MGID

Kementerian Azmin, Zuraida bazir wang rakyat




Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Azmin Ali sebelum ini dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipimpin oleh Zuraida Kamaruddin ketika ini didapati membelanjakan lebih banyak daripada apa yang diperuntukkan tahun lalu.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata ini berdasarkan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan yang menunjukkan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah menambah bajet kira-kira 21 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan sebelum ini.

"Tahun lalu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi diperuntukkan bajet keseluruhan sebanyak RM2.965 bilion, tetapi kementerian itu menambah RM608 juta lagi, ini adalah peningkatan yang cukup besar iaitu 21 peratus.

"Malah, dalam butiran kategori pemberian dan kenaan bayaran tetap, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menambah perbelanjaan mengurus sebanyak RM39 juta.
"Padahal, anggaran bajet asal untuk perkara yang sama cuma RM160,000. Ini adalah peningkatan super extraordinary iaitu sebanyak 246 kali ganda," katanya di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Wong Chen juga mempersoalkan perbelanjaan berlebihan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan peratusan yang sama dengan Azmin iaitu sebanyak 21 peratus
"KPKT diperuntukkan sebanyak RM4.826 bilion pada 2019. Dalam Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan, KPKT menambah RM1.105 bilion yang menunjukkan ia satu penambahan ketara iaitu sebanyak 21 peratus

"Kita juga boleh lihat dalam butiran kategori pemberian dan kenaan bayaran tetap, KPKT menambah RM611 juta sedangkan anggaran asal untuk perkara sama adalah RM900 juta. Ini juga satu peningkatan cukup besar iaitu sebanyak 68 peratus," katanya.

Wong Chen turut berpandangan bahawa Zuraida gagal menguruskan perbelanjaan dengan baik untuk syarikat milik kerajaan di bawah kementeriannya iaitu SWCorp
"Saya memahami tambahan ini adalah untuk keperluan konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dibawah SWCorp.

"SWCorp adalah syarikat milik kerajaan dan rakyat perlu tahu sama ada terdapat konsesi baru yang telah diberikan kepada syarikat ini.

"Kalau peruntukan baru dalam 10 atau 20 peratus kita boleh faham, tetapi kalau bajet asal RM100 juta tiba-tiba naik sampai RM342 juta, apa alasannya naik mendadak?
"Mungkin ada faktor sosioekonomi, tetapi penambahan ini terlalu banyak dan tidak ada fiskal disiplin langsung.

"Dalam perancangan bajet sebelum ini, KPKT cuma minta RM900 juta, padahal SWCorp tiap-tiap tahun bajet lebih kurang sama, tetapi kali ini minta RM1.18 bilion, sangat tak masuk akal," katanya.


Kerajaan PH terlalu singkat, pulangkan mandat rakyat baru nilai prestasi



 

Kritikan kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal sama sekali memerintah negara selama 22 bulan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu tidak menepati piawaian akademik.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi, hanya orang yang tidak faham menilai perjalanan pentadbiran kerajaan akan menganggap PH telah gagal. Sedangkan, katanya, tempoh tersebut amat singkat untuk diukur dari segi kemampuan atau kejayaan pemerintahan.

"Tempoh 22 bulan ini lama ke pendek? PH perintah 22 bulan, apakah secara ilmiah adil untuk memberi penilaian bagi kerja-kerja 22 bulan?

"Kalau mahasiswa tak grade (tamat) lagi. Baru dua semesta. Tak tau ke mana. Kalau kerjaya undang-undang, jadi peguam, tahun 4 baru belajar prosedur, civil procedure. Keluar, belum boleh practise, kena buat chambering dulu.

"Bagi saya, suatu pengkhianatan terhadap usaha PH (dengan menggulingkan kerajaan) yang baru cuba ambil alih negara. Ibarat ambil alih rumah nak runtuh. Masuk (ke rumah) tiang nak patah. Nak baiki yang itu tak selesai lagi, bagaimana yang lain?

"Jadi tempoh PH amat pendek untuk dinilai berbanding BN yang perintah 60 tahun," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia (GRM), malam tadi.

Dr Razali yang merupakan mantan Presiden ABIM pertama sebaliknya menempelak BN, setelah memerintah selama 61 tahun mengapakah pada 9 Mei 2018 mereka dijatuhkan oleh rakyat?

Katanya, jika rekod BN amat baik maka rakyat akan menyambung mandat gabungan itu, bukan menyahkannya dari tampuk kuasa.

"Di hujung 61 tahun rakyat tak puas hati (terhadap BN). Sepatutnya (usia) 61 tahun ini BN boleh menang 101%. Tetapi apa jadi, lepas 61 tahun, mereka jatuh.

"Jadi adilkah menilai kerja PH selama 22 bulan? Kalau nak adil penilaian dari segi akademik, bagi balik kerajaan (kembalikan mandat) sampai habis penggal. Barulah nilai," sinisnya.

Kerajaan PH digulingkan dalam rampasan kuasa Langkah Sheraton pada Februari lalu. Sejak itu, penyokong kerajaan Perikatan Nasional saban hari mendakwa PH gagal total dalam pemerintahan, biar pun PH telah membariskan berpuluh-puluh kejayaan pembaharuan dasar dan memenuhi sebahagian janji manifesto PRU 14 lalu.

Untuk rekod, Prof Dr Razali Nawawi merupakan penyokong kuat gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

Beliau merupakan Presiden pertama ABIM pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Anwar dilantik sebagai Setiausaha Agung.



HISHAMUDDIN DIDENDA RM250 SAHAJA




Denda RM1,000 yang dikenakan terhadap mana-mana individu yang gagal memakai pelitup muka di tempat-tempat awam dilihat sebagai satu hukuman yang tidak adil dan berat sebelah.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berpendapat bahawa denda yang dikenakan mempunyai kesan yang besar kepada orang awam, berbanding denda yang dikenakan terhadap golongan elit.

"Seorang budak lelaki menangis selepas polis mengenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul amat menyentuh hati rakyat. Pada masa sama, golongan elit boleh terlepas dengan membayar denda ataupun langsung tidak dikenakan tindakan.

"Sebagai contoh, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudah dilantik sebagai ahli parlimen sejak 1995 dan kini menjadi menteri kanan hanya didenda RM250 kerana menghisap vape secara terbuka di Dewan Rakyat.

"Rakyat pastinya kecewa dengan sikap 'double standard' yang dipraktikkan oleh kerajaan," menurut kenyataan itu.

Justeru, Kelvin dan Shu Qi menggesa kerajaan supaya mengurangkan denda RM1000 kepada RM250 dan mendesak semua ahli parlimen menyokong petisyen tersebut.

"Kami berpendapat denda RM1,000 terlalu melampau untuk rakyat biasa dalam keadaan ekonomi ketika ini. Oleh itu, kami mencadangkan denda RM1,000 dikurangkan kepada RM250. Denda ini sepatutnya untuk mendidik, bukan menghukum.

"Tambahan pula, RM250 sangat bermakna bagi kebanyakan keluarga B40 pada masa sukar ini ketika mereka berusaha mendapatkan bekalan pelitup muka yang mencukupi.

"Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan denda secepat mungkin. Rakyat mahukan pendekatan yang adil dari kerajaan," katanya.



Aktifkan kembali Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat - AMK




Kerajaan digesa untuk mengaktifkan semula Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat dalam usaha memperkuatkan penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras salah laku, rasuah dan penyelewengan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata badan itu amat diperlukan bagi menyediakan saluran yang tepat untuk melaporkan salah laku.
"Kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang menyaran agar laporan dibuat menggunakan saluran yang tepat seolah-olah beliau tidak memahami apa yang berlaku kepada Asri Janggut dan juga nasib pemberi-pemberi maklumat yang lain
"Permasalahan ini seperti tiada tindakan diambil terhadap aduan yang dikemukakan atau yang lebih malang apabila maklumat si pengadu yang bocor sehingga mendatangkan risiko kepada pemberi maklumat bukanlah sesuatu perkara yang baru.
"Pengalaman dalam pendedahan kes-kes salah laku NFC, 1MDB, MARA, Tabung Haji dan lain-lain seperti yang didedahkan oleh sdr Rafizi atau saya sendiri dalam pendedahan penyelewengan YaPEIM sebelum ini, pemberi maklumat telah mencuba saluran rasmi dan pendedahan kepada umum merupakan jalan yang terakhir.
"Gesaan agar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblowers Protection Act) perlulah diambil serius dengan mengambil semua pandangan secara holistik," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan yang dibuat Asri mengenai premis perjudian haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.
Pada masa sama, Akmal menegaskan isu aktiviti haram perlu diteliti dengan lebih mendalam.
"Kita kena akui, kegiatan jenayah akan terus wujud dalam masyarakat dan peranan pihak Penguatkuasa seperti PDRM, SPRM, PBT dan lain-lain amat diperlukan
"Cuma kelazimannya, apabila keadaan lebih reda, isu ini akan berlalu begitu sahaja sekiranya kita tidak terus memperjuangkannya.
"Maka, kesedaran awam mengenai usaha pembanterasan aktiviti perlu dilakukan sepanjang masa dan masyarakat dilibatkan bersama," katanya
Malah, Akmal juga menyarankan supaya peruntukan tambahan untuk agensi-agensi penguatkuasaan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.
"Ini terutamanya melibatkan peningkatan kemahiran, penggunaan teknologi serta kebajikan anggota polis, SPRM secara amnya.

"Sekiranya undang-undang sedia ada tidak mencukupi, maka perlulah dilibatkan pembuat-pembuat dasar secara keseluruhan, tidak kira kerajaan atau pembangkang.
"Bebanan ini perlu dipikul bersama demi keadaan masyarakat yang lebih baik," katanya.

Pas-BN Terengganu tidak ‘sebulu’, Muafakat Nasional retak menanti belah

Pas-BN Terengganu tidak ‘sebulu’, Muafakat Nasional retak menanti belah
Nazhan Zulkifli
Muafakat Nasional (MN) di Terengganu ibarat retak menanti belah seperti dapat dilihat dalam pertengkaran antara bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno negeri dengan Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak semalam.
Ketua AMK Terengganu, Nazhan Zulkifli berkata, pergaduhan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memberi petunjuk besar bahawa pimpinan Pas dan BN tidak ‘sebulu’ dalam MN apa lagi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Tindakan ADUN Kijal (Ahmad Said) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Terengganu menunjukkan ada unsur perpecahan MN di Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, DUN Terengganu kecoh seketika apabila Dr Alias yang merupakan Exco kerajaan negeri turut bangun menempelak kembali Ahmad Said yang menyebut “Kalau nak gaduh boleh.”
Mengulas lanjut Nazhan menyifatkan Pas dan Umno seolah-olah menggadaikan nasib rakyat Terengganu dengan isu penyelewengan wang rakyat.
“Kita masih belum melupakan tragedi stadium runtuh di Stadium Sultan Mizan yang berlaku pada 2009 di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu, selain projek mega seperti Taman Ilmu Tembila di Besut serta Kompleks Bebas Cukai di Kenyir yang sehingga sekarang masih tiada khabar berita,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kes siasatan projek ‘sakit’ di Terengganu selain menyiasat juga isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said.
“Kita tidak boleh membiarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan wang rakyat dibiarkan terlepas begitu sahaja.
“Sidang DUN Terengganu ini menampakkan betapa ahli politik di Terengganu kini sibuk bercakaran demi kuasa dan pangkat.
“Saya bersetuju tindakan ADUN Kijal mempersoalkan pimpinan kerajaan negeri namun beliau juga sepatutnya berani mempersoalkan projek-projek ‘sakit’ yang bermasalah di Terengganu satu ketika dahulu,” bidasnya.
Pemerhati politik sebelum ini menyifatkan hubungan antara Umno dan Pas dalam MN di Terengganu bakal bergoncang jika formula pembahagian kerusi tidak memuaskan hati mana-mana pihak.
Sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini bulan lalu, kepimpinan tertinggi Umno dikatakan mendesak supaya PRU-15 diadakan segera.
Pas Terengganu pula mengeluarkan pengarahan supaya jentera pilihan raya mereka bersiap sedia menghadapi PRU-15.

Mohd Sabu tawar RM10 juta agar Tun tarik balik calon, jangan senyum…

Mohd Sabu tawar RM10 juta agar Tun tarik balik calon, jangan senyum…
Mohamad Sabu (kiri sekali) ketika Amir Khusyairi diperkenalkan sebagai calon PRK Slim.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyindir, beliau akan menawarkan Tun Dr Mahathir Mohamad RM10 juta sekiranya calon Parti Pejuang menarik diri, namun mengingatkan agar Pengerusi parti itu jangan tersenyum bimbang didakwa rasuah.
Secara sinis beliau berkata, seperti kes projek terowong dasar laut, Lim Guan Eng sendiri didakwa terlibat dengan rasuah hanya kerana ‘tersenyum’ apabila ditawarkan 10 peratus daripada keuntungan projek tersebut.
Tun kalau calon Pejuang ini tarik diri, saya akan hadiahkan RM10 juta.
“Jangan senyum Tun, senyum rasuah.
“Jangan senyum, ini tak boleh. Nanti ada orang ambik gambar, boleh didakwa kerana saya menawarkan RM10 juta dan Tun senyum,” katanya dalam ceramah di Slim River semalam.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, ketika ini senyum sahaja sudah boleh kaitkan seseorang dengan rasuah
“Tadi diceritakan bahawa bekas Perdana Menteri dituduh rasuah dan didapati bersalah. Melayu yang kena, awat Cina tak rasuah ke?
“Ingat Cina tak rasuah? Tengok Lim Guan Eng. Dia rasuah lagi besar sebab bila ditawarkan kepada beliau, kalau jadi projek itu, nak dihadiahkan 10 peratus.
“Lim Guan Eng senyum. Senyum itu dianggap rasuah,” katanya lagi.
Terdahulu, berhubung isu rasuah projek terowong dasar laut, kenyataan saksi pendakwa menyebutkan bahawa LGE tidak berkata “tidak” dan tersenyum ketika ditawarkan 10 peratus dari keuntungan projek itu kepadanya ketika bersama di dalam kereta.
Dilaporkan, bukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang meminta, tetapi saksi tersebut yang cuba menawarkan.
Lim juga dilaporkan tidak berkata “Ya”, cuma beliau ‘gagal berkata tidak’ tetapi hanya senyum sahaja ketika ditawarkan oleh saksi tersebut.
Malah, tiada bukti transaksi, tiada wang yang dirampas, dan tiada saksi lain yang berada di dalam kereta tersebut. Sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa.


KUTUK POLIS TAK SOLAT, USTAZ DIA KAFIR MENGKAFIR?

‘Kerajaan PN jadikan jawatan GLC ganjaran politik kekalkan kuasa’


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap ahli Parlimen Bagan, Saudara Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 13.8.2020
Penjelasan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa melantik ahli politik untuk mengetuai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dapat membantu memberikan “semak dan imbang” supaya GLC dan Badan Berkanun selari dengan dasar dan aspirasi Kerajaan, bertentangan dengan tadbir urus korporat yang baik . Kerajaan sekarang telah menukar semula dasar PH untuk tidak melantik ahli politik ke GLC.
PH hanya melantik ahli politik untuk berkhidmat di Badan Berkanun yang bertanggungjawab sebagai regulator ataupun badan kawalselia. Badan Berkanun umumnya tidak terlibat dalam perniagaan dan mempunyai kontrak terhad untuk ditawarkan daripada segi skop dan saiz. Melalui pemerhatian, pengurusan atau prestasi GLC tanpa ahli politik di bawah PH berbanding GLC dengan ahli politik di bawah BN, GLC yang diketuai atau terdiri daripada pengarah ahli politik pada umumnya tidak bersungguh dalam memastikan tadbir urus korporat yang baik, terutama dalam menghukum penyelewengan kewangan atau salahlaku.
Melantik ahli politik sebagai pengarah dan pengerusi GLC kerana ada “kesesuaian dan kewajaran” dengan kepakaran, pengalaman, integriti, dan bertanggungjawab adalah tidak masuk akal, kerana ahli politik sudah pasti tidak lebih mahir atau berpengetahuan daripada golongan pakar atau profesional. Sudah diketahui umum bahawa ahli politik mempunyai keutamaan yang berbeza ketika mereka berada di GLC, dibandingkan dengan pengarah profesional dan pakar yang fokus pada peningkatan prestasi syarikat.
GLC masih boleh digesa untuk mematuhi dasar kerajaan melalui arahan Menteri atau kehadiran pegawai kanan Kementerian yang dilantik sebagai pengarah. Justeru, tiada keperluan melantik ahli politik untuk memastikan bahawa dasar Kerajaan dipatuhi.
Kerajaan PN sekarang telah menjadikan pelantikan Ahli Parlimen ke dalam GLC sebagai satu bentuk ganjaran politik untuk mengekalkan kekuasaan mereka yang rapuh dengan majoriti parlimen sekadar dua kerusi. Setakat ini, 17 lantikan sedemikian telah dibuat. Walaupun Ahli Parlimen ini akan menikmati kelebihan dan keistimewaan jawatan di GLC, bagaimana pula lantikan mereka ini akan memberi manfaat kepada GLC?
Adakah pengarah atau pengerusi GLC daripada ahli politik masih akan membongkar atau menyiasat banyak kesalahan kewangan yang didedahkan oleh pengarah professional GLC di bawah PH semasa 22 bulan sebelum ini? Adakah GLC dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi korporat GLC, untuk memastikan bahawa ia adalah penjaga dana awam yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan yang melibatkan puluhan bilion Ringgit yang memberi faedah kepada rakyat?
Atau adakah GLC hanya akan digunakan sebagai alat politik dan untuk menaja makan tengah hari mewah berharga RM6,525 untuk Ahli Parlimen Kerajaan, seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu, Prabakaran, dengan pembaziran begitu banyak makanan sehingga perlu dibungkus pulang? 



LIANA DIANA

Pada mula niatnya hendak bocorkan mesin judi haram, bila da famous dia pula mengeluarkan kenyataan bermacam-macam, sampai hina pasukan polis lagi... Skrg ramai pula yang korek sejarah ttg dia.😅😅

Image may contain: 1 person, close-up, text that says "REKOD JENAYAH LAMPAU "ASRI JANGGUT" SEKSYEN 330 KANUN KESEKSAAN UGUT MENDATANGKAN KECEDERAAN SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN MEMUKUL ISTERI, MENYELEWENG DUIT SYARIKAT, DAN UGUT PEKERJA"

TAK KAN NAK SURUH KJ BERTANDING PD PULAK?

SEDIA JALAN KELUAR BAGI PENIAGA KECIL

BAYARAN KEPADA ISTERI GUAN ENG ATAS PERKHIDMATAN, APA MASALAHNYA?

BERSATU ,PARTI YANG SEMAKIN TIADA MASA DEPAN


Sekurang-kurangnya dua perkara sedang menggugat kedudukan Bersatu ketika ini.
Pertama, kewujudan parti baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad.
Kedua, keengganan UMNO menyertai Perikatan Nasional atau PN, jauh sekali untuk parti yang kalah pilihanraya itu mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu.
Kedua-dua gugatan itu secara langsung dan tidak langsung turut sama menggugat kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Sejak Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru dan semalam ia sudah diumumkan dengan nama Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang, sudah ramai mereka daripada Bersatu menyertai parti itu.
Selain ada yang menyertainya atas nama individu, ramai juga yang keluar bersama pimpinan di sesebuah bahagian yang sekaligus menyebabkan bahagian Bersatu itu lumpuh atau terbubar.
Keadaan ini dijangka akan berterusan, apa lagi jika setelah Tun Mahathir menjelajah ke seluruh negara selepas ini untuk memperkenalkan parti barunya itu.
Faktor lain yang menyebabkan ramai meninggalkan Bersatu adalah kerana merasakan parti itu sudah tersasar hala tuju perjuangannya sejak ia bergabung dengan UMNO dan Pas untuk menubuhkan kerajaan PN.
Penggabungan dengan UMNO khususnya, menjadikan perjuangan Bersatu untuk melawan rasuah dan kleptokrasi selama ini, terutama dalam isu 1MDB jadi tersimpan di dalam almari berikutan kedua-duanya sudah saling bergandingan atas kepentingan diri masing-masing.
Dengan itu, mereka yang ingin terus berjuang dengan kemurnian hati tentu saja lebih selesa memilih meninggalkan Bersatu daripada terus kekal di dalamnya, kecuali golongan pencari projek dan penagih kedudukan dalam kerajaan.
Mahu tidak mahu, dengan trend keluar Bersatu yang melanda sekarang ini, parti itu dipercayai akan terus mengecil dan tiada lagi tarikan untuk disertai.
Sementara setiap hari kita dengar di saja sini mereka yang keluar parti, adakah kita dengar penyertaan baru orang-orang biasa masuk Bersatu?
Yang kedua, berikutan UMNO enggan menyertai PN dan Pas juga disahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mengikut jejak yang sama, apa nasib Bersatu selepas ini?
Dalam piihanraya akan datang, dalam soal pembahagian kerusi misalnya, tanpa berkawan dengan UMNO dan Pas, di mana Bersatu mahu bertanding?
Kalau bertanding pula, tanpa sokongan dan bantuan jentera UMNO serta Pas, berapa kerusi yang Bersatu boleh menang?
Dalam hal ini, selain enggan menyertai PN, harapan sebenar UMNO ialah agar Bersatu setuju menyertai MN sebagai ahli baru.
Dengan Bersatu berada di dalam MN, UMNO sebagai “abang besar” dalam gabungan itu dapat mengawal keadaan dan mampu bersuara lebih tinggi dari segi pembahagian kerusi.
UMNO dikatakan hanya sedia memberi ruang kepada Bersatu paling sebanyak 13 kerusi saja iaitu jumlah kerusi yang dimenanginya parti itu bersama PH dalam PRU14 lalu.
UMNO sama sekali enggan bekerjasama dengan Kumpulan Azmin Ali, manakala kerusi yang dimenangi oleh Kumpulan Hamzah Zainuddin yang kini berada di dalam Bersatu, semuanya mahu diambil balik oleh parti itu.
Sebagai parti yang Presidennya menjadi Perdana Menteri, diberi laluan hanya bertanding 13 kerusi adalah sesuatu yang mengaibkan bagi Bersatu.
Itu pun, daripada 13 kerusi tersebut, dengan kedudukan Bersatu tiada akar umbi dan jumlah cawangan yang sedikit, tentu saja mustahil untuk memenangi kesemuanya.
Dalam erti kata yang lain, bekerjasamanya UMNO dengan Bersatu bukan untuk mereka menghidupkan parti itu, tetap lebih bertujuan untuk “membunuhnya”.
Oleh kerana sudah biasa berkuasa selama lebih 60 tahun, UMNO sebetulnya mahu merampas kembali kerusi Perdana Menteri itu buat mereka.
Kalau tidak bersama dengan UMNO dan Pas pula, ke mana lagi Bersatu mahu pergi?
Makna kata, dalam apa keadaan sekali pun, Bersatu ketika ini sedang berada di tepi gaung yang bahaya dan selepas PRU15 akan datang, ia mungkin hanya tinggal nama saja lagi.
Bersatu, walaupun ketika ini dilihat sebagai tunjang kerajaan PN, ia adalah parti yang tiada masa depan lagi selepas ini, sebaliknya cahaya di hujung terowong lebih cerah buat UMNO, meski pada hakikatnya Bersatulah yang menyelamatkan UMNO yang telah tersungkur kalah dalam PRU lalu. (Shahbudindotcom 13/08/2020)

(function() { var d = document, w = window; w

[🔥SIRI 32🔥] "POLEMIK BUKU TEKS SEJARAH: ALAT PENCERAHAN ATAU PROPAGANDA?"