'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Mana satu yang betul?...Geng ulama pro UG ke memandai mandai nak langgar apa yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS pusat. Dah terbelah berapa da PAS ni....macamana la nak tawan Putrajaya kalau dah kecoh cam gini.Baik keluar dulu Pakatan.Selesai dulu apa yang patut. Biar PASma saja menggantikan tempat PAS didalam Pakatan Rakyat.




  Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.






Putrajaya mungkir janji naikkan gaji pekerja, kata Institut Rakyat



Gaji pekerja di Malaysia berbanding dengan piawaian antarabangsa masih lagi rendah, dan kini Putrajaya mengatakan tidak akan meningkatkan peratusan gaji pekerja dari KDNK. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2014.  


Gaji pekerja di Malaysia berbanding dengan piawaian antarabangsa masih lagi rendah, dan kini Putrajaya mengatakan tidak akan meningkatkan peratusan gaji pekerja dari KDNK. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2014.

 Institut Rakyat mendakwa gaji pekerja tidak akan naik kerana Putrajaya mengabaikan langkah untuk meningkatkan peratusan gaji daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 40%, sekaligus usaha ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tersasar.
Pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Yin Shao Loong itu berkata paras 33.6% gaji pekerja Malaysia daripada KDNK ketika ini adalah rendah jika mengikut piawaian antarabangsa.

Kritikan Yin dibuat susulan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar membuat kenyataan bertentangan apabila mengatakan kerajaan tidak berhasrat mencapai sasaran 40% gaji daripada KDNK dalam satu wawancara baru-baru ini.


"Wahid Omar dalam wawancara hujung minggu lalu dengan The Edge Weekly membuat kenyataan bertentangan dengan sasaran menteri kewangan apabila mengatakan kami tidak berhasrat untuk mencapainya menjelang 2020," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.
  Yin menyifatkan kenyataan Wahid tersebut membelakangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, yang berjanji sebelum ini dalam pembentangan Bajet 2015 untuk meningkatkan pembayaran gaji 40% daripada KDNK menjelang 2020.

"Ini semua berita buruk kepada pekerja di Malaysia yang mengharapkan gaji tinggi, perkongsian lebih baik dalam bahagian ekonomi dan perkembangan yang lebih inklusif," katanya.

Bagi tahun 2013, data lengkap menunjukkan hanya 33.6% daripada KDNK dibayar untuk gaji pekerja, 64.2% disimpan majikan sebagai lebihan, dan hanya 2.2% dikutip sebagai cukai.

Perkongsian gaji di Malaysia dibelenggu selama beberapa dekad. Pada tahun 1971, 33.8% daripada KDNK dibayar sebagai upah, 51.7% lebihan operasi majikan, dan cukai meliputi pecahan yang lebih tinggi sebanyak 14.5% daripada KDNK.

"Dalam pertemuan dengan Joseph Stiglitz pada September, penerima anugerah ekonomi Nobel Laureate juga menyatakan kebimbangan kepada Institut Rakyat terhadap paras gaji rendah yang dibayar kepada pekerja.

"Analisis Institut Rakyat daripada sasaran Bajet 2015 perkongsian 40% menjelang 2020 seperti dicadangkan kerajaan juga tidak bersungguh dalam menilai peningkatan perkongsian gaji daripada KDNK," katanya.

Yin juga menggesa supaya kerajaan menangani isu ketirisan serta rasuah serta tidak membuat pelaburan membazir seperti 1MDB, sebaliknya berusaha meningkatkan paras gaji pekerja Malaysia. – 23 Disember, 2014.


Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot


Irwan Muhammad Zain,Astro Awani |Kemas kini:Disember 23, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 23, 2014 07:29 MYT)

Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot
Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot
KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO.

"Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu.

"Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

"Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi.

Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan.

Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS.

"Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat.

"Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau.

Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

PAS CUBA MENJAUHKAN DARI PR?

 Memang semenjak dua menjak ini kita lihat bagaimana PAS cuba untuk berbaik baik dengan Umno dan dilihat kurang mesra dengan PR.Keadaan ini berlaku sejak kes MB Selangor dan dilihat kini PAS sudah tidak selesa bersama PR. cumanya PASma dilihat sebagai satu alternatif dalam membawa sokongan ahli PAS yang bersetuju untuk bersama Pakatan menentang regim Umno.

 

oleh: Al Hussein      Kita tengok siapa yang kena.....

Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

 Hasrat PAS mahu membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat ‘restu’ rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR. 

Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, “Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini 


PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi
di sini .
 Sementara itu menurut Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.

 Namun pendirian PKR dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan zakat dan bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.

PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR  berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah nyawa PAS.

 Sedangkan BN mempunyai 101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan. 

Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud. 

Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).

Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?


Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu? 

 Saya sekadar mengharap, PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?