Penyumbang cukai kerajaan dilanda Covid?
Ipohmali
Top Glove adalah Syarikat Peneraju penghasilan sarung tangan getah.. Top Glove antara Syarikat pengeskport terbesar Dunia produk yg berkait pharmasetikal.. kebetulan Malaysia menguasai 65% penguasaan pasaran Dunia dari produk berkaitan latex..
Ketika banyak Syarikat gergasi seperti Petronas rugi.. Syarikat seperti Supermax, Kossan,Ruberex menjadi penyumbang terbesar jumlah eksport dan cukai kepada Kerajaan mencatatkan keuntungan berganda disebabkan permintaan tinggi seluruh Dunia disebabkan wabak..
Tapi itulah.. Dalam banyak banyak Kilang, Allah datangkan wabak itu di Kilang Top Glove yang menakutkan pekerja mereka…. Kilang yang menyumbang hasil cukai yang besar kepada Kerajaan.. ada ketika kita kena membaca bahasa alam dan petandanya..
Mudah faham..jangan sesekali menzalimi hak peniaga kecil, rakyat bawahan..Ketika mereka dipaksa tutup.. hilang pendapatan..Kilang dan Industri milik kapitalis dibiarkan bebas beroperasi.. Ketika Masjid ditutup., Hiburan dibiarkan.. Nabi kata, Ketika kelompok kaya dan mulia dibiarkan, rakyat biasa dihukum..tunggulah saat kebinasaan..
Apapun..Ia bukan lah gambaran bahawa Kerajaan hari ini Kerajaan yg dirahmati Tuhan sepertimana kata dan pembohongan Mufti Utara.. Sebagaimana aku sentuh bagaimana kita dipandu untuk berfikir dan menjadi kelompok Ulul Albab…
sebagaimana firman Allah..
قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ..
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. .. “
(Surah Al Maidah : ayat 100)