MAHAL GANJARN BOD AIR KELANTAN- TAK MALU KA ?

 

SHAM GHAZ


WOW! MAHAL GANJARAN TAHUNAN BOD AIR KELANTAN RUPANYA.

▪️ Tahun 2020 - RM 228,918
▪️ Tahun 2019 - RM 186,082
Prestasi kerja macamana?
Apa kata pengguna AIR KELANTAN
May be an image of 9 people and text that says "LAMAN WEB RASMI AIR KELANTAN SDN. BHD. Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) WOW! GANJARAN TAHUNAN BOD AIR KELANTAN DATO'S NMOHD. Tahun 2020 RM 228,918 Tahun 2019- RM 186,082 ENGERUSILEMBAGAPENGARAHAKSB ABDUL RAHMAN DATO' HAJINAZRAN MUHAMMAD SETIA) YUNUS ELANTAN YB DATO' AHMAD TUAN ABDUL RASHID BIN MOHD (PENGARAH) RAHIM (PENGARAH) IDHAM PENASIHA DR.MOHAMAD BIN YAACOB P AZIHARUD TIMBALANS () YBrs.Ir. MOHD SUHAILI BIN ISMAIL ÛRHJK (PENGARAH) ÛoGrid"

UTANG 1MDB AKAN NAIK BILA USD NAIK DAN RINGGIR LEMAH..MACAI FAHAM KA DAK ?

 

SRI KANDI MALAYA


RINGGIT JATUH?

wahai najib, setiap kejatuhan RM, nilai hutang 1mdb semakin naik...pokok dan bunga.
Ada USD 6.5 bilion bon 1mdb dalam USD
Masa pinjam, nilai RM3.10..kalau tak silap.
Pokok masa tu jadi RM20.15 bilion
Interest setahun masa tu Rm 1.05 bilion
Today
USD dah 4.36
Pokok dah jadi Rm 28.27 bilion
Interest Setahun dah jadi RM 1.41 bilion
Macai2 najib tak hadam benda ni. Sebab depa hadap brim...tak.kisah duit orang lain bayar cukai langsung.
May be an image of text that says "Semua Imej Video Peta Membeli-belah 1 Dolar AS sama dengan 4.36 Ringgit Malaysia 27 Apr, 1:37 PTG JTC. Penafian 1H 5H 1B 1T 4.4 5T Maks 4.3 4.2- Apr 12 Apr 1 21 Apr Dolar AS 4.36 Ringgit Malaysia"

PH terus jadi Pakatan Hancing walaupun sudah hilang kerajaan

 


JOLOK MENTARI

PAKATAN Harapan alias PH kehilangan kerajaan sudah dua tahun. Perdana Menteri kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad juga telah diganti dengan dua perdana menteri, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Mahiaddin menjadi PM hanya 17 bulan sahaja sebelum beliau diganti oleh Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos 2021 menerusi suatu mini komplot. 

Pengunduran Mahiaddin sebagai PM, disambut penuh keseronokan oleh PH, kerana mereka mengharapkan jawatan itu akan diisi oleh orang mereka, Anwar Ibrahim.  Pengunduran Mahiaddin itu juga dianggap sebagai hukum karma terhadap ahli Parlimen Pagoh itu atas permainan politik khianat. Orang PH melepas geram kepada Mahiaddin dengan menjuah "padan muka."  

Malangnya, apa menimpa Mahiaddin itu tidak memberi apa-apa kelabaan kepada PH. Harapan dan impian mereka untuk kembali berkuasa gagal, apabila Ismail Sabri yang mengangkat sumpah menjadi PM bukannya sosok dipuja dan didambakan Anwar. Anwar sekali lagi tidak cukup angka untuk diberi perkenan oleh Yang diPertuan Agong untuk menjadi PM?

Walaupun sudah dua tahun kerajaan PH yang disinonimkan dengan kerajaan Pakatan Hancing, oleh musuh-musuhnya; Umno, Pas dan sekutunya, namun senonimas itu masih belum habis sampai kini. Bau hancing dan hapak masih terhidu. Kehancingan PH itu gagal disamak dan ditahrahkan. Realiti ini mengesahkan kegagalan dan kelemahan PH yang ditunding selama ini, benar, mereka gagal untuk membina kekuatan mereka semula.

Sebelum itu elok kalau kita semak kembali apa menyebabkan kerajaan PH jatuh "berleping" pada Februari 2020 lalu dan kenapa ia digelar sebagai kerajaan hancing. Sejak PH berjaya membentuk kerajaan Mei 2018, ia mula diserang bertubi-tubi oleh UBN yang sangat desperate dan frust apabila kerajaan mereka kalah. UBN, khasnya Umno menjadi seperti harimau yang cedera bangkit dan mengamuk untuk membalas dendam atas apa yang berlaku.

Sebagai parti yang mempunyai pengalaman luas yang terdedah dengan berbagai strategi dan taktik babarian untuk melawan musuh, Umno berjaya melemah dan damage kerajaan PH di mata rakyat. Setiap apa pembaharuan dilakukan kerajaan PH dinafikan demikian rupa. Sebelum itu Umno bijak membina kekuatan dan kerjasama dengan musuh PH, iaitu Pas. 

Pertamanya mereka mengambil pendekatan menjalani "tahalul syiasi" dengan Pas. Pas yang menelan pahitnya dengan Umno selama ini bersedia untuk bergabung dengan Umno atas matlamat sama. Pas kecewa dan cemburu dengan kejayaan PH yang mana didalamnya ada rakan yang tidak istiqamah mendokong Tok Dor Hadi, Amanah.

Penggabungan itu diasaskan atas landasan agama dan bangsa, dua elemen yang sangat dekat dan berbekas dan sangat terpancing kepada orang-orang Melayu, yaitu untuk kekuataan agama dan mendaulatkan bangsa. Umno sangat memahami cita-cita Pas dalam hal ini sehingga bersedia untuk meluluskan RUU untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.   

Penggabungan Umno dengan Pas ini satu bahana buat PH dan merupakan ancaman pertama, yang akhirnya memimpin kejatuhan kerajaan PH tanggal 26 Februari 2020. Kerana terlalu seronok dengan kemenangan, PH lupa kepada sumbangan yang boleh diberikan Pas kepada Umno itu. Baik Dr Mahathir maupun Anwar dan lain-lain pemimpin PH tidak pernah cuba untuk membawa Pas bersama mereka membangun kerajaan sekaligus sebagai memperkuatkan kerajaan dan mengurangkan musuh. Mereka jadi tidak kabar. Terutamanya yang berada dalam Amanah, usahkan hendak mempelawa, sebaliknya terus menyindir dan menghina Pas dengan penuh egois. 

Apakah ketika itu Mahathir atau Anwar dan Lim Guan Eng masih percaya kepada Amanah yang ditubuhkan untuk menjadi alternatif kepada Pas berjaya mengatasi pengaruh Pas dan mengurus kemaraanya dengan menguasai orang Melayu yang konvensional? Kealpaan ini satu kesilapan PH. Saya yakin kalau Pas diundang dengan penuh diplomasi rahmatan lil alamin, mereka sedia untuk mendokong kerajaan PH.

Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh Umno dan Pas yang sesudah kedua parti terbesar orang Melayu itu membentuk Muafakat Nasional (MN). Apa dinamakan piagam MN ditanda tangani dengan mengambil semangat piagam Madinah di zaman Rasulullah. Mengalir air mata buaya si pendeklamator piagam itu.

Bertolak dari situ mereka bukan sahaja mengadakan himpunan untuk mengajak rakyat Melayu bersama mereka, tetapi mengaktifkan serangan dalam media massa. Medsos menjadi medium utama untuk mereka mempersenda, merendah dan memperleceh kerajaan PH serta memberi gambaran buruk dan bahaya kerajaan PH kepada rakyat. Untuk ini berbagai grup cyber trooper diwujudkan. Slogan atau gelaran Pakatan Harapan sebagai Pakatan Hancing dilemparkan. Dengan gelaran itu maka wujud dan bertebaranlah logo dan banner kerajaan PH sebagai Kerajaan Hancing dalam medsos 

Usaha untuk mengekang sang singa yang luka sangat minimum. Dr Mahathir lebih mengambil pendekatan menggunakan kuasa untuk memastikan Umno tidak bangkit dengan memberi kesusahan kepada mereka. Tindakan terhadap Umno bukan melembutkan parti itu untuk memberi peluang satu penggal kepada PH, sebaliknya diterjemahkan umum cuba berlaku kasar. 

Siasatan, tangkapan dan dakwaan terhadap beberapa pemimpin Umno dilaksanakan. Daripada ketua cawangan, ketua bahagian hingga kepada presiden Umno dihadap ke mahkamah. Bahkan terdengar ura-ura Dr Mahathir bersetuju kalau Umno dihapuskan (haram). Ini tidak pelik kerana beliau telah melakukan pada tahun 1987, mengharamkan Umno selepas kedudukannya tercabar ketika berhadapan dengan Tengku Razaleigh Hamzah.  

Mula PH berasakan strategi dan taktik menggunakan kuasa oleh Dr Mahathir itu dapat mengukuhkan kerajaan PH. Mereka menyangka Umno akan lemau dan ghuyup. Namun itu hanya sangkaan sahaja. Kekuatan semangat dan tindakan melawan oleh UBN tidak menjadikan komponen itu lemah. Dengan pengalaman, sisa kewangan yang banyak, Umno terus menyerang kerajaan PH. Dr Mahathir dan PH terlupa yang Umno ada sembilan nyawa.  

Najib Razak sebagai bekas perdana menteri dan presiden Umno membuat silap mata dengan melepaskan jawatan kepada Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanggungjawab atas kekalaan BN. Dan Umno juga diswastakan seketika kepada pemimpin yang dilihat bersih. Namun realitinya dalam masa sama baik Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak pernah diam mendalangi aktiviti dan perancangan untuk menyerang kerajaan PH dan bergerak mencari jalan melawan kerajaan PH hingga tumbang.

Tindakan dan taktik Umno itu mula membuahkan hasil apabila parti itu berjaya memenangi tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil.  

Dalam usaha ini Najib berjaya. Palitan noda sebagai penjenayah skandal 1MDB, skandal kewangan terbesar di dunia, tidak begitu diterima rakyat. Beliau bijak untuk mengabui mata dan mendapat empati rakyat dengan menggunakan latar belakangnya sebagai bangsawan dan anak kepada bekas perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein

Menerusi taktik itu beliau berjaya, sehingga isu skandal 1MDB dihadapinya tidak dihiraukan oleh rakyat, rakyat tidak melihat dosa seburuk fitnah liwat ke atas Anwar, bahkah rakyat melihat tindakan drastik menyiasat dan mengheretnya ke mahkamah sebagai dendam dan satu kezaliman. Rakyat jadi simpati kepadanya sampai memanggilnya sebagai "bossku." 

Dalam hal ini Najib bijak kerana memahami kelemahan dan cara orang Melayu berfikir dan sikap inferioriy (rendah diri) yang ada kepada orang Melayu yang tunduk dan sujud sawi kepada bangsawan. Sifat kehambaan yang dimiliki oleh orang Melayu ini diambil kesempatan sebaik-baiknya. Kerana itu ke mana beliau pergi dikerumuni bagaikan gula dihurung semut. 

Fenonema dibentuk Najib ini tidak dipedulikan oleh kerajaan PH. Para pemimpinnya tidak pernah membuat analisa dan prediction sesuatu yang buruk sedang berlaku kerana asyik mahsyuk dengan kuasa dan jawatan-jawatan yang dipegang. Mereka yang pertama kali jadi menteri, jawatan dalam GLC atau sekadar jadi ahli pertubuhan peladang tidak menghidu dan menyedari bahawa ada orang mengintip dan memanjat rumah untuk mencuri dari atap lantaran "kebabokan" kuasa dan syok pekena baju korporat yang ada lambang GLC atau agensi kerajaan. 

Kerana kelalaian itu akhirnya kerajaan hilang, dicuri disiang bolong. Apa yang sudah berlaku itu takdir yang tidak perlu ditangisi. Asal kapas menjadi benang, dari benang dibuat baju. PH sepatutnya bingkas untuk membaiki kelemahan dan menjanakan kembali kekuatan seperti sebelum tahun 2018. Tetapi sayang ia tidak berlaku begitu, sebaliknya PH jadi berantakan sesama sendiri. Kekalahan dan kehilangan kerajaan menjadi mereka bingung, hilang maruah diri, terketar-ketar, melungu dan tidak tahu meneladani apa yang dilalui Umno dengan Pas yang bersatu selepas tewas. 

Bersatu yang menjadi komponen intim, keluar daripada PH. Bukan itu sahaja, sisa Bersatu pula menubuhkan parti baharu Pejuang dan Muda. Rakan strategik dari Sabah pula (Warisan) mula menjadi besar kepala dan pemimpinnya ikut berasa dia layak menjadi perdana menteri sama. 

Apabila disenaraikan perkara atau pun isu yang dijaja oleh Umno dan Pas sehingga hancurnya kerajaan PH, ia menumpukan kepada serangan memburukkan kerajaan PH. Pertamanya mereka menggelarkan kerajaan PH sebagai kerajaan hancing. Mereka persenda dan meremehkan kerajaan PH sebagai kerajaan yang bernajis. 

Mereka bukan sahaja setakat menjenamakan kerajaan PH sebagai kerajaan hancing, tetapi disertakan jenis-jenis najis itu serta bau dan sifat-sifatnya sekali, antaranya; 

1. Kerajaan PH adalah kerajaan dikuasai DAP. DAP telah menjadikan Keadilan dan Amanah sebagai alat untuk berkerajaan. Bahkan penubuhan Parti Amanah Negara itu dibidani oleh DAP. Keadilan dan Amanah dianggap kaldai DAP. 

2. Kerajaan PH tidak bernuansakan Melayu, buktinya lebih separuh anggota kabinet dalam kerajaan itu dimonopoli oleh bukan Melayu. Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, kementerian yang menjadi nadi satu lagi bukti DAP menguasai kerajaan itu dan ia dimakan. 

3. Apabila kerajaan itu dimonopoli bukan Melayu, menyebabkan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam terjejas. Kononnya banyak kepentingan Melayu terhapus dan kaum lain mendapat manfaat besar. Salah satu bukti diberikan, ialah aset Tabung Haji dijual sedangkan ini adalah fitnah. Apa sebenar berlaku PH berjaya memulihkan prestasi TH.

Setengah daripada apa yang diratib dan dijadikan modal hanya suatu persepsi dan fitnah yang mentah. Tetapi kerana ia dimainkan dengan begitu rapi dan bersistematik, dimake-up dan diwangikan dengan ayat Quran dan Hadith konsisten menyebabkan rakyat terkeliru dan mempercayainya.

Kehancingan dalam PH, bukan terhenti dan disamakkan selepas itu, sebaliknya ia masih berlaku sehingga hari ini, walaupun kerajaan itu sudah hilang. Yang jelas, PH berpecah belah, tidak solid seperti menghadapi Piraum ke-14 lalu. Dr Mahathir yang memimpin Bersatu komponen keempat dalam PH, telah menubuh parti baru, Pejuang setelah parti asal Bersatu dibawa lari oleh Mahiaddin yang tergila untuk jadi perdana menteri. Ini memberi dampak yang buruk.

Tidak cukup dengan kerenah Dr Mahathir, "buah cempedak di luar pagar" Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang baru mencebur diri dalam politik juga menubuh parti sendiri. Tindakan ini menjadikan yang kecil bertambah kecil. Sementara tiga parti komponen asal, Keadilan, DAP dan Amanah pula bertelagah sesama sendiri dalam hal-hal tertentu dan saling tuding menunding atas apa yang berlaku. Pertelagahan mereka itu ada kalanya dikesani akan keretakan pakatan itu. Situasi ini semua menyebabkan "kehancingan" PH yang digelar oleh Umno dan Pas dulu masih kekal dan berbau sampai kini.

Dalam menanti Piraum ke-15 tugas utama dan berat PH ialah cuba membersihkan najis hancing tadi. Mereka kena jawab dengan fakta dan konsisten terhadap beberapa tuduhan atau persepi yang dilempar itu. Antaranya kena sangkal tentang dakwaan kerajaan PH dahulu diperalat oleh DAP, kerajaan yang dimonopoli bangsa bukan Melayu, kerajaan yang gagal dan sebagainya. 

Dan juga tentang beberapa kerugian dan penghapusan hak Melayu di sepanjang 22 bulan itu. Walaupun itu hanya tuduhan dan persepsi tetapi ia menjadi stigma kepada orang Melayu menyebabkan mereka sangsi untuk memilih PH. Perkara ini tidak boleh dijawab secara simplistik tetapi biarlah menyakinkan. Kegagalan membersih najis ini bakal memberi kesan buruk kepada PH dalam piraum ke-15 nanti.  

PH kalau ingin kuat seperti dulu dan menghilangkan bau hacing, hendaklah berpatah balik kepada matlamat dan tujuan asal. Tujuaan PH ialah untuk membela rakyat daripada terus ditakluki oleh kuasa kleptokrasi. Utamakan matlamat dan aspiras itu bukannya berebut untuk jadi perdana menteri. Jawatan perdana menteri terluang apabila parti menang besar. Tanpa kemenangan perebutan itu berlalu diangin lalu sahaja.

Antara apa yang perlu dimuhasabah oleh parti komponen ialah kemantapan parti masing-masing. Ini termasuklah wibawa pemimpin yang ada. Kalau pemimipin tidak ada wibawa, keahlian parti pun lebih kurang dua pasukan bola sepak sahaja, jangan mimpilah. Jika parti perlu mendapat tarikan baru dengan menukar pemimpin, tukarlah tidak perlu rasa sayang dan hormati kawan.

Manakala yang ghairah merebut jawatan dalam parti pula, jadi perebutan itu untuk menambahkan kekuatan parti jangan jadikan pertarungan itu usaha untuk membelah duakan parti. Semua yang bertanding hendaklah bertanggungjawab jangan pula bila tewas dalam perlawanan ambil keputusan bercuti untuk berniaga. Bila sebuah pembinaan rumah itu siap janganlah pahat dan gergaji terus berbunyi. 

Dan bagi yang sudah selesai membuat pemilihan dan menukar kepimpinan, pemimpin baharu hendaklah menawarkan gagasan dan wawasan tersendiri jangan terus diselubungi kepimpinan lama yang berhenti keana dipaksa peraturan. Jika tidak berubah rakyat akan tahu kalau ia hanya sebuah sandiwara.  Idea untuk mewujudkan khemah besar berhentilah kerana definasinya gagal difahami oleh umum. [wm.kl.1:06 pm 21/04/2022]

 


NAMPAKNYA MESEJ SAMPAI- ORANG MELUAT

 

FAHMI REZA


Terima kasih semua!

All proceeds will be donated to a legal defence fund to support other Malaysians prosecuted for exercising their right to freedom of expression. #MonyetIstana #SatireIsNotACrime
May be an image of ‎text that says "‎Monyet Istana NFT ااس ಯ RM48 RM48,000 collected in 48 hours‎"‎

KEH..KEH...KEH....JANGAN KATA DI SABAH..DI SEMENANJUNG PUN MELINGKUP- ORANG KENAI PENGASAS TU SAPA-KAKI PENIPU BESAQ KAT MALAYSIA NIH

 

Pejuang tiada peluang di Sabah, kata penganalisis

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Mukhriz Mahathir bersama Ketua Pejuang Sabah Haji Nicholas Sylvester
 Muhammad dan pemimpin parti lain di Kota Kinabalu minggu lepas.
 (Gambar Facebook Pejuang)

PETALING JAYA: Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad tiada peluang berjaya di Sabah jika bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata dua penganalisis politik.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, parti berasaskan kaum tiada daya tarikan di Sabah kerana kebanyakan rakyatnya mempunyai keluarga dengan pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan agama.

“Namun jika parti sedemikian berada dalam kedudukan untuk ‘mengagihkan sumber’, maka itu mengatasi penolakan parti berasaskan kaum,” katanya kepada FMT.

Katanya, ramai rakyat Sabah masih menyalahkan Mahathir berhubung Projek IC, istilah yang digunakan bagi dakwaan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang dengan memberi mereka kad pengenalan sekitar 1990-an.

“Mereka menyalahkan Mahathir kerana mencetuskan Projek IC, yang mereka fikir membawa masuk pendatang yang kadang-kadang mempunyai dokumen. Saya sebaliknya berpendapat, ini diamalkan bertahun-tahun sebelum Projek IC lagi.

Pada Selasa, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, parti itu berhasrat bertanding di Sabah pada PRU15, namun ia masih belum memutuskan bilangan kerusi akan ditandingi.

Cawangan negeri parti itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei, namun pemimpin BN Sabah Bung Moktar Radin memperkecilkan peluang Pejuang di negeri itu.

Penganalisis Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung, berkata beliau tidak melihat sebarang ruang untuk Pejuang di Sabah, menyifatkan arena politik negeri itu “sudah sesak” dengan pelbagai parti seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang diterajui bekas naib presiden Warisan Peter Anthony.

“Saya tak nampak ruang untuk Pejuang di Sabah. Kita lihat seramai 447 calon bertanding untuk 73 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020, dengan majoriti daripadanya kehilangan wang deposit,” katanya kepada FMT.

Lee berkata, kewujudan Projek IC boleh dipertikaikan, tetapi tiada siapa boleh menafikan peningkatan mendadak populasi Sabah pada 1990-an.

Katanya, sukar bagi Pejuang membuang persepsi bahawa mereka terikat dengan Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu tidak bertanding pada PRU15 mahupun menjauhi parti.

TAK KAN GAGAL....ULAMAK BUAT KERJA : KEGAGALAN AKSB: TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN

 

KEGAGALAN AKSB: TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN

1. Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 - beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah - adalah satu kejadian yang menyayat hati.
2. Bukan sahaja pili bomba ketiadaan air (tekanan rendah boleh berlaku bila bekalan air tak mencukupi) menyebabkan kerja penyelamatan bomba gagal, bah kan penduduk sekitar telah ketiadaan bekalan air berbelas hari sebelum kejadian. Berdasarkan maklum balas orang ramai di media sosial.
3. Permintaan bekalan air akan memuncak menjelang Hari Raya, yang sepatutnya menjadi sambutan yang menggembirakan.
Anak-Anak Perantau pulang penuh kegembiraan untuk berhari raya bersama keluarga di Bumi kelahiran.
Sebaliknya, ada dari anda semua akan merasai keperitan ketiadaan bekalan air yg sempurna.
Inilah realiti kegagalan Kerajaan Kelantan yg dapat dirasai oleh semua sejak lama.
4. Peristiwa kebakaran yg gagal diselamatkan kerana tekanan air yg rendah @ketiadaan air dan kemarahan membuak rakyat jelata yg lama menderita - sepatutnya menjadi titik berfikir semua Rakyat Kelantan.
Mengkaji punca kegagalan AKSB dalam tugas mereka secara khusus dan kegagalan berterusan Kerajaan Negeri pimpinan Pas.
Ditambah Menteri Air Kerajaan Pusat juga dari Pas.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga adalah se orang Ahli Parlimen Pas.
5. Selain ketiadaan air, sungutan berbangkit juga mengenai mutu air yg sangat mendukacitakan. Kekerapan gangguan bekalan atas masalah loji dan loji-loji di bawah kapasiti yang dirangkakan sekali pun peruntukannya besar.
6. Ada pihak penyokong Pas sendiri mencadangkan supaya pengurusan AKSB dirombak. Dalam reaksi mereka selepas mereka merasai bahang panas kemarahan rakyat ekoran Peristiwa Berek 12.
Cadangan ini lebih bersifat meletakkan beban kepada pengurusan AKSB semata-mata. Walau pun memang AKSB patut menerima beban tanggung jawab itu.
Apa jaminan AKSB akan menjadi lebih cekap dengan rombakan pengurusan semata-mata?
Sedangkan punca masalah sebenar tidak diketahui.
Cadangan itu adalah jalan pintas untuk mengalihkan kemarahan rakyat bagi tujuan politik.
7. Dengan rombakan pengurusan semata-mata, AKSB masih di bawah kelolaan pemimpin Kerajaan Negeri.
Pengerusi Lembaga AKSB adalah YB Dato Azami Mohd Nor yg juga Exco.
Anggota lain ialah Adun Pasir Tumbuh dan perlantikan politik yang lain.
Kegagalan pengurusan AKSB hendaklah dilihat sebagai kegagalan anggota lembaga pengarah, Pengerusi AKSB dan kegagalan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Kelantan juga.
Mustahil untuk MB, TMB, Exco, Pengerusi AKSB dan pelantikan politik dalam lembaga AKSB menerima permintaan untuk mereka meletakkan jawatan atas kegagalan bersama mereka ini.
8. Apa punca kegagalan AKSB ?
Ini yang perlu diketahui sebelum ubat diberikan.
Saya telah katakan, antara punca utama kegagalan ialah unsur salah guna kuasa. Saya telah disaman untuk itu dan Alhamdulillah saya menang saman itu.
Menunjukkan dakwaan saya ada asas.
Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yg tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA SIASATAN YG BEBAS.
9. Jika Kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti - itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.
Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yg menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.
10. Tanpa siasatan terperinci yg bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.
Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah Rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar Kerajaan yg ada sekarang bila tiba masanya.
Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan Suruhanjaya berkenaan dengan serta merta.
11. Inilah salah satu PIAGAM GERAKAN SAVE KELANTAN yg kami akan cadangkan kepada stake holder yang lain nanti InsyaAllah.
12. Kembali kepada mangsa kebakaran berkenaan, iaitu lima kediaman musnah 100 peratus dan empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus dengan jumlah kerugian ratusan ribu ringgit.
AKSB hendaklah dipertanggung jawabkan dengan membayar sejumlah ganti rugi yg menasabah.
Juga sebagai tanda keprihatian dan didikan rasa akauntabiliti kerana AKSB adalah sebuah agensi milik kerajaan walau pun berorientasikan koporat.
13. Saya cadangkan peruntukan ganjaran Ahli Lembaga Pengarah AKSB , terutama bagi Pengerusi AKSB dan Adun yg turut menjadi Ahli Lembaga sejumlah RM 228,918 untuk tahun 2020 dan RM 186, 082 bagi tahun 2019 (berdasarkan Laporan Tahunan Aksb) digunakan untuk membayar ganti rugi tersebut. (Kedua-dua mereka telah pun mempunyai gaji dan elaun tetap berbanding rakyat terlibat yg dhaif dan ditimpa kesusahan).
Kerajaan Negeri boleh menambah jumlah lain sehingga ganti rugi berkenaan memadai.
14. Saya juga ada menerima pandangan dari profesional Anak Kelantan seperti berikut.
Bagi mengelak tragedi seperti ini berulang di masa hadapan, pihak berwajib perlu meneroka kaedah baru menggabungkan teknologi Geographic Information System (GIS), rangkaian paip pintar dan kawalan air bersepadu.
Melalui kaedah ini tekanan air dapat dikawal dari suatu tempat dan disalurkan ke tempat yang memerlukan dengan segera.
(Save Kelantan setiap masa mengalu-alukan pandangan berguna seperti ini dalam meningkatkan peranan Save Kelantan).
15. Saya bagi pihak Save Kelantan merakamkan takziah kepada semua keluarga terlibat.
16. Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, pihak Save Kelantan mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan pelan kontingensi agar bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tempoh perayaan ini.
Husam bin Musa
28 Ramadhan 1443H/
30 April 2022
114
6 shares

(function() { var d = document, w = window; w

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH