Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan kempen pilihan raya BN kononnya jika mengundi gabungan itu negara akan mendapat kerajaan yang stabil.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menolak ramalan separuh masak sedemikian.
Beliau yang mempunyai syarikat data raya terkenal dan telah membuat banyak kajian simulasi pilihan raya mendapati BN tidak akan melepasi 75 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini.
Katanya, BN akan terpaksa mengulang segala huru hara yang mereka tempuh sejak 2020 untuk membentuk kerajaan campuran bersama PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Kalau percaya (kerajaan stabil akan terbentuk) kita yang bodoh. Kalau Umno-BN bentuk kerajan lepas PRU maka pertama Umno-BN tidak akan ada majoriti yang cukup membentuk kerajaan sendiri.
"Setakat ini tak ada tanda tanda Umno-BN boleh bentuk kerajaan sendiri. Kalau dapat 65 kerusi kira baik. MCA 2 - 3, MIC 2. Dia perlu 45 kerusi lagi. Masa itu Hj Hadi akan dapat bukan satu, tetapi 3 jawatan penasihat yang dia tak payah masuk pejabat. Umno akan jilat Pas.
"Sebabnya keadaan kali ini tidak ada mana mana gabungan boleh membentuk kerajaan sendiri.
"Yang di depan Pakatan Harapan, itu pun tak cukup buat kerajaan sendiri. Cuma kalau ada swing 15 kerusi lagi, barulah kita boleh bentuk kerajaan sendiri.
"Jadi kalau kita yang berada di depan boleh lepasi 80 kerusi, itu pun tak cukup, Umno-BN yang terkedek kedek ni dia akan ulang cerita lama, tiap tiap 2 tahun tukar kerajaan," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Indera Mahkota, malam tadi.
Menurut Rafizi lagi, kerajaan BN-PN-GPS yang tidak stabil itu mungkin akan mengambil parti parti kecil di Sabah dan Sarawak yang tidak ada nilai tetapi terpaksa diberi kedudukan menteri Ahli Parlimennya biar pun hanya ada satu kerusi.
Sekiranya terdapat tuntutan dari parti parti berkenaan yang tidak terpenuhi, katanya, maka 7 - 8 bulan kerajaan akan bertukar.
Selain itu, katanya, mungkin juga berlaku sebagaimana di Johor apabila calon Menteri Besar (MB) adalah Datuk Hasni Mohammad tetapi yang rasmi menjadi MB adalah Onn Hafiz Ghazi.
Rafizi mengingatkan bahawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail terlalu 'lembik' untuk memastikan dirinya kekal sebagai PM sebagaimana dia tidak mampu mengelak daripada paksaan Zahid Hamidi membubarkan parlimen.
"Sapa kata kalau Umno menang confirm kata Ismail jadi PM? Silap hari bulan satu Malaysia kena scam, ingat Mail jadi PM, yang dapat anak Zahid jadi PM.
"Kalau Umno nak jual kepada rakyat kononnya kalau dia menang dia akan bawa kestabilan, maka kita dah terkena 30 bulan. PH 22 bulan dia kata penipu. Dia tak sebut BN 60 tahun, dia longgok masalah kepada kita nak selesai dalam 22 bulan," katanya lagi.