MEDIA AMK PULAU PINANG

6 JANUARI 2010

Isu Nama Allah : AMK Pulau Pinang Gesa PM Letak Jawatan

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) memandang serius kepada siri-siri bantahan umat

Islam di seluruh negara yang meluahkan rasa kesal dan marah mereka, terhadap keputusan Hakim

Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan, Khamis lalu yang membenarkan penggunaan nama ‘Allah’ oleh

penerbitan akhbar mingguan Herald–The Catholic Weekly .

Sebagai sebuah sayap parti politik yang mewakili pelbagai kaum dan agama di Malaysia, AMKPP

melihat isu kontroversi ini boleh menggugat keharmonian dan hubungan antara agama di negara ini,

jika tidak ditangani segera.

Justeru, AMKPP menggesa Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak supaya segera

meletakkan jawatan di atas kegagalan beliau membela isu ini dengan segera. Kegagalan dan

kelembapan tindakan beliau telah menyebabkan ‘ketajaman’ hubungan antara penganut agama Islam

dan Kristian di Malaysia.

AMKPP juga yakin, isu ini tidak lebih hanya mainan politik atau ‘diversion’ yang direka khas oleh

pimpinan UMNO-Barisan Nasional untuk mengalih perhatian rakyat yang marah pada isu kehilangan 2

buah enjin jet milik negara, skandal RM600 ribu yang dibelanjakan isteri PM di luar negara dan yang

terkini, tentang berita kenaikan harga gula yang bakal menyebabkan inflasi serius di seluruh negara.

Kami juga tidak terkejut, andai PM akan diangkat sebagai ‘hero’ umat Islam di negara ini, dengan

‘kejayaan’ beliau menjuarai isu kontroversi ini. Ini juga adalah sebahagian ‘Projek UMNO Juara Rakyat’

yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Isu ini seakan disusun rapi dengan agenda tersembunyi mereka untuk meraih semula undi Melayu-

Islam yang semakin merosot terhadap UMNO-Barisan Nasional. Mereka tahu isu ini amat dekat di hati

umat Islam, dan mereka mahu jadi jaguh ‘segera’, walaupun dalam banyak hal, merekalah yang paling

banyak melanggar batas-batas Islam itu sendiri, dengan mengamalkan rasuah dan menzalimi rakyat.

AMKPP juga mencabar Perdana Menteri untuk jujur dalam keseriusan beliau dalam hal ini, kerana

jelas ‘kelajuan’ tindakan beliau amat nyata berbeza jika dibandingkan dengan kes rampasan kuasa di

Perak yang jelas, dalam tidak sampai berapa jam YB Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaludin disahkan oleh

mahkamah sebagai Menteri Besar Perak, tidak sampai satu hari pun selepas itu, BN merampas

kerajaan negeri tersebut juga menerusi mahkamah.

Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menegaskan agar Perdana Menteri

bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan beliau dalam mempertahankan kedaulatan Islam di

negara ini, dengan meletakkan jawatan beliau dengan segera.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Setiausaha,

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

(AMKPP)

T:0134771047

No comments: