APA DIDEDAHKAN EZAM BENAR DAN BETUL


Pendedahan dibuat Ezam Mohamad Noor mengisahkan tentang kebencian OT95 kepada Anwar Ibrahim tepat dan munasabah bukan hal yang direkayasa.

Menurut Ezam OT95 tidak senang dengan sikap tegas Anwar dan benci dengan rasuah semasa menjadi Menteri Kewangan apabila tidak layan kehendak anak OT95 agar menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang bermasalah.

Menurut Ezam beliau mengetahui hal itu dari dekat kerana ketika itu beliau adalah Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan.

OT95 dalam kenyataan kebenciannya kepada Anwar terbaru mengatakan Anwar tidak layak jadi perdana menteri kerana gagal menguruskan kewangan semasa krisis kewangan tahun 1987 lampau. OT95 tidak pun menyebut "kegagalan" itu apabila Anwar tidak bersedia bailout beberapa syarikat milik anak-anaknya yang bermasalah.

Dengan pendedahan Ezam itu ia semakin jelas dan memberi kefahaman kepada umum kenapa OT95 berdendam dan takut dengan Anwar. Ia bukan kerana kelemahan Anwar dalam soal pengurusan kewangan tetapi kerana tidak akur dengan kehendaknya menyelamatkan kroni dan Anwar sangat obses kepada soal integriti tanpa mengira siapa.

Sikap buruk, busuk, huduh, cis OT95 ini terbukti apabila dia juga membenci dan mendendami Abdullah Badawi dan Najib Razak apabila dia mantan PM enggan mengikut telunjuk dan memenuhi kemahuannya. Kalau Muhyiddin sedia menjadi lembu bodoh kepadanya mungkin Muhyiddin selamat.

Jangan lupa banyak lagi sikap dan perangai buruk OT95 diungkapkan dalam buku terbaru yang akan siap terbit minggu depan. Kena baca politik Bipolar OT95. Trims.