Sedia jalan keluar bagi peniaga kecil
Ipohmali
Semalam ada baca post Ds Anwar Ibrahim, Dia minta Dato’ Menteri Besar Selangor dan telah menasihatkan beliau untuk mengambil tindakan tegas melibatkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di majlis bandaraya…Kalau Boleh Ds Anwar jangan terlibat cubaan meletakkan semua kesalahan atas penguatkuasa terutama PDRM..
Aku berharap pandangan Ds Anwar lebih tajam dalam Politik.. Mendapatkan Nasihat dan pandangan yang betul.Jangan terperangkap dengan naratif yang cuba dicipta kelompok pro Kerajaan tentang Rasuah.. Rasuah ini melibatkan Soal sistem..yang diharus diberi penekanan, Kerajaan perlu mengangkat cadangan penubuhan.. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) .. Begitu Juga Cadangan Pilihanraya Kerajaan tempatan..
Adalah lebih baik Ds Anwar Ibrahim mengangkat masalah peniaga kecil, Peniaga Jalanan yang berhadapan dengan masalah Ekonomi….Mereka yang tertindas dibawah dari peristiwa ini. ini masalah sebenar PBT…Itu lebih tepat dan mendekati masalah Rakyat… Sewajar Ds Anwar Ibrahim turun ke lapangan,bertemu dengan mendengar sendiri masalah dan rungutan Peniaga kecil..Dan Selesaikan masalah mereka…
Ini bukan bermakna aku bersetuju dengan Peniaga tanpa lesen..Tetapi bagaimana PH sebagai pemerintah, terutama berkuasa keatas PBT menyelesaikan masalah Peniaga kecil..Peniaga Jalanan.. Begitu juga Biokrasi yang sering dihadapi mereka dengan kelompok PBT., terutama melibatkan lesen… Masalah seperti inilah PKR dan PH perlu menjadi juaranya..
Kenapa tidak digunakan Kekuatan Kewangan Kerajaaan Selangor..Melabur dalam pembangunan,kawasan dikawasan Stategik tempat dan kawasan Penjaja yang lebih modern dan tersusun.. Itulah guna Politik.. Tnjukkan Model Kepedulian Ekonomi..
Jangan terperangkap dengan naratif mereka memburukkan Penguatkuasa MBSA, PDRM..biarpun kita tak nafikan dalam mana mana agensi penguatkuasa,PBT ada rasuah.. Tetapi itu bukan fokus Utama..
PH seharus menunjukkan model penyelesaian tentang Peniaga jalanan.. Kerajaan negeri boleh bertemu..Bantu dari sudut kewangan dengan bantuan Agensi Negeri atau memusatkan satu penempatan, Membina kawasan Penjaja yang lebih tersusun dan Teratur..
Jangan sebab esok Tindakan PBT atau MBSA melarang mereka berniaga, Kerajaan PH akan dipersalah.. Disini aku rasa Ds Anwar harus lebih bijak membaca strategi halus Politik lawan..dan mendapat Nasihat Politik dengan betul.. dan memhami masalah rakyat dibawah dengan lebih dekat…
bagi aku antara model terbaik penjaja Jalanan ini, Aku lihat suasananya bandar Georg Town di Pulau Pinang.. Keadaaannya Bersih dan tersusun,Peniaga tidak sewenang wenangnya berniaga di Jalanan,Kawalan PBT bagi aku cukup baik..Peniaga Tradisi yang berniaga dari atas Basikal..Motor, yang bergerak Di tepi Jalan, Di lorong lorong diurus dengan baik… malah konsep Peniaga Jalanan dan tradisi ini menjadi Konsep pelancongan bagi Pulau Pinang..
Masa inilah PKR mahupun PH berpeluang memperlihatkan model Kerajaan PH.. Jangan seronok mendengar laporan Indah Menteri besar..Datuk bandar, Ahli majlis PBT yang dilantik dari kalangan ahli Politik… Masa inilah Ds Anwar memperlihatkan sifat yang selalu disebut..Kepedulian dalam Ekonomi… Sepatutnya PH kena bijak mendekati Rakyat Dibawah