NAK PAHAM MACAMANA SEBAB MASA JADI KERAJAAN SATU APA PUN TAK BOLEH BUAT..KERAJAAN PAS.PN GAGAL




 Serius aku tak faham cara pembangkang ni berfikir.


Kerajaan Madani usahakan beras putih pada harga yang berpatutan, mereka bukan sokong bahkan boleh pula kata tak perlu. Mereka lebih nakkan 𝗸𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 pula. Apa dia ingat rakyat makan kertas?


Dia nak buat isu kekurangan beras tempatan. Padahal 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗹𝗶, kalau bukan beratus kali dijelaskan yang sejak sekian lama beras tempatan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 kerana 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵.


Pengeluaran rendah ni pula disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 jualan, 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 belian serta 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 dalam pasaran kerana rakyat kita lebih suka beras import.


Disebabkan permintaan rendahlah maka banyak tanah tanaman padi 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹 dan 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗮𝗻 seperti yang diakui oleh 𝗞𝗔𝗗𝗔 sendiri.


Selain masalah itu, terdapat 𝗸𝗲𝗴𝗶𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 oleh 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 di mana beras tempatan dicampurkan dengan beras import dan kemudiannya 𝗱𝗶𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁. Ini semua 𝘰𝘱𝘦𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘳𝘦𝘵. Pat Mat jual tempe pun tahu. Macamana pemimpin utama PAS boleh tak tahu?


Apa yang kerajaan buat sekarang adalah jalan tengah yang sangat berkesan. Dengan kaedah begini, 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 manakala 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 dengan cara menipu rakyat.


Tapi tetap harga beras naik. Kalau sebelum ni beras tempatan 10kg baru RM26.50. Sekarang naik jadi RM30. Kenaikan sebanyak RM3.50.


Ya betul. Tapi RM3.50 tu untuk 10kg. Siapa dia yang makan sehari 10kg beras? Kalau kata sehari satu kg pun, kenaikan itu cuma 35 sen sehari. Itu pun kalau melantak satu kg beras sehari.


Lagi satu, beras harga RM26.50 tu pun payah nak jumpa dalam pasaran 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹. Sudahnya rakyat kena beli beras import yang mahal juga. Jadi 𝘽𝙚𝙧𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 membolehkan rakyat dapat beli beras pada harga yang paling berpatutan.


Bagi aku senang je. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Mungkin bagi PAS lebih penting jaga kebajikan kartel yang kaya raya daripada permudahkan hidup rakyat. Sebab tu dia marah.


Apa yang jelas, 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 dah terbukti 𝗰𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Perkara sebaik ni jangan haraplah akan berlaku ketika PAS dan PN memerintah. Kalau tak, takkanlah banyak kes bunuh diri dan kibar bendera putih masa zaman PN dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BELI KETOI EMAS,UNTUNG ATAS ANGIN 6 JUTA.



 

Ini bagi menjawab video KWSP VS PENCEN.





Mentaliti bodo melayu begini la. Sebab tu kalau golongan ini memerintah, semua amik short cut. Dari fikir cara nak selamatkan rakyat, mereka suka pecahkan tabung rakyat. Lepas tu bila rakyat bising, mereka sumbat dengan wang wang picisan yang mereka dapat setahun sekali.


Lepas tu bila bangsa lain kaya, senang, bangsa jenis macam ni akan jadi dengki. Maka tuduh melayu merempat dan terancam di tempat sendiri.


Bila di ajar cara nak senang dan kaya, mereka akan tuduh orang kita cara long term tak bagus. Sebab tu kena cara short term.


Dia tak tahu ke bukan semua org melayu akan dapat pencen? Majoriti yg dipotong gaji dari kwsp jugak org melayu yang akan dipotong gaji setiap bulan utk kwsp. Dia jugak tak tau ke gaji yg dah di potong tadi lepas 55 / 60 tahun, masa kudrat tak kuat, masa dah tak boleh kerja mungkin sakit etc duit tu dia akan dapat bukan sekadar dari jumlah yg dia telah letak kan tapi di campur dengan 12% yang majikan bagi dan di tambah dividend yang akan dapat, dia akan dapat mengatasi future inflation dan money value depreciation. Dia ingat duit tu kemana? Masuk tabung Muhyidin yassin? Atau tabung milo pas.? 


Sebab tu jugak kenapa Diwujudkan ASB ASN dan sewaktu dengannya. Benda ni orang Melayu kita tak nampak. Tujuan pelaburan itu utk apa? Dia nampak, dpt gaji nak enjoy terus berbelanja mcm orang yang kaya raya. Itu Masalahnya. Bak kata pepatah


Biar papa asal bergaya.


Sebab tu yang banyak tabung pelaburan ialah bukan melayu. Melayu kita ni smapai terpaksa buat amanah saham BUMIPUTERA sebab nak suruh menabung punya lah payah. Sampai di potong gaji secara paksa dalam kwsp utk hari tua mereka. 


Well nak buat mcm mana, mentaliti generasi subsidi begini lah. Susah nak ubah. Sebab tu mereka pecah tabung rakyat pun, ramai lagi sokong.


C.U.K.A.I







Ramai juga yang dm saya minta ulas isu ini setelah tersebar hal kenaikan cukai dan harga barang.


Pertamanya kita wajib faham bahawa pendapatan utama negara adalah cukai. Mana-mana negara, dari mana-mana zaman sekalipun, cukai adalah elemen yang penting untuk sesebuah negara.


Hasil dari cukai bantu untuk negara bayar kos operasi seperti gaji penjawat awam yang menyediakan perkhidmatan untuk rakyat, bantuan seperti bantuan tunai dan subsidi dan kos operasi semua premis kerajaan. 


Cukai juga digunakan untuk pembangunan seperti membina sekolah, Hospital, Jalan raya dll.


Cukai ni sangat penting, sehingga kan kita ni pembayar cukai berhak persoalkan pengurusan dan ketelusan kerajaan. Diluar negara suara pembayar cukai didengari kerajaan. 


Kerajaan adalah pemegang amanah. Menguruskan cukai ini dengan tatakelola yang baik. Majaroti rakyat pilih PH(kerusi terbesar) beri peluang kerajaan Madani ini untuk uruskan cukai negara.


Sekarang kita tengok apa isu dia, kerajaan Madani  yang diketuai oleh PH tentunya menolak GST.






GST secara umumnya bagus untuk negara mendapat pendapatan yang stabil. Tapi GST ni dia kena pada semua orang. Miskin kaya semua kena. PAS menyifatkan GST adalah percukaian haram. Boleh tanya pada MP Pasir Putih.


Jadi kerajaan sekarang meneruskan sistem cukai sedia ada, wujudkan cukai beberapa baru yang bersifat spesifik dan naikkan cukai pada kadar munasabah.


Baik kita telusuri satu-satu. 


1. Cukai LVGT

 Adalah Low Value Goods Tax atau cukai barang bernilai rendah. Ia adalah merupakan cukai yang dikenakan untuk semua barang tidak termasuk rokok dan lain yang berkaitan yang dijual harga tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan darat, laut dan udara.


Kenapa cukai ini penting? Ini kerana trend  sekarang adalah pembelian melalui atas talian melalui platform shopee, tiktok dll.


Cukai ini penting bagi mengawal jualan potong harga dari China yang menyebabkan penjual tempatan tersepit dan kerajaan kerugian.


Setakat sekarang (cukai mula pada Januari) adakah anda terasa sangat kenaikan harga atas talian? Atau sama sahaja?


 2. CGT


Adalah Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dijangka bermula 1 Mac 2024 dianggarkan sekitar RM800 juta setahun.


CGT hanya akan dikenakan kepada pelupus saham tidak tersenarai yang terdiri daripada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, koperasi dan badan amanah, sama ada entiti tempatan ataupun asing yang merupakan pemegang saham di dalam sesuatu syarikat.


Kalau aok tak main saham, atau sekadar beli unit amanah, aok tak terjejas.


3. DST

Adalah Cukai alat dan perkhidmatan digital. 

Belanjawan lepas naik dari 6% ke 8%.

Maksudnya cukai ni memang dah ada. Kenaikan adalah 2% sahaja.


Sama seperti SST naik dari 6% ke 8%. Aok langgan produk digital, baru aok dikenakan cukai.


4. HVGT

Adalah Cukai barangan mewah, kenderaan mewah.

Yang terjejas kepada cukai ini ialah orang kaya yang beli barangan .


Yang tak berapa kaya tu tak yah risau. Ke nak jadi wakil suara orang kaya pulak?


Orang kaya mampu je bayar. Aok kaya, aok bayar. Aok tak kaya macam kawan, aok guna lah barang yang tak mewah.


------------------------------------------------------------------------


Seperti saya sebut diatas, tidak seperti GST, SST hanya kena kepada mereka yang membeli dan atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu.


Contohnya hotel, ada Sales tax dan Service tax. Pengunjung hotel sahaja yang kena.


Yang mengunjung hotel, bukan setiap minggu. Jika mereka pergi setiap minggu, maksudnya mereka mampu. Mudah.


Kesimpulan 

Cukai adalah sesuatu yang penting. Beri peluang pada kerajaan Madani untuk selesaikan isu hutang negara yang tinggi dan menyusun semula pendapatan dan perbelanjaan negara kita.


Cukai di Malaysia juga masih rendah dibandingkan dengan negara lain.


Selain itu kerajaan juga sedang dalam perancangan menaikkan gaji penjawat awam (Insya-Allah tahun ini) dan melancarkan skim gaji progresif dan bermaruah untuk swasta.


Kerajaan perlu ada kekuatan kewangan untuk melaksanakan semua ini.


Hal beras saya akan ulas minggu depan setelah PMX buat pengumuman rasmi.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPPKRKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani



INGAT NAK MENGKEDAQAH JA BERAS. NASIB PETANI BERPULOH TAHUN TAK TERBELA. BILA PMX NAIK KAN HARGA BERAS DARI 350 SETAN KEPADA 500 SETAN.PETANI BOLEH LA UNTUNG SIKIT


 

PERINGATAN UNTUK YANG LAIN. KESIHAN ANAK BINI.


 

ISU BERAS DAN PEMAIN INDUSTRI


 

MASA ANGKAT SUMPAH LUPA TAAT PADA SIAPA


 

SELANGOR DAH BERJAYA KELUARKAN JAGONG


 

MENCARI LABA UNTUK KEUNGUNGAN SENDIRI


 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗰𝘂𝗻𝗴, 𝗽𝗶𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴-𝘀𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴.


Itulah peribahasa yang paling sesuai buat PAS. Baru baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata ada usaha untuk menghidupkan semula MN. Katanya ada penyokong yang 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝗶 MN terutama selepas isu Kampung Baru Cina di Selangor.


Akan tetapi Puad Zarkashi laju menjawab yang UMNO 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗯𝘂𝗸𝘂 MN buat selamanya. UMNO tak mahu pisang berbuah dua kali. Tambah Puad lagi, UMNO lebih selesa bersama Kerajaan Perpaduan yang boleh dibawa berbincang bila ada sesuatu isu. Juga seperti isu Kampung Baru Cina di Selangor.


Betul juga cakap PAS. Masa dalam MN dulu, PAS jadi abang besar. Langsung tak mahu layan cakap UMNO yang menolak kerjasama dengan Bersatu. PAS sendiri yang mengabaikan MN demi kerana mahu bersama Perikatan Nasional.


Hari ini, melihat keadaan Bersatu yang umpama dalam wad ICU, PAS mula nak mengecek UMNO pula. Jelas PAS memang tak bermaruah dan tak tahu malu. PAS dalam berkawan, tak reti nak fikir perasaan kawannya.


PAS usah lagi bermimpi di siang hari. Hipokrasi PAS bukan lagi rahsia. Kalau tutup mata pun boleh nampak betapa hipokritnya PAS. PAS bersedia mengkhianati siapa saja. Dulu PR. Kemudian UMNO. Sekarang, bila  PN dah nazak, PAS bersedia untuk khianati Bersatu pula.


Di bawah kepimpinan Hadi, PAS akan jadi parti yang terpencil. Malah tak mustahil kalau PAS hanya tinggal nama saja menjelang PRU16 nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KENA PUAK SENDIRI DIAM BISU BUAT BODO- HIPOKRIT PUNYA OLANG



Mohd Muklis Mohd Syarif


Paling ajaib ialah kebisuan lebai ISMA, kalau kena pada geng "liberal" terus keluar hadis dan ayat Quran. Bila kena pada geng sendiri, terus tercekik sagon masuk gua.


Adakah ayat-ayat Allah itu hanya untuk di tujukan pada lawan tapi kebal untuk kawan?


 Samudra Champa, sebuah syarikat proksi yang dimiliki oleh 2 orang ahli tertinggi Aman Palestin yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam. 


Menurut kertas dakwaan, Samudra Champa Sdn Bhd membuat keuntungan besar melalui dana yang diberikan Aman Palestin.


Syarikat itu didakwa menerima RM39 juta dari Aman Palestin untuk pembelian jongkong emas untuk badan itu, namun harga mark up yang mereka perolehi adalah RM5.75 juta hasil urusniaga itu.


Ini adalah salah kerana mereka berdua merupakan ahli pemegang amanah di dalam Aman Palestin Berhad dan dalam masa yang sama mereka adalah pengarah kepada syarikat berkenaan.


Dalam kertas pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa telah curang memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad untuk menyerahkan wang tunai kepada mereka melalui Samudra Champa.



KENA LA BAGI KERJASAMA....BOLEH BEKORBAN KA KALAU SENDIRI NAK JADI HERO



 Apa yang korang nampak?


Yang aku nampak, penahanan Naga ni akan buka 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 untuk menahan penjahat yang lain.


Naga boleh selamatkan diri kalau 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗥𝗠. Rasanya dia nak kerjasama tak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗠𝘂𝗱𝗮 yang menuju jalan ke neraka.



Nampak gaya parti yang acah politik gaya baru ni akan menemui ajalnya tak lama lagi. Tak semestinya yang muda akan hidup lebih lama. Ada juga yang mati awal sebab 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻.


Apa pun, tahniah kita ucapkan kepada parti Muda dan Saddiq. Lain kali tambah ilmu politik dulu sebelum nak tunjuk pandai. Kalau lap hingus pun tak reti, tak payah berangan nak tunjuk hero. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MUKA NI LAH...





Hat ni lah muka-muka yang siang malam 24*7*365 laung islam islam islam, palestin palestin palestin (ISMA)


This is how legends are made....

Oh-oh-oh. Oh-oh-oh. Oh-oh-oh



KAWASAN BARU INDUSTRY DILANCAR DI BATU KAWAN








 Saya telah meluncurkan Projek Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP3) anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Bagi majlis ini, saya disertai Ketua Menteri Pulau Pinang serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri. 


Tapak projek BKIP3 merupakan taman perindustrian utama ke-3 di negeri Pulau Pinang dengan keluasan 622.61 ekar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan ini akan menempatkan 54% (339 ekar) kawasan industri, 11% (67.6 ekar) hub logistik, 6% (37.04 ekar) kawasan komersil, 1% (8.4 ekar) asrama pekerja; dan 27% (170.17 ekar) infrastruktur utama. 


Pembangunan Projek BKIP3 ini mengandungi empat (4) fasa yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Fasa Pertama akan disiapkan pada hujung tahun 2025. Manakala fasa terakhir dijadualkan untuk disempurnakan pada hujung tahun 2031. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah sebanyak RM2.2 bilion.


Selaras dengan wawasan kerangka Ekonomi MADANI untuk melonjakkan nilai ekonomi negara dan daya saing modal insan, saya berharap BKIP3 ini bakal menjadi pangkalan utama untuk syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan berdaya upaya membawa limpahan ekonomi kepada negara dan rakyat. 


#MalaysiaMADANI



JAHIL



 Sebolehnya dalam menulis aku cuba elak daripada menggunakan istilah seperti 𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁, 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 dan 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹. Tapi untuk yang ini, aku tak tahu istilah apa yang lebih sopan selain dari jahil.


Sebab kenyataannya memang dipenuhi kejahilan. Apa tidaknya, dia persoalkan apa bila DS Anwar menggesa agar Pusat Zakat mainkan peranan dalam membasmi kemiskinan di negara kita.


Persoalannya: 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽?


Memang tujuan zakat bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan. Golongan fakir adalah antara asnaf penerima zakat. Jadi di mana salahnya gesaan PMX kepada pusat zakat?


Tak timbul soal alihkan misi. Sebab kerajaan sendiri pun menjalankan beberapa program contohnya 𝗜𝗣𝗥 yang membantu golongan miskin memulakan bisnes atau menjadi petani moden.


Tapi pusat zakat pun ada peranan mereka. PMX cuma menggesa agar pusat zakat aktif cari golongan susah dan bantu mereka. Habis tu kalau tak bantu golongan miskin, duit zakat nak buat apa?


Itu yang buat aku tertanya. Masa Bersatu berkuasa dulu mereka 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗼𝘆𝗮-𝗳𝗼𝘆𝗮 𝗸𝗲? Sebab itu pemimpin Bersatu rasa pelik bila DS Anwar gesa pusat zakat bantu rakyat?


Aku faham nak berpolitik. Tapi tak perlu sampai tahap 𝘥𝘦𝘴𝘱𝘦𝘳𝘢𝘥𝘰 begini sampai menafikan perkara yang hak. Itu yang di akhirnya diri sendiri kelihatan 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹! Sedang PN dulu tiada usaha basmi kemiskinan.


Ini buatkan aku teringat kes Jana Wibawa. Program yang kononnya untuk bantu kontraktor bumiputera di mana akhirnya jadi lombong emas pemimpin Bersatu. Memang begitukah cara PN basmi kemiskinan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERSATUAN PEMBORONG- LA RUPANYA...KENAPA DIAM SELAMA NI.


 

Harakahdaily hari ini cuba main isu RUU355.


INI VIDEO REAL HADI AWANG TANGGUH LAKSANAKAN RUU355.MASA JADI KERAJAAN DIA TERUS SENYAP.....











Nampak sangat masih tak faham isu.


Walaupun hukuman mahkamah syariah dinaikkan,  masih tidak boleh buat undang-undang yang berada dalam senarai Persekutuan. Seperti kes rogol, liwat, bunuh, rompak.


Apa pun,  tak malu kah harakah dan PAS?


Mereka usul,

Mereka tangguh.

Allah bagi jadi kerajaan, Mereka anggap soalan penyokong berkenaan RUU355 sebagai suara syaitan


Lepas tu mengaku pulak dulu berdegar-degar sebab pembangkang. Penyokong masih boleh terima?


Tapi mengaku King maker. Kalau dah King kenapa tak ugut tarik kerusi untuk laksanakan RUU355?


Pas dan syembang kosong memang tak boleh lari.


Akhirnya sedarlah rakyat bahawa perhimpunan RUU355 dulu adalah upacara scam terbesar dalam sejarah Malaysia. 


Mufti (Dr Zulkifli Bakri) pun kena tipu!


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


TIPIKAL SANGAT LA WALAUN ANGGAP USTAZAH NI





 Orang seperti Ustazah Asma' Harun adalah tipikal penyokong PAS yang terperangkap dengan istilah Islam.


Mereka anggap Pas itu Islam sebab ada perkataan Islam.


Begitu juga mereka anggap undang-undang di mahkamah syariah itu syariah sebab ada perkataan syariah.


Ustazah bayangkan, anak ustazah sendiri menjadi mangsa rogol oleh seorang ustaz di maahad Muhammadi Kelantan. 


Siap kena liwat lagi.


Ustazah kata...biarkanlah undang-undang syariah tu. Kenapa dicabar. Mahkamah Syariah kan untuk orang Islam.


Kemudian si ustaz prgl tu hanya didenda maksimum 3 tahun penjara. Sebab itu sahaja kuasa mahkamah syariah. 


Dah lah pulak, itu pun bukan undang-undang syariah yang Allah tetapkan dalam al-Quran dan Hadith.


Ustazah redha?


Kalau prgl dihukum dengan hukum Allah boleh lah kita redha..tapi dihukum dengan hukuman manusia (takzir) yang lebih ringan sedangkan ada hukuman lebih berat. Kita redha?


Anak orang..kita ok lah kan..bayangkan ahli keluarga sendiri..


Untuk betulkan fahaman ustazah, saya dah tulis awal perkara ni.


https://www.facebook.com/share/p/Upc13F8ttxH9NKWv/?mibextid=Nif5oz


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


KELUCAHAN MELAMPAU PUN PATUT KE MAHKAMAH SYARIAH

 

Che Ibrahim




Kelucahan tak melampau pun haram di segi hukum syarak, apa lagi kelucahan melampau. Mengapa tidak ada desakan supaya kes ini dibicarakan di mahkamah syariah?? 


Jika liwat patut dibicarakan di mahkamah syariah, maka kesalahan kelucahan melampau ini dalam bahasa Arab disebut "من باب اولى " @ koho patut dihadapkan ke mahkamah syariah.


Pohon lawyer lawyer Islam cabar di Mahkamah Persekutuan supaya kes ini dijadikan kesalahan jenayah syariah kerana melanggar hukum syarak.



RENTASAN 1548 | PANAS!! AKHIRNYA KEBENARAN TERHADAP ISU KELEWATAN NAIK T...








MENARIK DALAM RENTASAN 1548
1. CAKAP BIAR SERUPA BIKIN 2. DIA YANG GAGAL, ORANG LAIN YANG DIPETIK 3. PEMFITNAH TIDAK AKAN SAYA LEPASKAN 4. HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG



RENTASAN 1547 | PANAS!! PEMPENGARUH MILIKI STATUS 'PR' DI MALAYSIA HINA,...








MENARIK DALAM RENTASAN 1547
1. KONOTASI SALAH CIPTAAN PERIKATAN NASIONAL 2. HINA ISLAM: TIADA MAAF BAGIMU 3. BUKAN BODOH, TERLEBIH PANDAI



HANGAT! Daim saman Azam Baki | Pas tetap mahu MN | Lawan rasuah bukan de...

LOKMAN ADAM SEKOLAHKAN HADI AWANG TUDUHAN DANGKAL PAS YANG BOKROK!

TUNGGU KENA KUTIP LA MAT KONKIAK-JANGAN PERASAN LAH





 Ini tandanya mat kronik syok sendiri ni dah ketakutan. Mungkin dia fikir undian online macam ni boleh bantu dia dalam mahkamah nanti.


Masalahnya, 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵. Dia tanya, faham ke, tak faham dan sebagainya. Tapi orang nak kata faham macamana kalau faktanya salah?


Ini bukan soal dia buat parodi. Soalnya dia beri 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 dalam video tu. Dan fakta yang salah tu boleh dianggap menghasut.


Dia macam ni la. Ibarat dia pandu Myvi tak berhenti di lampu merah. Kemudian polis tahan dia. Kesalahan dia pandu Myvi atau tak berhenti di lampu isyarat?


Nak buat video, buat je la. Nak kritik kerajaan pun tak ada masalah. Dayangku Intan dan YB Virus banyak kali buat. Tak kena apa pun.


Tapi bila video tu berikan fakta salah yang menjurus kepada fitnah, maka tindakan perlu diambil. Janganlah nak salahkan pihak berkuasa pula.


Dal video tu, mat kronik ni buat cerita ada orang yang mengaku 𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝗮𝗿𝗮𝗸, 𝗺𝗲𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 dan 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗱𝗶 𝗲𝗸𝗼𝗿 tapi dikatakan tak menjadi kesalahan.


Itulah yang tak betul. Ketiga-tiga perbuatan itu masih lagi salah dan boleh didakwa. Minum arak dan berjudi ada terdapat dalam 𝗲𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶..


Manakala kesalahan liwat pula, secara paksa ataupun sukarela, merupakan jenayah yang terkandung dalam 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻..


Tapi sama ada mat kronik ni bodoh, atau dia memang berniat jahat, atau kedua-duanya sekali, hanya Allah ﷻ yang tahu.


Tapi mat kronik tak sedar. Undian begini membuktikan yang dia sedar apa yang dia buat dalam video tu dan memang bertujuan untuk membentuk satu pemikiran umum terhadap keputusan mahkamah.


Undian ini boleh dijadikan bukti yang dia memang berniat jahat 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵, yang merupakan satu jenayah.


Nak buat macamana. Memang faktanya siapa yang sokong PN tu bodoh. Maka si mat kronik ni pun dah jelas bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.