Oleh itu,
mengapa kelakuan beberapa kerat ahli DAP yang ekstrim pula dijadikan sebagai
fokus utama dan kayu pengukur penilaian umum kita terhadap parti tersebut?
Bukankah ini sama seperti sikap golongan Islamophobia yang melihat dan menuduh
Islam secara tangkap muat sebagai agama terroris yang jahat dan tidak
bertamaddun hanya kerana tindakan segolongan kecil sahaja umat Islam yang
ekstremis membunuh orang awam secara rambang?
Hakikatnya
ialah sudah 12 tahun DAP memerintah Pulau Pinang sejak tahun 2008. Jika mereka
benar2 anti-Islam, maka nilaikannya dari prestasi mereka sepanjang tempoh ini.
Ada nasib umat Islam yang dizalimi di Pulau Pinang sepanjang tempoh ini? Ada
aktiviti ibadah umat Islam yang disekat di sana? Ada ramai umat Islam yang
murtad di sana? Cubalah tanya sikit dan interview Mufti Pulau Pinang - Dr. Wan
Salim, untuk dapatkan pandangannya terhadap layanan kerajaan DAP kepada umat
Islam di sana.
Bukankah
jika mereka mahu, mereka boleh lakukan berbagai-bagai perkara buruk terhadap
Islam dan umatnya? Kuasa sudah berada di tangan mereka selama 12 tahun. Ini
bukan satu tempoh yang singkat.
Perjuangan
menentang korupsi dan kezaliman bukan sekadar perjuangan politik tetapi ia
adalah perjuangan bagi memenuhi tuntuntan agama yang tinggi keutamaannya. Kita
perlukan pemimpin2 yang tegas, jujur, beramanah serta berani untuk memikul
tanggung-jawab menanganinya. Bukannya penyamun, penyangak, kaki rasuah dan
penunggang agama.
Bagi saya PH
serius dalam perkara ini dan mereka telah membuktikannya walaupun hanya sempat
memerintah selama 22 bulan sahaja sebelum digulingkan oleh pengkhianat2 yang
langkah mereka mendapat sokongkan kuat oleh tokoh2 agama termasuk Mufti Perlis.
Ketika dia
memberi endorsement secara terbuka di media sosial kepada kerajaan pimpinan
Muhyiddin dan barisan kabinetnya, dia berjanji akan menegur dan mengkritik
kerajaan tebuk atap ini kalau ia buat benda2 pelik dan tersasar dari jalannya.
Malangnya satu suara pun tidak kedengaran darinya walaupun kerajaan Muhyiddin lakukan
bermacam2 tindakan haprak yang menyusahkan rakyat.
Sebaliknya,
pemerintahan kerajaan PH yang singkat selama 22 bulan sahaja sebelum
ditumbangkan oleh Muhyiddin telah memainkan peranan yang besar untuk bawa Najib
ke muka pengadilan hingga dia telah dihumban ke dalam penjara sementara
isterinya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda hampir RM1 bilion dan
kini sedang melalui proses rayuan.
Zahid Hamidi
pun sedang menggelupur kerana takut dijatuhkan hukuman penjara atas amalan
rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram bagi skandal Yayasan Akalbudi.
Disebabkan ini, dia terdesak mahu adakan PRU segera dengan harapan agar Umno-BN
akan menang besar supaya dia boleh kacau sistem perundangan untuk melepaskan
dirinya dan beberapa pemimpin2 korup lain dari perlaksanaan undang2 secara
adil.
Saya akui
DAP dan PH tidak sempurna. Pasti ada ulat2 korup di kalangan mereka yang akan
cuba mengambil kesempatan mengkayakan diri dan keluarga jika mereka berkuasa.
Tetapi ini bukan budaya parti DAP dan PH. Lihatlah pada perjuangan mereka yang
bersungguh-sungguh mahu lakukan “institutional reform” dan memerangi korupsi.
Mereka telah membuktikan janji ini dalam tempoh 22 bulan saja mereka
memerintah.