FINALLY...!! LAMA DAH PENYOKONG2 PH DOK SURUH BUKAN SETAKAT
KHALID SAMAD TAPI #K3 TEGUR PT95
TU. Better late than never...tapi bila
nak tegur Anai-ANAI PANtuk?
Selama ni, selain pemimpin Keadilan, hanya beberapa kerat shj
seperti Ramkarpal Singh, Dato' Husam Musa yg berani tegur PT95. Yg lain mcm
tarak teloq atau respect terlebih kat Org Tua tu.
Tahu pulak Khalid Samad yg bergaduh sesama sendiri tu takde guna
dan tak menguntungkan Pembangkang. Setakat tegur PT95 tak cukup, Anai2 PANtuk
Oren Masam bila hg nak tegoq Lid? Depa ni lah punca penyokong berbalah secara
berpanjangan.
Kalau depa STOP serang PENGERUSI PH, STOP dok promote PT95 ORANG
LUAR dan BUKAN PH tu sehingga mengeji DSAI, kami pun takde sbb nak serang puak
tu.
Sampai ke hari PANtuk ni tarak akai atau #K3 pun sama
biol?
- Zus Din
17 November 2020
***************************************
AMANAH gesa tumpu usaha kembalikan mandat rakyat
Serangan terhadap Anwar tidak membantu
Serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak
membantu sama sekali dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, teguran
bekas Perdana Menteri itu pasti akan dibalas oleh penyokong Anwar yang akhirnya
akan menyebabkan sengketa sesama parti berterusan.
“Kenyataan Mahathir tidak mengambil kira hakikat bahawa Pakatan
Harapan adalah kerajaan yang bersandarkan konsep pertanggung-jawaban bersama
iaitu keputusan bukan di tangan Perdana Menteri seorang.
“Tun sendiri pasti ingat semasa beliau Perdana Menteri,
perbahasan panjang dan mendalam merupakan kebiasaan kami dan ada juga yang
dibuat tidak mengikut pendapat Tun pada asalnya.
“Dalam suasana sekarang, kita perlu menumpu segala kekuatan
untuk menghalang kemaraan PN yang sedang bergerak licik untuk mengekalkan
kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mahathir mendakwa Anwar tidak berkemampuan untuk
memimpin negara terutama ketika berhadapan dengan krisis ekonomi ketika ini.
Beliau berkata, ianya berdasarkan pengalamannya bersama ahli
Parlimen Port Dickson itu ketika mentadbir negara.
Perkara tersebut kemudiannya mendapat respon PKR yang membidas
tokoh berkenaan cuba untuk mengkhianati dan menggagalkan usaha PH menjadi
kerajaan semula.
Malah, ianya merupakan peluang untuk melonjakkan kedudukan
pembangkang bagi mendapatkan kembali kedudukan sebagai kerajaan.
“Kalau PN masih memerintah selepas membentang satu belanjawan
yang terburuk dalam sejarah negara, ianya bukan kerana parti itu kuat.
“Tetapi sebaliknya kerana pembangkang tidak sepakat dan hilang
tumpuan serta sibuk berbalah satu sama lain,” katanya lagi.
https://malaysiadateline.com/amanah-gesa-tumpu-usaha.../...
Zubaidi Sudin
Sangat tepat kena ke batang peliarq ...eh...batang hidung Din Ghuyub sendiri yang mendewa-dewa kan Kepala Penyamun dan Perompak...!!