KERJA KERAJAAN BN MEMBANGKRAPKAN NEGARA



DUIT RASUAH, DUIT YANG TIDAK DI MASUK CUKAI YANG DI PINDAH SECARA HARAM KELUAR..

Anwar yakin pilihan raya serentak beri kelebihan pembangkang

23/01/2011 7:11pm

KUALA LUMPUR, 23 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.

Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.

"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata, pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen. - Bernama

Apa tunggu lagi, bagi roboh itu Umno


http://www.paschabau.net/

Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini. Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas. Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin.

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.

"Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension.

"Macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita dapat air percuma, cukuplah. Kalau ada lebih nanti, mungkin banyak lagi yang kita akan dapat, okeylah tu sikit-sikit dulu ...

"Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru ... untuk lima tahun saja.

"Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan Umno sudahlah.

"Memang kerajaan tak suka orang lawan dia. Mereka guna ISA untuk tutup mulut rakyat. Tapi orang sekarang sudah tak takut lagi. Saya tak ada komputer tapi saya tahu orang lain tekan saja komputer, dapat tahu macam-macam rahsia kerajaan."

Apabila pemandu teksi itu menyebut ISA, isteri saya (Kadir) menyambut pantas: "Suami saya pun pernah ditahan ISA." Beliau juga berulang kali menyatakan kekaguman tidak terhingga kepada "orang tua di Kelantan" yang baginya terlalu hebat. "PAS tak akan kalah selagi ada orang tua itu di Kelantan," ujarnya bersungguh-sungguh. Isteri saya terpaksa menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkali-kali apabila nampak beliau seperti susah sangat hendak mengingati [nama] Menteri Besar Kelantan [itu].

Agaknya berapa banyak rakyat Malaysia yang sependapat dengannya? Dijangkakan jumlahnya semakin hari semakin bertambah. Apatah lagi dengan kegilaan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Dua Laki Bini sekarang ini. Harap-harap percambahan yang condong kepada Pakatan Rakyat itu terus subur sehingga mampu membinasakan UMNO/BN.Anda setuju? Tentulah setuju. Tiada apa yang dapat berselingkuh lagi. Tunggu Apa lagi? Kasi roboh itu UMNO/BN!!!

CERAMAH ANWAR DI TENANG