SUASANA KRITIKAL, ADUN SEMAMBU YANG JUGA BENDAHARI KEADILAN PERSOAL DI MANA MENTERI SEKARANG?

 

Image may contain: 1 person, text that says "HARAPAN 'Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua timbalannya, Dato' Noor Azmi dan juga Dato' Aaron Ago Dagang tidak kelihatan dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. YB LEE CHEAN CHUNG Adun Semambu Bendahari Agung KEADILAN"

KENYATAAN MEDIA 1 FEBRUARI 2021

Peruntukan sebanyak RM 100 juta oleh Kerajaan bagi menampung kos perubatan untuk pesakit Covid-19 ke Hospital Swasta telah diumum kelmarin, namun ia masih penuh dengan keraguan. Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba dinasihatkan agar tidak lagi menghilangkan diri dan perlu tampill menjelaskan maklumat perinci berkenaan dengan keputusan tersebut. Selain itu, saya menggesa Hospital Swasta supaya tampil ke hadapan untuk menawarkan perkhidmatan perubatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan mentaliti yang tidak hanya mementingkan keuntungan.

Kes baru Covid-19 telah mencecah 5,000 kes untuk 3 hari berturut-turut, kes kematian rakyat Malaysia juga meningkat secara mendadak dan kita sebenarnya telah memasuki tahap perang dengan wabak Covid-19. Walaupun Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengumumkan kerjasama dengan Kerajaan untuk merawat pesakit Covid-19 tetapi ia juga memaklumkan bahawa kos perubatan untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kepada setiap kes. Saya berpendapat bahawa ia adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Ini adalah waktu kritikal seluruh rakyat Malaysia memerangi Covid-19, tetapi kenapa Hospital Swasta masih berkira-kira tentang keuntungan mereka?

Sejak projek penswastaan Hospital dilaksanakan, Hospital Swasta telah memperolehi keuntungan yang lumayan. Tambahan pula sepanjang wabak Covid-19, kebanyakan Hospital Swasta juga telah mengaut keuntungan yang besar. Contohnya kumpulan KPJ, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga Jun 2020, mereka telah mencatat keuntungan bersih sebanyak 12.66 juta ringgit untuk suku tahun tersebut. Bagi bulan Julai sehingga September selepas PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Pemulihan, kumpulan tersebut mencatat keuntungan bersih yang lebih banyak iaitu RM 33.97 juta. Wabak tidak berlaku setiap tahun di negara ini, jikalau tidak meminta mereka untuk berkorban untuk negara sekarang, kami kena tunggu bila lagi?

Selain daripada itu, Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua timbalannya, Dato’ Noor Azmi dan juga Dato’ Aaron Ago Dagang tidak kelihatan dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. Kes Covid di negara kita telah mencecah 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut dan ini adalah krisis besar bagi negara tetapi nampaknya mereka tiada kaitan, malahan menjauhkan diri daripada krisis ini. Saya berharap agar Adham Baba dapat menjelaskan masalah berkenaan dengan peruntukan RM100 juta kepada Hospital Swasta yang memerlukan persetujuan daripada Kerajaan dan pihak Hospital Swasta dari segi kos rawatan sebelum ia dipindahkan dari Hospital Awam ke Hospital Swasta.

Kerajaan Perikatan Nasional telah mengisytiharkan Darurat di seluruh negara kelmarin, tetapi di sebelah sini mengelakkan diri daripada meminta hospital Swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Sebaliknya, mereka masih membazirkan masa dalam rundingan harga. Ini jelas amat mengecewakan.

Saya mencadangkan agar Persatuan Hospital Swasta Malaysia mengambil inisiatif dengan memberi cadangan untuk meringankan beban sumber Hospital Awam dan harus memikirkan tanggungjawab sosial mereka sebagai syarikat Malaysia agar tidak mengecewakan harapan rakyat.

YB Lee Chean Chung

Bendahari Agung KEADILAN

ADUN Semambu

 

No comments: