NUJ RISAU AKHBAR CETAK TAK LAKU

Macamana nak laku..golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang baca akhabar ini.Tambahan pula akhbar ini lebih membawa berita kerajaan dan apa yang sedang berlaku sekarang.Rakyat dah cerdik dan tahu menilai.

Misalnya berita 2 di tangkap curi enjin jet pejuang....akhbar cetak visi kerajaan tulis apa yang menteri cakap bahawa :

1. ada yang berpangkat jeneral terlibat
2.ada menteri cakap kemudiannya hanya pangkat rendah terlibat
3.kemudian yang kena tangkap 2 orang
4. kemudian menteri kata harga bukan 50 juta
5. kemudian lagi menteri kata lagi bahawa enjin tu RM28.8 juta dan 5 Juta
6. kemudian menteri kata enjin itu cuma rm 8 juta sahaja
7.TERAKHIR HARGA ENJIN 303,705..................


Macam ulang tayang peristiwa bukit pelanduk......angkut senapang masuk jep....kan kerajaan buat ulangtayang????Bagaimana kalau rakyat minta kerajaan buat ulangtayang bagaimana kes enjin ini hilang????sorang angkat enjin...seorang lagi tolong bawa jual.....keng...keng...keng


Rakyat fikir kerajaan danmenteri auta kepada rakyat.Rakyat minta tubuh suruhanjaya , kerajaan tak mahu.

JADI KESIMPULANNYA KENAPA AKHBAR CETAK TAK LAKU DI SEBABKAN KENYATAAN TAK BERAPA CERDIK MENTERI DAN AKHBAR IKUT JADI TAK CERDIK DAN CUBA PULA UNTUK MENJADIKAN RAKYAT TAK CERDIK..OLEH KERANA RAKYAT DAH BANYAK YANG SEKOLAH DAN BELAJAR TINGGI-TINGGI ..MAKA RAKYAT TAK MAHU DI PERBODOHKAN LAGI...



MULA-MULA RAKYAT KENA BODOH BILA TILAM NAIK MAHKAMAH...KAH...KAH...KAH.....










KENYATAAN MEDIA DSAI


>


Kenyataan Media Dato' Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi




Kenyataan Media Dato' Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi.


Responden bagi tuntutan ini ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

---KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA---
Tarikh: 7hb Januari 2010



Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.


Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.


Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.


Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.


Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.


Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.


Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.
Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.


Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

ANWAR IBRAHIM
###
Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:
-- Sekian, terima kasih


"MENUJU MALAYSIA BARU"

Abdul Latif Bin AbdullahSetiausaha KerjaParti KeADILan Rakyat
Pejabat:Perhubungan Negeri Pulau Pinang
15A Tingkat 1,Jalan Todak 4,
Bandar Sunway,
13700 Seberang Jaya.
Email : sukpenang@gmail.com
H/P: 019.560.5755Ofis: 04.397.0115Faks : 04.397.0116
Web Rasmi PKR Pulau Pinang : http://keadilanpenang.com/


LETAK JAWATAN JADI DUTA SEPENUH MASA

Jamaluddin Jarjis perlu letak jawatan, kata Mohd Nor

Thursday, 07 January 2010 10:54 AM Oleh Roziyah Mahamad dan Masdar R Arifudin

Hadirin dalam majlis hanya mendengar dan melihat Jamaluddin Jarjis di layar skrin besar sahaja.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dinasihatkan perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat dikawasannya. Dalam suasana rakyat dihimpit dengan pelbagai bebanan khususnya bagi peneroka felda, beliau seharusnya bersama-sama dengan rakyat tempatan demi memperjuangkan dan membela hak rakyat.
"Sebagai seorang wakil rakyat penting bagi dia untuk melihat masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat orangf asli dan peneroka felda? Kalau tak ambil peduli apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat," Mohd Nor Jaafar menluahkan perkara ini ketika dihubungi era pakatan.
Menurut Timbalan Pengerusi 1, PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan felda. Jamaluddin sebagai seorang wakil rakyat perlu mengambil inisiatif dan cuba menyelesaikan masalah penduduk felda dan orang asli di kawasan beliau.
Pertindihan tugas sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amarika Syarikat merupakan salah satu penyebab terabainya tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin. Dalam satu blog mendedahkan yang Jamaluddin hanya berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku ketika program penyerahan bantuan beg sekolah dan t'shirt yang telah diadakan di sekolah kebangsaan LKTP Keratong.
"Bagi saya setiap calon samada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil kepada rakyat harus menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Pakatan Rakyan sendiri pun sekiranya menang dinasihatkan menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai wakil rakyat kerana itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," jelas Nor Jaafar lagi.
Mohd Nor sebagai berkata, Najib sebagai Perdana Menteri perlu menarik balik jawatan Jamaluddin Jarjis sebagai duta dan membawanya kembali kepada rakyat yang diwakilinya. Jika tidak beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin," jelas Nor Jaafar lagi kepada Era Pakatan.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis dinasihatkan supaya meletakkan jawatannya jika tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik untuk rakyat di kawasan parlimen tersebut.

Dalam suasana rakyat dihimpit pelbagai bebanan khasnya bagi peneroka Felda, beliau seharusnya bersama-sama rakyat tempatan demi membela nasib mereka, kata Timbalan Pengerusi 1 PKR Pahang Mohd Nor Jaafar ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

"Sebagai wakil rakyat, adalah penting bagi beliau untuk melihat sendiri masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat Orang Asli dan peneroka Felda? Kalau tak ambil peduli, apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat?" katanya.

Tambah Mohd Nor, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan Felda dan Jamaluddin perlu mengambil inisiatif dalam rangka mencari penyelesaian terhadap masalah yang melibatkan kedua-dua golongan itu di kawasan beliau sendiri.

Kata beliau, pertindihan tugas Jamaluddin sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amerika Syarikat adalah salah satu punca kepada terabainya tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen Rompin selama ini.

Sebelum ini, sebuah blog telah mendedahkan bahawa Jamaluddin cuma berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku dalam acara penyerahan bantuan beg sekolah dan t-shirt yang diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong.

"Bagi saya, setiap calon sama ada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil rakyat haruslah menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin. Pakatan Rakyat sendiri pun kalau menang dalam pilihan raya, dinasihatkan supaya menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sebagai wakil rakyat, kerana hal itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," kata beliau lagi.

Mohd Nor mencadangkan supaya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak menarik balik jawatan Jamaluddin sebagai duta lalu membawa ahli parlimen itu kembali berkhidmat kepada rakyat Rompin yang diwakilinya.

"Jika tidak, beliau perlu meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin," tegas Mohd Nor.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

DS NAJIB BENARKAN PERHIMPUNAN ESOK-MONYET BUKAN LAGI MONYET

Tidak boleh halang demo isu 'Allah': Najib



10:36am
Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Selalunya perhimpunan akan di "haramkan", namun kini di "halalkan", jadi nampaknya yang di katakan monyet dahulu bukan lagi monyet nampaknya.Yang di katakan budaya asing bukan lagi budaya asing, yang di katakan sebagai ejen asing pun bukan ejen asing, yang di katakan di taja oleh ejen asing bukan lagi ditaja ejen asing...


Sikap sedemikianlah yang sering di permainkan rakyat kerana kerajaan di lihat double standard dalam beberapa hal.Adakah jika ini di anjurkan oleh pihak yang di persetujui dan tidak pula di halang dan selama ini semuanya tidak di halalkan.


Rakyat mula menilai apa sahaja arahan dan juga perintah yang di keluarkan pemerintah.Jika begini isu pokok utama ialah adakah bantahan ini bertujuan untuk menegakkan agama islam itu atau menjadi medan bagi meraih sokongan agar semuanya di katakan bersatu.

Kita harap isu ini tidak di sertai oleh penyokong pakatan rakyat kerana tujuan di sebaliknya dilihat tidak ikhlas dan jujur untuk mengadakan demontrasi dan dalam masa yang sama pula hak dan keistimewaan islam itu sendiri sepatutnya dijaga lebih dari sekadar mempertahan nama Allah semata-mata demi tujuan lain dan bukan tujuan suci menegakkan agama itu.

Sementara itu Ketua Pembangkang DSAI mengarahkan semua penyokong agar jangan menyertai demontrasi tersebut.Menurut beliau kerajaan mengamalkan sikap double standard dalam membenarkan demontrasi di negara ini.Beliau kemudiannya mempertahankan dakwaan bahawa pengunaan nama Allah boleh di gunakan oleh agama Kristian.

LELONG......LELONG....ENJIN JET UNTUK DI JUAL


HARGA ENJIN LELONG DI PASARAN DARI 28.8 JUTA KE 8 JUTA.....TUKANG ANGKAT DAN TUKANG JUAL KENA TANGKAP ..... 50 JUTA TU HARGA BARU ...BILA DAH LELONG JADI MURAH JA.....SAPA KATA 50 JUTA.....BOLEH TAWAR LAGI KALAU MAU...... SEKUPANG...2 KUPANG.......


SIKIT JA TU..............BELUM SAMPAI BILLION..BILLION PUN

INI ADALAH PEMANDANGAN BIASA GEREJA DI INDONESIA

Facebook: Lebih 100,000 bantah
Gereja Katolik perlu hormati keputusan
'Majlis Raja-Raja perlu bertindak'
Hati-hati luah perasaan, pendapat - Hishammuddin
Spekulasi: Amaran tegas KPN kepada akhbar Cina
Pas lebih utamakan kepentingan politik - NGO
Zulkifli pelik ada Melayu sanggup 'jual' kalimah
MAIS jelaskan isu kalimah Allah
200 ahli NGO berhimpun Kenyataan berdasarkan prinsip Islam bukan kerana keputusan mahkamah - Abdul Hadi
BEZA ANTARA REBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHAN KAN A...
Umno raih simpati rakyat isu 'Allah'
Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

SANI-AKIBAT KECUAIAN PEMANDU-SIAPA YANG HARUS DI SALAHKAN????






































NEGARA PERNAH DI GEMPARKAN DENGAN TRAGEDI BAS SANI YANG TELAH MERAGUT NYAWA.NAMUN DI SEBALIK KEJADIAN INI ADA PERKARA YANG PERLU DI TEGASKAN OLEH PIHAK KERAJAAN TERHADAP UNDANG-UNDANG LALULINTAS TERUTAMANYA YANG MEMBABITKAN RAKYAT.

KEJADIAN MENYAYAT HATI INI BOLEH DI ELAKKAN JIKA KERAJAAN MENGUATKUASAKAN LPKP.AKAN TETAPI "LEMBAGA" INI WUJUD SAMA SEPERTI "LEMBAGA" YANG KAIN, YANG HANYA WUJUD TANPA MEMBERI SEBARANG KESAN .

LIHAT LEMBAGA TABUNG HAJI DAHULU.....BANYAK LAGI LEMBAGA YANG DI WUJUDKAN HANYA PADA NAMA.....

KASIHANILAH MEREKA INI.........





http://www.sinchew-i.com/files/2009/12/26/tcd09122601.gif

http://www.sinchew-i.com/files/2009/12/26/tcd09122602.gif

Tigerbeh