SIDANG MEDIA! LAGI FITNAH DARI PEMIMPIN UMNO!GUAN ENG SAMAN TAJUDDIN RAMLI


APABILA KITA DENGAR UMNO MEMANG TIDAK AKAN LARI DARI IDENTITI MEREKA SEBAGAI PENYAKAU DAN KAKI FITNAH!! TERKINI ADALAH FITNAH RASIS DARI SEORANG PEMIMPIN VETERAN UMNO!!




Guan Eng saman Tajuddin berkait kenyataan ‘tokong Cina’ di Kementerian Kewangan




Lim Guan Eng memberitahu Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak menggunakan kaum atau agama untuk memikat pengundi bagi pilihan raya umum.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng menyaman Tajuddin Abdul Rahman kerana memfitnah selepas penyandang Parlimen Pasir Salak itu mendakwanya menjadikan Kementerian Kewangan sebagai “tokong Cina” semasa menjadi menteri kewangan.

Lim memberitahu FMT, sesiapa yang pernah melawat pejabatnya semasa beliau menjadi menteri kewangan tahu dakwaan Tajuddin adalah tidak benar.

“Saya tidak pernah sentuh berkenaan ayat al-Quran pun di Kementerian Kewangan. Jadi, itu tidak menjadi masalah.

“Kenapa merungut pasal tanglung? Apa salah tanglung semasa Tahun Baharu Cina? Selepas Tahun Baharu Cina, ia diturunkan,” katanya.

Lim memberitahu Tajuddin supaya tidak menggunakan kaum atau agama untuk memikat pengundi bagi pilihan raya umum atau mencemarkan nama baik pembangkang.

“Kita patut bercakap tentang kepentingan rakyat, ekonomi, masa depan kita, ringgit yang lemah. Jangan gunakan kaum dan agama.”

Pengerusi DAP itu berkata, butiran samannya akan didedahkan peguamnya.

Dalam forum minggu lalu, Tajuddin mendakwa Lim mengetepikan orang Melayu semasa beliau menjadi menteri kewangan dan “mengubah” kementerian itu menjadi “tokong Cina”