opinion they should either seek a second opinion from the Task Force and/or gracefully exit to minimize further harm to the nation and allow the Task Force to steer the nation out of this COVID-19 conundrum and to protect the lives and livelihood of its rakyat.

26. Otherwise we are doomed! Allah bless Malaysia.1)