TAK KAN GAGAL....ULAMAK BUAT KERJA : KEGAGALAN AKSB: TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN

 

KEGAGALAN AKSB: TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN

1. Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 - beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah - adalah satu kejadian yang menyayat hati.
2. Bukan sahaja pili bomba ketiadaan air (tekanan rendah boleh berlaku bila bekalan air tak mencukupi) menyebabkan kerja penyelamatan bomba gagal, bah kan penduduk sekitar telah ketiadaan bekalan air berbelas hari sebelum kejadian. Berdasarkan maklum balas orang ramai di media sosial.
3. Permintaan bekalan air akan memuncak menjelang Hari Raya, yang sepatutnya menjadi sambutan yang menggembirakan.
Anak-Anak Perantau pulang penuh kegembiraan untuk berhari raya bersama keluarga di Bumi kelahiran.
Sebaliknya, ada dari anda semua akan merasai keperitan ketiadaan bekalan air yg sempurna.
Inilah realiti kegagalan Kerajaan Kelantan yg dapat dirasai oleh semua sejak lama.
4. Peristiwa kebakaran yg gagal diselamatkan kerana tekanan air yg rendah @ketiadaan air dan kemarahan membuak rakyat jelata yg lama menderita - sepatutnya menjadi titik berfikir semua Rakyat Kelantan.
Mengkaji punca kegagalan AKSB dalam tugas mereka secara khusus dan kegagalan berterusan Kerajaan Negeri pimpinan Pas.
Ditambah Menteri Air Kerajaan Pusat juga dari Pas.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga adalah se orang Ahli Parlimen Pas.
5. Selain ketiadaan air, sungutan berbangkit juga mengenai mutu air yg sangat mendukacitakan. Kekerapan gangguan bekalan atas masalah loji dan loji-loji di bawah kapasiti yang dirangkakan sekali pun peruntukannya besar.
6. Ada pihak penyokong Pas sendiri mencadangkan supaya pengurusan AKSB dirombak. Dalam reaksi mereka selepas mereka merasai bahang panas kemarahan rakyat ekoran Peristiwa Berek 12.
Cadangan ini lebih bersifat meletakkan beban kepada pengurusan AKSB semata-mata. Walau pun memang AKSB patut menerima beban tanggung jawab itu.
Apa jaminan AKSB akan menjadi lebih cekap dengan rombakan pengurusan semata-mata?
Sedangkan punca masalah sebenar tidak diketahui.
Cadangan itu adalah jalan pintas untuk mengalihkan kemarahan rakyat bagi tujuan politik.
7. Dengan rombakan pengurusan semata-mata, AKSB masih di bawah kelolaan pemimpin Kerajaan Negeri.
Pengerusi Lembaga AKSB adalah YB Dato Azami Mohd Nor yg juga Exco.
Anggota lain ialah Adun Pasir Tumbuh dan perlantikan politik yang lain.
Kegagalan pengurusan AKSB hendaklah dilihat sebagai kegagalan anggota lembaga pengarah, Pengerusi AKSB dan kegagalan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Kelantan juga.
Mustahil untuk MB, TMB, Exco, Pengerusi AKSB dan pelantikan politik dalam lembaga AKSB menerima permintaan untuk mereka meletakkan jawatan atas kegagalan bersama mereka ini.
8. Apa punca kegagalan AKSB ?
Ini yang perlu diketahui sebelum ubat diberikan.
Saya telah katakan, antara punca utama kegagalan ialah unsur salah guna kuasa. Saya telah disaman untuk itu dan Alhamdulillah saya menang saman itu.
Menunjukkan dakwaan saya ada asas.
Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yg tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA SIASATAN YG BEBAS.
9. Jika Kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti - itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.
Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yg menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.
10. Tanpa siasatan terperinci yg bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.
Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah Rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar Kerajaan yg ada sekarang bila tiba masanya.
Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan Suruhanjaya berkenaan dengan serta merta.
11. Inilah salah satu PIAGAM GERAKAN SAVE KELANTAN yg kami akan cadangkan kepada stake holder yang lain nanti InsyaAllah.
12. Kembali kepada mangsa kebakaran berkenaan, iaitu lima kediaman musnah 100 peratus dan empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus dengan jumlah kerugian ratusan ribu ringgit.
AKSB hendaklah dipertanggung jawabkan dengan membayar sejumlah ganti rugi yg menasabah.
Juga sebagai tanda keprihatian dan didikan rasa akauntabiliti kerana AKSB adalah sebuah agensi milik kerajaan walau pun berorientasikan koporat.
13. Saya cadangkan peruntukan ganjaran Ahli Lembaga Pengarah AKSB , terutama bagi Pengerusi AKSB dan Adun yg turut menjadi Ahli Lembaga sejumlah RM 228,918 untuk tahun 2020 dan RM 186, 082 bagi tahun 2019 (berdasarkan Laporan Tahunan Aksb) digunakan untuk membayar ganti rugi tersebut. (Kedua-dua mereka telah pun mempunyai gaji dan elaun tetap berbanding rakyat terlibat yg dhaif dan ditimpa kesusahan).
Kerajaan Negeri boleh menambah jumlah lain sehingga ganti rugi berkenaan memadai.
14. Saya juga ada menerima pandangan dari profesional Anak Kelantan seperti berikut.
Bagi mengelak tragedi seperti ini berulang di masa hadapan, pihak berwajib perlu meneroka kaedah baru menggabungkan teknologi Geographic Information System (GIS), rangkaian paip pintar dan kawalan air bersepadu.
Melalui kaedah ini tekanan air dapat dikawal dari suatu tempat dan disalurkan ke tempat yang memerlukan dengan segera.
(Save Kelantan setiap masa mengalu-alukan pandangan berguna seperti ini dalam meningkatkan peranan Save Kelantan).
15. Saya bagi pihak Save Kelantan merakamkan takziah kepada semua keluarga terlibat.
16. Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, pihak Save Kelantan mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan pelan kontingensi agar bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tempoh perayaan ini.
Husam bin Musa
28 Ramadhan 1443H/
30 April 2022
114
6 shares

No comments: