Kerajaan perlu dengar rintihan pengusaha, pemandu bas terjejas

 

Oleh Fatih Hassan Nordin

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menggesa Kementerian Pengangkutan mendengar rintihan dan mencari jalan bagi membantu pengusaha dan pemandu bas yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tegasnya, kerajaan perlu ada inisiatif yang lebih bersasar untuk membantu mereka. 

Walaupun ratusan juta diperuntukkan untuk pas bulanan MY30, katanya,  ia hanya dapat membantu syarikat GLC, Prasarana dan bukannya pengusaha bas persendirian.

“Janganlah tunggu sehingga pemandu bas sekolah terpaksa memohon pertolongan daripada Ustaz Ebit Lew. 

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew yang membantu rakyat di merata tempat. 

“Saya pun mencontohi beliau namun saya hanya mampu bantu pemandu di Seremban sahaja,” ujarnya pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. — Roketkini.com

No comments: