Anwar Ibrahim, Mat Sabu & Rakan-Rakan : Jelajah Mega Harapan Negeri Perlis

‘Sebelah kaki’ dalam istana tapi Anwar terlepas kerusi PM kerana UMNO



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tersingkir daripada kerusi Perdana Menteri (PM) kesembilan kerana tidak menandatangani perjanjian dengan Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PKR yang juga calon PM dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, juga mendakwa telah memiliki 114 sokongan untuk menjadi PM kesembilan.

Tetapi, menurutnya sokongan itu yang turut datang daripada ahli Parlimen UMNO terus berubah apabila beliau enggan menurut kehendak Najib supaya membebaskannya.

“Perubahan sokongan itu tidak akan berlaku jika saya tunduk kepada kehendak Najib, agar dia tidak dikenakan hukuman atas pertuduhan jenayahnya.

“Kalau saya tolak prinsip, sedia bertolak ansur (dengan Najib), dah lama saya menjadi perdana menteri.

“Kalau saya kemaruk nak jadi perdana menteri, saya tandatangani perjanjian dengan Najib. Dan (kalau itu berlaku) hari ini saya yang jadi perdana menteri, bukan Ismail Sabri,” katanya menurut Mkini.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali gagal merebut kerusi PM, walaupun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan PM ketika Tun Dr Mahathir Mohamad bercuti pada 1997.

Dan setelah empat pemimpin berganti menjadi PM Malaysia dengan dua kali dipegang oleh Dr Mahathir, Anwar masih menafikan dakwaan bahawa beliau “kemaruk” mahu menjadi PM.

Anwar memberitahu ketika berlaku krisis politik ekoran kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digulingkan oleh 15 ahli Parlimen UMNO, beliau sudah sangat hampir menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Saya nak beritahu, sebelah kaki saya dah ada di Istana Negara untuk angkat sumpah pada keesokan hari. (Bagaimanapun) Malam itu Najib meminta saya tandatangani perakuan untuk beri jaminan agar dia bebas daripada hukuman.

“Saya kata saya tak boleh (buat begitu) kerana ini soal prinsip. Kalau saya (lupakan prinsip) dan tandatangan, dah lama saya masuk istana angkat sumpah,” katanya pada perhimpunan di Parlimen Tambun, Perak, hari ini (27 Oktober 2022).

Sebelum itu Anwar mengumumkan dia memiliki sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen, termasuk di luar PH, untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Anwar ketika itu, dia mempunyai 114 ahli Parlimen pelbagai parti yang memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun ahli parlimen Umno terbabit mengalih semula sokongan mereka daripada Anwar selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin.

 

 

PAS NAK KUTUK PH- TAPI MEREKA YANG JANJI ..PUTAR BELIT BETOI


 

MENATANG PUN TAK MAU DAH


 

AKHIRNYA PEJUANG MAHATHIR MELUTUT DENGAN MUHYIDDIN DAN PAS JUGA TERIMA MAHATHIR*


Sidang media Mahathir tadi, GTA umumkan akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jatuhkan kerajaan PH yang Mahathir sendiri pimpin dulu.  Mahathir akhirnya tunjukkan bukti kepada kita semua bahawa kerajaan PH dahulu sengaja ditumbangkan untuk beri laluan kepada penghianat.


Sebelum ini, bukan main lagi Mahathir tunjuk tegas kononnya tidak akan bersama pengkhianat.  Apabila helahnya untuk bersama PH ditolak mentah2 oleh Anwar Ibrahim, akhirnya Mahathir tidak mampu lagi sembunyikan tipu muslihatnya.  Rupa2nya Mahathir sokong pengkhianat iaitu Bersatu dan PN.  


Pas juga jelas menipu para penyokongnya.  Kita selalu dengar Pas kecam Mahathir bagai nak gila.  Manifesto bukan kitab suci, kata Mahathir, dan Pas mengecam kata2 Mahathir tersebut.  Akhirnya, hari ini terbongkar bahawa salah seorang yang berunding untuk kerjasama di antara PN dengan GTA dan Pejuang Mahathir adalah pemimpin kanan Pas sendiri.  Ini didedahkan di dalam sidang media Mahathir tadi.  


Sampai bila rakyat mahu ditipu oleh Mahathir?  Sampai bila rakyat mahu wala' membuta tuli dengan Pas?  Mahathir sanggup jilat kahaknya beratus kali asalkan dapat menghalang Anwar jadi PM.  Politik Mahathir bukan untuk rakyat atau negara, tetapi hanya untuk nafikan Anwar jadi PM.  


Mengapa beliau takut sangat dengan Anwar Ibrahim?  Mengapa Umno dan Pas juga Bersatu cukup bimbang kerajaan PH kembali berkuasa?  Jawapannya mudah, Anwar amat berprinsip dan tegar melawan rasuah.  Hanya perasuah yang takut pelawan rasuah.  Sapa perasuah2 itu?  Jika mahu tahu, tentukan Anwar Ibrahim jadi PM dan pasti bukan Najib dan Rosmah saja akan berada di penjara.  


Saya harap YB Khalid Samad yang sebelum ini merasa kesal kerana PH menolak Mahathir, hari ini dia lebih kenal siapa Mahathir.  


*WFAUZDIN NS*



Memalukan bila guna kaum, agama setiap kali pilihan raya.

 



Memalukan bila guna kaum, agama setiap kali pilihan raya.

Dr Mohammad Agus Yusoff

26 Oktober 2022

ULASAN | Sudah sampai waktunya pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina Malaysia yang maju..

Parti berwibawa ialah parti yang pemimpinnya tidak korup, tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan semangat Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.

Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke atas kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang tetap terhadap parti yang hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29 tahun dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.

Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun 2022, daripada jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang, pengundi berumur 18-20 tahun adalah seramai 1,141,699 (5.4 peratus), 21-29 tahun seramai 4,974,627 (23.56 peratus), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28 peratus).

Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan mereka ialah 51.24 peratus. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus hala tuju bangsa ini.

Pengundi muda ini cerdik, celik teknologi maklumat, terdedah kepada media sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang menyatakan pengundi 18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik ibu bapa dan rakan sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik dalam menentukan apa yang

terbaik

untuk negara dan masa depan mereka.

Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama.

Jangan biarkan diri diperkotak-katik oleh perbezaan ini oleh ahli-ahli politik. Terima realiti kita sebagai negara majmuk.

Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa dan agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk membina Malaysia yang

hebat

sedangkan merekalah yang berdegar-degar berjanji untuk membina hubungan rakyat yang harmoni.

Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu, sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan.

Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah-belahkan masyarakat, bukannya menyatukan.

Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya parti yang

hebat

ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara multietnik ini di atas kepentingan parti.

Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi nasional bagi membangunkan Malaysia yang

hebat

, berdaya saing, dan harmoni.

MOHAMMAD AGUS YUSOFF ialah seorang cendekiawan dan pemerhati politik.

 

KENAPA ORANG SINGAPURA PERGI HAJI KOS HAMPIR SAMA SEJAK 30 TAHUN?

 KENAPA ORANG SINGAPURA PERGI HAJI KOS HAMPIR SAMA SEJAK 30 TAHUN?

NAJIB BUKANLAGI AHLI PARLIMEN DAN PARLIMEN DAH DIBUBARKAN...

 



Sebentar tadi, Mahkamah putuskan. DS Najib Razak gagal cabar keputusan Jabatan Penjara yang tak benarkan dia masuk Parlimen.

Alasan Mahkamah simple sahaja. Dah Parlimen bubar, maknanya Najib bukan lagi YB Ahli Parlimen. Nak bertanding PRU pun dah tak layak lagi.

Makanya, kalau nak masuk Parlimen, atas kapasiti apa?

Pada saya, straight forward sgt tu. Alasan yang no brainer, Mahkamah bagi.

Jangan la pulak tak puas hati. Kang ada pulak yang buat live, ditomahnya hakim tak adil dan anak menakan Atok lagi 

~LM~

 

Ketua Pemuda Amanah ‘hampir pasti’ tanding Parlimen Temerloh

 

Pada PRU14, Hasbie Muda mencuba nasib dengan bertanding di kerusi DUN Paka, namun tewas kepada calon PAS. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda difahamkan hampir pasti akan bertanding di Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sumber yang terlibat secara langsung dengan pemilihan calon Amanah juga berkata, nama Hasbie berada dalam senarai teras calon-calon yang dicadangkan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU sebelum ini.

“Hasbie hampir pasti bertanding di Temerloh, setakat ini nama beliau yang teratas dalam senarai cadangan oleh parti,” kata sumber kepada FMT.

Sementara itu, Hasbie tidak menolak jika namanya dicalonkan di Temerloh.

“Saya sedia dihantar ke Temerloh atau ke mana-mana kerusi. Amanah akan umumkan calon 30 Okt ini,” katanya ketika dihubungi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Temerloh dimenangi Anuar Tahir yang menewaskan calon-calon BN dan PAS dengan majoriti 1,904 undi.

Sementara itu, Hasbie mencuba nasib pada PRU14 dengan bertanding di kerusi DUN Paka, namun tewas kepada calon PAS.

Anwar Ibrahim: Pesta Lei Cha Bersama Masyarakat Kg Kanthan, Ipoh Perak

SIDANG MEDIA! LAGI FITNAH DARI PEMIMPIN UMNO!GUAN ENG SAMAN TAJUDDIN RAMLI


APABILA KITA DENGAR UMNO MEMANG TIDAK AKAN LARI DARI IDENTITI MEREKA SEBAGAI PENYAKAU DAN KAKI FITNAH!! TERKINI ADALAH FITNAH RASIS DARI SEORANG PEMIMPIN VETERAN UMNO!!




Guan Eng saman Tajuddin berkait kenyataan ‘tokong Cina’ di Kementerian Kewangan




Lim Guan Eng memberitahu Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak menggunakan kaum atau agama untuk memikat pengundi bagi pilihan raya umum.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng menyaman Tajuddin Abdul Rahman kerana memfitnah selepas penyandang Parlimen Pasir Salak itu mendakwanya menjadikan Kementerian Kewangan sebagai “tokong Cina” semasa menjadi menteri kewangan.

Lim memberitahu FMT, sesiapa yang pernah melawat pejabatnya semasa beliau menjadi menteri kewangan tahu dakwaan Tajuddin adalah tidak benar.

“Saya tidak pernah sentuh berkenaan ayat al-Quran pun di Kementerian Kewangan. Jadi, itu tidak menjadi masalah.

“Kenapa merungut pasal tanglung? Apa salah tanglung semasa Tahun Baharu Cina? Selepas Tahun Baharu Cina, ia diturunkan,” katanya.

Lim memberitahu Tajuddin supaya tidak menggunakan kaum atau agama untuk memikat pengundi bagi pilihan raya umum atau mencemarkan nama baik pembangkang.

“Kita patut bercakap tentang kepentingan rakyat, ekonomi, masa depan kita, ringgit yang lemah. Jangan gunakan kaum dan agama.”

Pengerusi DAP itu berkata, butiran samannya akan didedahkan peguamnya.

Dalam forum minggu lalu, Tajuddin mendakwa Lim mengetepikan orang Melayu semasa beliau menjadi menteri kewangan dan “mengubah” kementerian itu menjadi “tokong Cina”

KITA PERLUKAN AISHAH UNTUK PARLIMEN

 







KAREKTOR RAFIDAH & AZALINA ADA PADA AISHAH


NORMAN RADZUAN


Rafidah Aziz dan Azalina Othman mahu tidak mahu kita kena akui keduanya mempunyai karektor yg hampir sama…tegas dan hebat berhujah. Soal betul atau tidak soal kedua tetapi kedua Iron Lady ini boleh membidas serangan lawan samada lelaki atau wanita dgn hujah sgt tegas dan keras.


Saya tidak nampak di pihak pembangkang ada karektor tersebut. Ada pada Nurul Izzah yg sering bangun utk berhujah dan memberi idea2 yg bernas di Parlimen. Namun saya masih mahu yg lebih keras lagi seperti Rafidah dan Azalina. 


Siapa dia? Secara jujurnya ia ada pada Siti Aishah. Itulah sebab dahulu saya katakan bekas Senator ini perlu dibawa kembali ke medan peperangan utk menyerang lawan. 


Saya melihat polulariti Siti Aishah melonjak naik dan live atau Tik Toknya terus mendapat sambutan. Kepetahannya berbicara menarik minat ramai masyarakat yg dagahakan penceramah dari wanita sepertinya. 


Maklum balas pakcik dan makcik di luar bandar sgt meminati ceramahnya yg bersahaja dan bertenaga itu. Jika dirinya dicalonkan adakah ada yg sudi membantu jenteranya? 


Mudahan Aishah m berjaya di bawa ke Parlimen. Mudah mudahan PH berjaya membentuk kerajaan pada PRU 15 ini.



PASTIKAN SAIFUDDIN ABDULLAH KALAH PRU15!! WATAK BERMUKA-MUKA DARI 1 PART...

TERBAIK



Aku pernah tulis dahulu aku berharap dapat tengok Amirudin Shari (MB Selangor) lawan geng kartel. Nampaknya ia mungkin jadi kenyataan.


Kalau Amir lawan Azmin dan menang, barulah aku boleh yakin yang Amir bukan geng kartel. Yang aku nak tengok kesungguhannya melawan Azmin.


Apa pun setakat ni aku tengok cara Keadilan letak calon memang sesuai dan meyakinkan. InsyaAllah kali ini kita sapu bersih. Guane boh?


 

Raja Gelap 


LALANG.





 LALANG.


1. Saya selalu katakan, mantra orang politik yang paling utama , ialah “there is no permanent friend, there is no permanent enemy”. 


2. Semalam, Presiden BN secara terbuka menerima masuk sokongan bekas Presiden HINDRAF dan bekas Menteri Perpaduan “Kerajaan 22 bulan”, Wathya Moorti. 


3. Menteri Perpaduan yang sama yang mendesak Kerajaan dulu menandatangani ICERD. Menteri yang sama yang menuntut program tanah FELDA  diberikan juga kepada kaum India. Dan UiTM dibuka kepada semua kaum. 


4. Peluru ini dulu digunakan sepenuhnya oleh pemimpin dan penyokong taksub UMNO untuk menembak Kerajaan. Mereka memberontak sampai ke jalanan membuat Himpunan ICERD. Mereka bangkitkan isu kaum tak berkesudahan.


5. Namun semalam, senyap sunyi “pejuang Melayu” ini melihat Presiden mereka boleh duduk sama dengan Wathya Moorti. Nampaknya, selepas ini sebab Wathya dah satu kolam, geng pentaksub dan cytro UMNO kena berjuang pertahankan Wathya pula. Walaupun dulu dia lah “moving target” yang selalu UMNO guna. 


6. Tu sebab saya selalu tekankan, parti politik ini lalang. Mereka boleh berubah2 macam chameleon hanya untuk berkuasa. Boleh berbaik dengan seteru utama, boleh jilat lidah sendiri. Hanya atas nama stategi. Strategi untuk menang pilihanraya. 


7. Mereka lah sebenarnya ultimate LALANG yang ada. Penyokong taksub mereka saja yang SETIA. Tapi adakah berbaloi dan berguna? Tidak kah namanya ini menyokong mengkhinzir buta? 


9. Pengundi yang bijak tahu. Loyalty to the country, always. Loyalty to political leaders and parties, only when they deserve it. Setia kita kepada negara. Bukan pada parti dan pemimpin semata2. 


10. Our role “is to protect the realm”. Bahasa omputih dulu kala. 


11. Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah. Kepentingan negara letak nombor satu. Bukan parti atau mana2 individu.


12. They can call us “lalang”, all they want. Pada saya, LALANG untuk negara adalah lebih baik, dari penyokong parti yang mengkhinzir buta. Menyokong zombie parti mereka. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki




APA INI OLANG CAKAP.

 

Kau sendiri yang berak Nak suruh orang lain cuci...?

Agak-agak la...


APA KHABAR ORANG TAMBUN



Anwar Ibrahim


Apa khabar orang Tambun?


Negeri Perak luas terbentang

Air, ayaq, ayo semua ada

Biar apa halangan merintang

Harapan tekad laksana agenda


#Harapan #MalaysiaBangkit #KitaBoleh



MALAYSIA TAK SERTAI ICERD

 




Ada seorang bakal YB saya dengar cerita. Dulu penyokong tegar Bosslu, sekarang dah bertukar kem. 


Tadi dia masuk ke wall saya. Panas mengenai Waytha Moorti masuk BN. Buat satu kenyataan yang kata Kerajaan PH dulu dah ratifikasi ICERD dan Rom Statut secara senyap. 


Setahu saya dan dah bertanya kepada rakan di Jabatan Peguam Negara, Malaysia tidak tandatangan triti ini lagi. Saya semak senarai negara ICERD pun Malaysia tiada lagi. 


Bila saya minta secara baik, apa bukti yang ada. Dia terus gelar saya sekular dan anti Melayu dan Islam. Inikah kualiti bakal YB kita? Bila tak boleh jawab, buat intimidasi terhadap pengundi atas pagar. Dan cepat2 label mereka. 


Nah saya bagi, posting saya pada tahun 2018, membantah ICERD dan ditujukan kepada DAP. Saya bersuara. Adakah ini membolehkan bakal YB ni melabel saya sekular? 


Sekarang saya pohon bakal YB kita, bagi bukti Kerajaan PH sudah ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Dengan bukti nyata. Bukan retorik dan taktik membuli saja. 


Kalau tiada, maknanya parti anda dan fitnah, berpisah tiada. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



'BN boleh menang 70 kerusi sahaja, kerajaan stabil apa?'


 Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan kempen pilihan raya BN kononnya jika mengundi gabungan itu negara akan mendapat kerajaan yang stabil.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menolak ramalan separuh masak sedemikian.


Beliau yang mempunyai syarikat data raya terkenal dan telah membuat banyak kajian simulasi pilihan raya mendapati BN tidak akan melepasi 75 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini.


Katanya, BN akan terpaksa mengulang segala huru hara yang mereka tempuh sejak 2020 untuk membentuk kerajaan campuran bersama PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


"Kalau percaya (kerajaan stabil akan terbentuk) kita yang bodoh. Kalau Umno-BN bentuk kerajan lepas PRU maka pertama Umno-BN tidak akan ada majoriti yang cukup membentuk kerajaan sendiri.


"Setakat ini tak ada tanda tanda Umno-BN boleh bentuk kerajaan sendiri. Kalau dapat 65 kerusi kira baik. MCA 2 - 3, MIC 2. Dia perlu 45 kerusi lagi. Masa itu Hj Hadi akan dapat bukan satu, tetapi 3 jawatan penasihat yang dia tak payah masuk pejabat. Umno akan jilat Pas.


"Sebabnya keadaan kali ini tidak ada mana mana gabungan boleh membentuk kerajaan sendiri.


"Yang di depan Pakatan Harapan, itu pun tak cukup buat kerajaan sendiri. Cuma kalau ada swing 15 kerusi lagi, barulah kita boleh bentuk kerajaan sendiri.


"Jadi kalau kita yang berada di depan boleh lepasi 80 kerusi, itu pun tak cukup, Umno-BN yang terkedek kedek ni dia akan ulang cerita lama, tiap tiap 2 tahun tukar kerajaan," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Indera Mahkota, malam tadi.


Menurut Rafizi lagi, kerajaan BN-PN-GPS yang tidak stabil itu mungkin akan mengambil parti parti kecil di Sabah dan Sarawak yang tidak ada nilai tetapi terpaksa diberi kedudukan menteri Ahli Parlimennya biar pun hanya ada satu kerusi.


Sekiranya terdapat tuntutan dari parti parti berkenaan yang tidak terpenuhi, katanya, maka 7 - 8 bulan kerajaan akan bertukar.


Selain itu, katanya, mungkin juga berlaku sebagaimana di Johor apabila calon Menteri Besar (MB) adalah Datuk Hasni Mohammad tetapi yang rasmi menjadi MB adalah Onn Hafiz Ghazi.


Rafizi mengingatkan bahawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail terlalu 'lembik' untuk memastikan dirinya kekal sebagai PM sebagaimana dia tidak mampu mengelak daripada paksaan Zahid Hamidi membubarkan parlimen.


"Sapa kata kalau Umno menang confirm kata Ismail jadi PM? Silap hari bulan satu Malaysia kena scam, ingat Mail jadi PM, yang dapat anak Zahid jadi PM.


"Kalau Umno nak jual kepada rakyat kononnya kalau dia menang dia akan bawa kestabilan, maka kita dah terkena 30 bulan. PH 22 bulan dia kata penipu. Dia tak sebut BN 60 tahun, dia longgok masalah kepada kita nak selesai dalam 22 bulan," katanya lagi.