Ada seorang bakal YB saya dengar cerita. Dulu penyokong tegar Bosslu, sekarang dah bertukar kem.
Tadi dia masuk ke wall saya. Panas mengenai Waytha Moorti masuk BN. Buat satu kenyataan yang kata Kerajaan PH dulu dah ratifikasi ICERD dan Rom Statut secara senyap.
Setahu saya dan dah bertanya kepada rakan di Jabatan Peguam Negara, Malaysia tidak tandatangan triti ini lagi. Saya semak senarai negara ICERD pun Malaysia tiada lagi.
Bila saya minta secara baik, apa bukti yang ada. Dia terus gelar saya sekular dan anti Melayu dan Islam. Inikah kualiti bakal YB kita? Bila tak boleh jawab, buat intimidasi terhadap pengundi atas pagar. Dan cepat2 label mereka.
Nah saya bagi, posting saya pada tahun 2018, membantah ICERD dan ditujukan kepada DAP. Saya bersuara. Adakah ini membolehkan bakal YB ni melabel saya sekular?
Sekarang saya pohon bakal YB kita, bagi bukti Kerajaan PH sudah ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Dengan bukti nyata. Bukan retorik dan taktik membuli saja.
Kalau tiada, maknanya parti anda dan fitnah, berpisah tiada.
Salam hormat,
Liyana Marzuki