LALANG.
1. Saya selalu katakan, mantra orang politik yang paling utama , ialah “there is no permanent friend, there is no permanent enemy”.
2. Semalam, Presiden BN secara terbuka menerima masuk sokongan bekas Presiden HINDRAF dan bekas Menteri Perpaduan “Kerajaan 22 bulan”, Wathya Moorti.
3. Menteri Perpaduan yang sama yang mendesak Kerajaan dulu menandatangani ICERD. Menteri yang sama yang menuntut program tanah FELDA diberikan juga kepada kaum India. Dan UiTM dibuka kepada semua kaum.
4. Peluru ini dulu digunakan sepenuhnya oleh pemimpin dan penyokong taksub UMNO untuk menembak Kerajaan. Mereka memberontak sampai ke jalanan membuat Himpunan ICERD. Mereka bangkitkan isu kaum tak berkesudahan.
5. Namun semalam, senyap sunyi “pejuang Melayu” ini melihat Presiden mereka boleh duduk sama dengan Wathya Moorti. Nampaknya, selepas ini sebab Wathya dah satu kolam, geng pentaksub dan cytro UMNO kena berjuang pertahankan Wathya pula. Walaupun dulu dia lah “moving target” yang selalu UMNO guna.
6. Tu sebab saya selalu tekankan, parti politik ini lalang. Mereka boleh berubah2 macam chameleon hanya untuk berkuasa. Boleh berbaik dengan seteru utama, boleh jilat lidah sendiri. Hanya atas nama stategi. Strategi untuk menang pilihanraya.
7. Mereka lah sebenarnya ultimate LALANG yang ada. Penyokong taksub mereka saja yang SETIA. Tapi adakah berbaloi dan berguna? Tidak kah namanya ini menyokong mengkhinzir buta?
9. Pengundi yang bijak tahu. Loyalty to the country, always. Loyalty to political leaders and parties, only when they deserve it. Setia kita kepada negara. Bukan pada parti dan pemimpin semata2.
10. Our role “is to protect the realm”. Bahasa omputih dulu kala.
11. Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah. Kepentingan negara letak nombor satu. Bukan parti atau mana2 individu.
12. They can call us “lalang”, all they want. Pada saya, LALANG untuk negara adalah lebih baik, dari penyokong parti yang mengkhinzir buta. Menyokong zombie parti mereka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki