Kerajaan
digesa untuk mengaktifkan semula Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat dalam
usaha memperkuatkan penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras salah laku,
rasuah dan penyelewengan.
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata badan itu amat diperlukan bagi
menyediakan saluran yang tepat untuk melaporkan salah laku.
"Kenyataan
Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang menyaran agar laporan
dibuat menggunakan saluran yang tepat seolah-olah beliau tidak memahami apa
yang berlaku kepada Asri Janggut dan juga nasib pemberi-pemberi maklumat yang
lain
"Permasalahan
ini seperti tiada tindakan diambil terhadap aduan yang dikemukakan atau yang
lebih malang apabila maklumat si pengadu yang bocor sehingga mendatangkan
risiko kepada pemberi maklumat bukanlah sesuatu perkara yang baru.
"Pengalaman
dalam pendedahan kes-kes salah laku NFC, 1MDB, MARA, Tabung Haji dan lain-lain
seperti yang didedahkan oleh sdr Rafizi atau saya sendiri dalam pendedahan
penyelewengan YaPEIM sebelum ini, pemberi maklumat telah mencuba saluran rasmi
dan pendedahan kepada umum merupakan jalan yang terakhir.
"Gesaan
agar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblowers Protection Act)
perlulah diambil serius dengan mengambil semua pandangan secara holistik,"
katanya dalam kenyataan.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas pendedahan yang dibuat Asri mengenai premis
perjudian haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.
Pada masa
sama, Akmal menegaskan isu aktiviti haram perlu diteliti dengan lebih mendalam.
"Kita
kena akui, kegiatan jenayah akan terus wujud dalam masyarakat dan peranan pihak
Penguatkuasa seperti PDRM, SPRM, PBT dan lain-lain amat diperlukan
"Cuma
kelazimannya, apabila keadaan lebih reda, isu ini akan berlalu begitu sahaja
sekiranya kita tidak terus memperjuangkannya.
"Maka,
kesedaran awam mengenai usaha pembanterasan aktiviti perlu dilakukan sepanjang
masa dan masyarakat dilibatkan bersama," katanya
Malah, Akmal
juga menyarankan supaya peruntukan tambahan untuk agensi-agensi penguatkuasaan
dipertimbangkan dari semasa ke semasa.
"Ini
terutamanya melibatkan peningkatan kemahiran, penggunaan teknologi serta
kebajikan anggota polis, SPRM secara amnya.
"Sekiranya
undang-undang sedia ada tidak mencukupi, maka perlulah dilibatkan
pembuat-pembuat dasar secara keseluruhan, tidak kira kerajaan atau pembangkang.
"Bebanan
ini perlu dipikul bersama demi keadaan masyarakat yang lebih baik,"
katanya.