KAWASAN BARU INDUSTRY DILANCAR DI BATU KAWAN








 Saya telah meluncurkan Projek Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP3) anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Bagi majlis ini, saya disertai Ketua Menteri Pulau Pinang serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri. 


Tapak projek BKIP3 merupakan taman perindustrian utama ke-3 di negeri Pulau Pinang dengan keluasan 622.61 ekar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan ini akan menempatkan 54% (339 ekar) kawasan industri, 11% (67.6 ekar) hub logistik, 6% (37.04 ekar) kawasan komersil, 1% (8.4 ekar) asrama pekerja; dan 27% (170.17 ekar) infrastruktur utama. 


Pembangunan Projek BKIP3 ini mengandungi empat (4) fasa yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Fasa Pertama akan disiapkan pada hujung tahun 2025. Manakala fasa terakhir dijadualkan untuk disempurnakan pada hujung tahun 2031. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah sebanyak RM2.2 bilion.


Selaras dengan wawasan kerangka Ekonomi MADANI untuk melonjakkan nilai ekonomi negara dan daya saing modal insan, saya berharap BKIP3 ini bakal menjadi pangkalan utama untuk syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan berdaya upaya membawa limpahan ekonomi kepada negara dan rakyat. 


#MalaysiaMADANI



No comments: