1. Nama Asri Janggut ni disebut-sebut sehari dua ini apabila dia buat pendedahan pasal operasi mesin kuda di kawasan sekitar tempat ‘stall’ burger dia kena kacau.
2. Kemudian ramailah yang puji dan kagum dengan keberanian dia mendedahkan hal-hal yang dilihat ada hubungkait dengan rasuah dan salah guna kuasa.
3. Sampai Menteri KDN pun turun nak ambil milege politik sebab nampak netizen puji dia melambung.
4. Ketua Polis Negara pun panggil dia kalau-kalau dia betul-betul ada maklumat yang boleh disampaikan untuk banteras masalah ni.
5. Pada masa sama, ramai jugalah yang stalk FB Si Asri ni. Ada lah satu status dia yang sebut Haji Hadi tu Ketua dia. Langsunglah orang kaitkan dia sebagai orang PAS.
6. Dengan pakaian PPIM kita dah boleh agak modus operandi dan cara mereka ni membawa isu bagaimana. Macam Yusuf Azmi sebelum ni yang komited dengan terjah-terjah.
7. Dia akhirnya berhenti apabila ada yang mengaitkannya membuat duit hasil daripada kes-kes yang dibawa.
8. Kali ini, Asri Janggut pula. Elok-elok orang puji, dia buat hal keluar kenyataan menghina polis dan askar dengan perkara yang tak sepatutnya disebut.
9. Soal ibadah orang ni adalah antara individu tersebut dengan Tuhan. Jadi dia tak sepatutnya lah pergi sampai nak persoal orang Solat Subuh ke tidak, tanya syahadah anak-anak ke tidak, bawa isteri solat subuh ke tidak.
10. Apa yang perlu kita faham, inilah cara fikir orang-orang yang suka menilai orang lain berdasarkan kayu ukur yang dia sendiri buat.
11. Pendek kata beginilah cara orang PAS kebanyakannya membuat penilaian terhadap orang lain.
12. Sebab itu mereka ini cukup tak boleh terima kalau ada Melayu yang nak bawa mesej perpaduan, mesej pendamaian. Mereka tak senang duduk. Kerana bagi mereka perkara itu boleh melemahkan keIslaman mereka.
13. Kita pun pelik. Dan pemikiran ini terbawa-bawa sehingga dia fikir sesiapa yang tak ikut macam mana yang dia buat, tak sama dengan apa yang dia fikir, orang itu kurang Islamnya, tak sempurna level imannya dengan dia.
14. Inilah bahaya bila kita biarkan orang-orang begini ada dalam masyarakat. Apa lagi menjadi pemimpin masyarakat.
15. Apapun niat nak banteras benda-benda merosakkan ini kita hargai tapi kalau sampai menghina orang dan cakap yang bukan-bukan itu memang keji.
Dr Razam Ramli.