DEMI MARUAH, BERPISAH DENGAN BERSATU PILIHAN TERBAIK BUAT UMNO

 


Matematik mudahnya begini – UMNO ada 3.4 juta ahli, Pas ada lebih 1 juta ahli dan Bersatu hanya ada sekitar 200 ribu ahli.

Kalau ditanya kepada sesiapa, waima budak kecil sekali pun tentang siapa yang harus jadi ketua di antara tiga parti itu, jawapannya tidaklah sukar untuk diketahui.

Dengan itu, saranan Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar parti itu mengkaji semula hubungan kerjasamanya dengan UMNO dan Pas bukanlah sesuatu yang pelik dan luar biasa.

Hubungan kerjasama sekarang, menurut Tengku Razaleigh tidak memberi sebarang manfaat kepada UMNO.

“Apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS?

“Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula.

“Konflik yang bakal berlaku tak baik untuk rakyat dan negara. Baiklah kita fikir masak-masak.

“Saya rasa elok kita kaji semula,” katanya seperti dipetik dalam wawancara sebuah portal berita.

Pemimpin veteran UMNO yang dikenali sebagai Ku Li turut berkata, dari segi pengagihan kerusi, parti itu perlu bertegas untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu tanpa bertolak ansur dengan Bersatu.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

Ku Li juga berkata UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) dan Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).

“Itu bukan sesiapa punya. Kerusi itu bukan baru wujud… baru menjelma, tapi kesilapan kempen dulu kita kalah.

“Sebelum ini kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Gua Musang itu menyifatkan pemimpin UMNO yang lebih memihak kepada Presiden Bersatu sebagai pengkhianat yang tidak boleh dimaafkan kesalahannya.

“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat… orang yang lari daripada kita, yang ada kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka berada bersama Muhyiddin.

“Kita rasa tak sepatutnya kita berada dalam perkongsian ini, walaupun untuk berkuasa di negara,” tegas Ku Li.

Senang cerita, demi mengembalikan maruah UMNO sebagai parti terbesar, ahli teramai dan memiliki jumlah Ahli Parlimen terbanyak di Dewan Rakyat, parti itu tidak ada pilihan lain selain kembali kepada kekuatan sendiri untuk menghadapi PRU15 akan datang.

UMNO perlu mengumpul kembali kekuatannya bersama rakan komponen sedia ada dalam BN dan berusaha sedaya mungkin untuk kembali berkuasa tanpa bergantung kepada pihak luar.

Berdasarkan banyak kelebihan yang ada, cuma perlu penambahbaikan dalam beberapa aspek, UMNO sebenarnya mampu untuk tampil lebih gagah selepas tragedi kekalahan pada 2018 lalu.

Yang penting usaha, kerja keras dan iltizam yang tinggi untuk kembali berkuasa mesti sentiasa membara.

Bergantung atau bekerjasama dengan Pas dan Bersatu bukanlah pilihan yang baik, selain kerana terpaksa berkongsi kerusi, yang lebih buruk lagi ialah kerana Bersatu yang kecil dan serpihan itu hanya mahu “membunuh” UMNO saja matlamat utamanya.

Tanpa “membunuh” UMNO atau selagi UMNO ada,!Bersatu tidak mungkin mampu memanjangkan hayat politiknya

UMNO bukan saja mesti memimpin, tidak dipimpin, malah UMNO juga tidak sepatutnya memberi sebarang ruang kepada Bersatu untuk menguasai atau melebihinya.

Tetapi, semuanya hanya mungkin menjadi kenyataan jika kata-kata Ku Li ini dijadikan azimat perjuangan oleh semua peringkat kepimpinan dalam UMNO itu sendiri.

Jangan sesekali dibiarkan pengkhianat dalam parti dipergunakan oleh Bersatu untuk “mematikan” UMNO.

Kalau tidak, UMNO hanya akan tinggal sejarah dan nama saja selepas ini.

 

(Shahbudindotcom 17/11/2020)




AKHIRNYA MAT SABU MUNCUL DENGAN TEGURAN BUAT AHLI BAWAHAN.

 Image may contain: 2 people, people sitting

IBRAHIM MAT ISA

At least aku berpuas hati! Tiga hari bantai pemimpin Amanah, meloncat depa. KS bersuara tegur Mahathir, Abg Mat pula buat live petang tadi di NextStep. Pemimpin pertengahan pun kalut up fakta walaupun depa marah dekat aku.
Kalau tidak, masing-masing duk lena dengan angau hilang jawatan sampaikan PH jadi macam mandul.
Ini baru nampak keceriaan sikit. Aku harapkan Amanah giat perteguhkan PH. Jangan hanya lepas kena ketuk baru mata pahat jalan. Sekadar keluar kertas kenyataan. Ogah!
Kepada Abg Mat, tegur macai bawahan yang kaki provok kutuk dan hina pengerusi PH tu. Tak guna pun biarkan depa merapu meraban sampai netizen di media sosial naik muak.
Apa pun, aku ucap terima kasih atas respons pantas dari kepimpinan Amanah. Salute!

MULA-MULA CELA PENJAWAT AWAM, KEMUDIAN UGUT

Tutup tak habih. Tang nombor plate ternganga bagi orang nampak. Bodo sungguh Nusi Balak


IBRAHIM MAT ISA

 Image may contain: house, sky and outdoor

TAK PERNAH-PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH KWSP..


RINA HAMZAH

Semenjak Kerajaan Tebuk Atap berkuasa, rakyat nak keluarkan duit simpanan sendiri pon kena bayar balik ??!
KEZALIMAN apakah Kerajaan PN ni...
TAK MUSTAHIL LAH.. sbbnya jumlah gaji CEO & Timbalan CEO saja adalah RM6,047,420.33 (RM6.05 juta) setahun.
Cuba korang kira, gaji sebulan diorg berape...
SR
Image may contain: 1 person, text that says "Terjejas COVID-19, KWSP benar pengeluaran tapi kena bayar balik- CEO KWSP November 16, 2020 @ 3:03pm 0 KWSP EPF SR suara rakyat RAKYAT BUKANNYA DUIT DUIT SIMPANAN PINJAMAN Sejak bila KWSP berfungsi macam 'bank'? Sejak BANKER jadi Menteri Kewangan, macam2 pelik berlaku dalam KWSP.."



KHALID TEGUR OT95

 IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: 2 people, text that says "Panas!! Khalid tegur Tun M, serangan terhadap Anwar tidak membantu 16/11/2020 7:00 PM"


Baru berbunyi buat kali pertama selepas PH hilang kerajaan kerana kumpulan pengkhianat. Ok, aku terima ia sebagai sebuah kesedaran dari kepimpinan Amanah bahawa Mahathir sudah tidak berguna untuk diberikan sokongan.

Aku harap akar umbi Amanah supaya hentikan provokasi terhadap PKR. Yang ramai jadi ulat nangka tu hat jenis pegang HP terus kecam Anwar. Mereka mungkin masih terkesan kerana hilang jawatan. Jadi, mudah sangat meroyan.
Jika keadaan kembali aman, barulah kita boleh terus perkukuhkan PH.

Langkah Menteri Kewangan ugut penjawat awam dikesali

 Langkah Menteri Kewangan ugut penjawat awam dikesali

"Kalau memerangi Covid-19 dan membayar gaji kakitangan awam, khususnya mereka di barisan hadapan, bukan keperluan luar biasa, apa lagi?" kata Kadir dalam tulisannya di facebook.

Muhyiddin bakal jadi PM terpendek dalam sejarah negara

 Muhyiddin bakal jadi PM terpendek dalam sejarah negara

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal diketahui Khamis hadapan ketika pengundian Belanjawan 2021, sama ada beliau terus mentadbir sebagai Perdana Menteri atau menjadi ketua kerajaan terpendek dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri jika Belanjawan 2021 ditentang dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangka akan diundi pada 25 November hadapan.

Dengan sikap Muhyiddin yang dianggap tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan, Kit Siang juga merasa ragu-ragu kerana belanjawan tersebut adalah belanjawan yang biasa dalam waktu luar biasa.

“Saya berasa ragu-ragu. Belanjawan 2021 adalah belanjawan yang biasa dalam waktu luar biasa. Sedangkan ia sepatutnya menjadi sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa.

“Muhyiddin kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini diluluskan walaupun para Ahli Parlimen Pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“Adakah Belanjawan 2021 ini boleh diluluskan jika terdapat sebuah referendum kebangsaan terhadapnya?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Kit Siang, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dilihat sedang mengambil kesempatan atas keadaan semasa yang luar biasa dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Katanya, Zafrul cuba mendapatkan satu cek kosong daripada Ahli-ahli Parlimen, sedangkan beliau sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mencipta sejarah dengan membentuk sebuah Belanjawan Perpaduan 2021 yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen DAP itu, Belanjawan 2021 kini cuba untuk menyeludup sejumlah besar RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Seperti yang telah didedahkan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, JASA telah beroperasi dengan belanjawan tersorok di bawah pemerintahan Najib dengan hampir RM80 juta setiap tahun, demi mengelakkan penelitian awam dan semak imbang Parlimen.

“Mengapakah mantan Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi terus mendiamkan diri?,” soalnya lagi

Beliau juga berpendapat, Zafrul sama sekali tidak mengetahui apa itu JASA dan operasi-operasi rahsianya.


AGAK AGAK POMPUAN NI SESAT ATAU TIDAK?


RAJA AHMAD ADRIANNE


 Image may contain: text that says "Ustazah Hamidah 12 Feb 2018 at 09:49 Barang siapa yang menyimpan gambar Tuan Guru Haji Hadi di dalam rumahnya atau tempatnya dengan niat supaya mendapatkan berkah, maka tempat orang tersebut diliputi keselamatan dari orang yang bermaksud buruk (jahat), pencuri, perompak, orang yang hasat, syaitan yang menyesatkan, selamat dari penyakit 'ain dan sihir, Disamping itu juga ketika ada perempuan yang kesulitan dalam melahirkan bayi/ proses persalinannya apabila si perempuan tersebut menggenggam gambar ini di tangan kanannya maka akan diberi kemudahan dalam proses persalinannya Dengan daya"

Potong 10 peratus gaji menteri, salurkan kepada tabung Covid-19

 






Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya pemotongan gaji sebanyak 10 peratus dikenakan kepada kesemua menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menggunakan dana itu untuk tabung Covid-19.

Beliau berkata, elaun yang diterima Ahli Parlimen kerajaan yang menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga perlu dipotong sehingga 50 peratus.

"Saya mencadangkan elaun dan yuran pengerusi mana-mana yang berhormat yang menjadi pengerusi GLC dikurangkan sebanyak 50 peratus dan pengurangan disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat atau CSR kepada tabung Covid-19, sebab YB telah bergaji pun.

"Perdana Menteri, menteri kanan, menteri-menteri dan timbalan menteri pun perlu dipotong 10 peratus.

"Pentingnya belanjawan terbesar dilihat sebagai amanah dan kita mengagihkan kepada yang berhak dan terdesak supaya manusia terpelihara dan kita berlaku adil.

"Saya harap dana operasi dan dana komuniti pusat khidmat parlimen diberi sama rata kepada pembangkang dan kerajaan, saya rasa MP pembangkang tidaklah rasa gundah untuk memotong 10 peratus kepada tabung Covid-19, dengan syarat semua MP kerajaan juga tertakluk kepada potongan yang sama," katanya di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Wan Azizah juga menegur Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Aziz yang membuat ugutan jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

"Demi kepentingan rakyat dan negara, saya berharap jangan membuat kenyataan mengugut bahawa bayaran gaji penjawat awam tidak akan dibayar seandainya Belanjawan tidak diluluskan.

"Jangan begitu, kita tidak pernah pertikai emolumen penjawat awam. Belanjawan mestilah inklusif bukan eksklusif, komprehensif bukan terhad atau sempit.

"Belanjawan memperjuangkan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara, dan membendung wabak dengan efektif," katanya.

 

MP DAP persoal sikap membisu pemimpin dikaitkan laporan PAC


Oleh Fatih Hassan Nordin

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri pemimpin yang dikaitkan dengan Projek Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) Dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

Menurut beliau, bekas menteri pengangkutan Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Tanjong Piai, Wee Jeck Seng masih tidak menjawab persoalan mengenai laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai projek tersebut. 

“Adakah mereka mengaku terdapat pengaruh politik (dalam projek itu)?” soalnya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini. 

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh sebelum ini mendedahkan Tiong Lai telah memohon kelulusan daripada mantan Perdana Menteri Najib Razak untuk pelantikan secara rundingan terus kepada TC Sens Sdn. Bhd. di mana Jeck Seng merupakan pemegang saham 25 peratus dalam syarikat berkenaan.

Kontrak yang diberikan kepada TC Sens adalah Kontrak Perbelanjaan Modal (capex) berjumlah RM 45.15 juta dan Kontrak Perbelanjaan Operasional (opex) berjumlah RM104.30 juta.

Jawatankuasa itu mendapati bahawa tidak ada alasan yang kukuh untuk membenarkan projek-projek tersebut diberikan melalui rundingan langsung.

Malah, laporan itu juga menyatakan bahawa pemilihan TC Sens Sdn Bhd dilakukan tanpa penilaian menyeluruh berkaitan dengan kemampuan kewangan dan teknikal syarikat untuk melaksanakan projek sistem RC / VEP.

Tambahan pula, PAC juga mendapati wujudnya pengaruh politik dalam pelantikan kontraktor/vendor untuk projek sistem RC/VEP melalui rundingan terus.

Susulan itu, Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu awal minggu lalu. 

Mereka meminta SPRM untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan mendakwa pihak yang melakukan kesalahan. 

Mengulas lanjut, Poay Tiong yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka berharap SPRM segera menyiasat perkara terbabit. 



“Dan memandangkan timbalan menteri Wee Jeck Seng tak berani tampil ke depan untuk memberikan penjelasan kita boleh katakan kes itu memang ada pengaruh politik sebab itu dia dapat projek begitu besar,” ujarnya.  

Kerajaan perlu dengar rintihan pengusaha, pemandu bas terjejas

 

Oleh Fatih Hassan Nordin

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menggesa Kementerian Pengangkutan mendengar rintihan dan mencari jalan bagi membantu pengusaha dan pemandu bas yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tegasnya, kerajaan perlu ada inisiatif yang lebih bersasar untuk membantu mereka. 

Walaupun ratusan juta diperuntukkan untuk pas bulanan MY30, katanya,  ia hanya dapat membantu syarikat GLC, Prasarana dan bukannya pengusaha bas persendirian.

“Janganlah tunggu sehingga pemandu bas sekolah terpaksa memohon pertolongan daripada Ustaz Ebit Lew. 

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew yang membantu rakyat di merata tempat. 

“Saya pun mencontohi beliau namun saya hanya mampu bantu pemandu di Seremban sahaja,” ujarnya pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. — Roketkini.com

PRESIDEN PKR TIDAK WAJAR JADI PM?


JANGAN MENANGIS DI PAGAR KWSP

 Ibrahim Mat Isa

Jadi.. bermakna masih ada lagi halangan untuk keluarkan wang dari akaun 1 KWSP...jika dah lama berhenti kerja dan tak mencarum, secara automatik TAK LAYAK...menangisler kau dipagar bangunan KWSP..



PT95 SERANG DSAI UTK ALIH PERHATIAN?

 

1) RAMAI yg marahkan saya KUNUNnya (pinjam perkataan favourite PT95) saya "terperangkap" dgn taktik PT95 nak alih perhatian dari pembangkang serang Moo dan KERAMITA PN. Hgpa boleh kata apa shj hgpa mahu, KUNUNnya patut ignore org tua itu, sepatutnya tak layan kunun? Pertama saya tidak pun berhenti beri perhatian pada Moo dan KERAMITA PN, Kedua, pada saya jika tidak mahu menyerang balas PT95 boleh juga disamakan dgn enggan mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan itu sendiri.

2) Selain sebagai mempertahankan maruah, nama baik dan integriti Pengerusi Pakatan Harapan dari difitnah dan dirobekkan, serangan terhadap PT95 MEMBUKTIKAN KESETANAN dia sekaligus membuatkan #K3 dan Anai2 PANtuk TIDAK PUNYA ALASAN lagi mahu menyayangi PT95 sehingga menentang DSAI.

3) Saya tetap berpendirian membalas serangan PT95 a.k.a SETAN Tua dan melondehkan kebobrokan dia adalah sesuatu yg sgt perlu pada ketika ini bagi MENIDAKKAN "tindakan" #K3 dan Anai2 PANtuk yg menjadi duri dalam daging bagi PH.

4) SEBAGAI MAKLUMAN....Perhatian dan tumpuan saya TIDAK pernah teralih atau "distracted" dari Moo, KERAMITA PN, #K3 dan Anai2 PANtuk walau saya membalas serangan PT95 terhadap DSAI sekalipun. Serangan ke atas PT95 yg berterusan ini juga tetap mengaitkan Moo, KERAMITA PN, #K3 dan Anai2 PANtuk.

5) Harus diingat, PT95 juga di belakang Moo dan semua PNkhianatan yg meruntuhkan PH. Tak percaya?? Tersangat byk penjelasan-penjelasan diberikan yg membuktikan PT95 ini dgn SETANnya memulakan Plot bagi menjatuhkan PH kerana mahu sailang DSAI. Antaranya ialah penjelasan dari Dato' Husam Musa yg suatu ketika dulu sangat rapat dengan PT95.

6) BAIK. Mungkin masih ramai tidak percaya KESETANAN PT95 yang "membenci DAP dan Anwar" lalu saya rasa SANGAT-SANGAT sesuai saya #ULANGSIAR AUDIO-VIDEO bertajuk "SO FICKLE" yg pernah kita penyokong-penyokong PH viralkan pada May 2020 yg lalu.

7) Dalam audio-video ini terang-terang PT95 dengan SETAN dan TANPA RASA BERSALAH berkata....

"...𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮, 𝘀𝘂𝗽𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗼 "𝗙𝗜𝗖𝗞𝗟𝗘", 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 𝘀𝗮𝗷𝗮..𝗗𝗜𝗔 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗬𝗔..".

8) Makhluk macamni yg #K3 Amanah dan DAP masih sayang, tak boleh "let go" sehingga sanggup merosakkan hubungan dgn DSAI dan Keadilan / PKR? Apa penting sangat ke PT95 ni sehingga layak dibiarkan berantakan muafakat PH dikerjakannya?? Harus diingat yg PT95 TIDAK PERNAH MENAFIKAN dia kata dia tak suka DAP dan Anwar sebaliknya mencabar rakaman audio penuh disiarkan. Apa bezanya? Ia TIDAK MENGUBAH FAKTA dia kata "Tak suka DAP, tak suka Anwar" dan "So Fickle" itu pun. Sometimes we "kenot" brainlah.

9) SEKARANG...saya kira PENYOKONG-PENYOKONG PH mesti menuntut PENJELASAN dan ALASAN yg TUNTAS serta masuk akal dari PENJILAT dan PEMBELA PT95 kenapa mereka ketepikan fakta dalam Audio-Video ini. KENAPA dan KERANA APA?

10) Mereka yg patut menyatakan PENDIRIAN dan ALASAN yg munasabah tentang audio-video "So Fickle" ini antaranya ialah....

Mat Sabu, Din Ayub, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanipa Maidin, LGE, Anthony Loke, LCT, Kulasegaran, Tony Pua dan Hannah Yeoh...sekadar menamakan mereka yg seingat saya tak henti-henti melambung-lambung memuji PT95 dan mahukan dia jadi PM semula.

11) Ini termasuklah Anai2 PANtuk yg punya HUBUNGAN RAPAT dgn pemimpin-pemimpin KANAN Amanah yg SEPATUTnya mengemukakan alasan paling munasabah KENAPA mereka KETEPIKAN FAKTA dalam Audio-Video ini lalu terus menyerang, mengherdik, mengutuk, memfitnah, menghina dan perli Pengerusi PH itu sendiri setiap hari di Media Sosial.

12) Apakah nama yg patut diberikan kpd "bentuk tindakan" mereka ini? Adakah namanya ialah : "TANPA RASA BERSALAH melakukan KHIANAT dlm PH??" Dah tak perlu lagi sembunyi, pimpinan #K3 Amanah patut tahu yg PENYOKONG2 tahu dan sedia maklum akan nama-nama ini, lalu sekadar menamakan sebahagian dari mereka antaranya iaitu Mazhar Yusof, Johari Nyamuk, Miqdad Zakaria, Azhar Ledang, Pyol Din, Bakaq Penarik Beca, Jeming Hassan dan beberapa nama lagi yg pernah menerima jawatan lantikan politik di era "boss-boss" mereka berkuasa. Namun mereka ini hanya MINORITI dalam Amanah itu sendiri.

13) Adakah skrg ini kita sedang menghadapi masalah "kelompok kecil" mahu menguasai "kelompok besar" yg disebut oleh Dato' Husam Musa? Lalu sepertimana berulang kali saya sebut, #K3 hanya mahu MENJOLOK KEPUTUSAN MEREKA KE DALAM ANAK TEKAK AHLI2 DAN PENYOKONG AMANAH-DAP?? Ini yg menyebabkan ketidakstabilan muafakat dalam politik.

14) MESTI diingatkan juga bahawa saya TIDAK punya apa2 masalah peribadi dgn mereka yg dinamakan di atas itu, yg ada antaranya saya kenali sekian lama berjuang menentang UMNO BN dan menyokong DSAI. Yg menghairankan apa mandrem PT95 guna sehingga selama berpuluh tahun Macai UMNO BN dan Walaun PA$ gagal "Turn over" mereka sebaliknya mereka "tewas" dgn hanya bisikan sekoq SETAN Tua?

15) 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.....Yg menjadi PERSOALAN dan TANDA SOAL yg besar atau "A Big Question Mark" kenapa golongan MINORITI ini TIDAK DITEGUR, TIDAK DINASIHATI, TIDAK DIHALANG dan TIDAK DIHENTIKAN dari merosakkan muafakat PH dengan melancarkan PROVOKASI terhadap DSAI, PKR dan para PENYOKONG PH yg pro kepada PENGERUSI PH itu?? SIAPA PEMIMPIN AMANAH-DAP YG HARUS MENJAWAP dan BERTANGGUNGJAWAB dalam masalah ini? Description: 🤔Description: 🤔Description: 🤔

16) Takkan ini pun DIANGGAP "𝗹𝗮𝗴𝗮𝟮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗣𝗡"? Sekadar meminjam kata2 Khalid Samad. Adakah mereka itu golongan yg akan menggagalkan (dari dalam PH) usaha DSAI mengembalikan mandat rakyat? Atau mereka memang bersubahat dengan PT95 utk sailang DSAI? Kita TIDAK tahu...!!

Wallahualam.

- Zus Din