Sidang media Mahathir tadi, GTA umumkan akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jatuhkan kerajaan PH yang Mahathir sendiri pimpin dulu. Mahathir akhirnya tunjukkan bukti kepada kita semua bahawa kerajaan PH dahulu sengaja ditumbangkan untuk beri laluan kepada penghianat.
Sebelum ini, bukan main lagi Mahathir tunjuk tegas kononnya tidak akan bersama pengkhianat. Apabila helahnya untuk bersama PH ditolak mentah2 oleh Anwar Ibrahim, akhirnya Mahathir tidak mampu lagi sembunyikan tipu muslihatnya. Rupa2nya Mahathir sokong pengkhianat iaitu Bersatu dan PN.
Pas juga jelas menipu para penyokongnya. Kita selalu dengar Pas kecam Mahathir bagai nak gila. Manifesto bukan kitab suci, kata Mahathir, dan Pas mengecam kata2 Mahathir tersebut. Akhirnya, hari ini terbongkar bahawa salah seorang yang berunding untuk kerjasama di antara PN dengan GTA dan Pejuang Mahathir adalah pemimpin kanan Pas sendiri. Ini didedahkan di dalam sidang media Mahathir tadi.
Sampai bila rakyat mahu ditipu oleh Mahathir? Sampai bila rakyat mahu wala' membuta tuli dengan Pas? Mahathir sanggup jilat kahaknya beratus kali asalkan dapat menghalang Anwar jadi PM. Politik Mahathir bukan untuk rakyat atau negara, tetapi hanya untuk nafikan Anwar jadi PM.
Mengapa beliau takut sangat dengan Anwar Ibrahim? Mengapa Umno dan Pas juga Bersatu cukup bimbang kerajaan PH kembali berkuasa? Jawapannya mudah, Anwar amat berprinsip dan tegar melawan rasuah. Hanya perasuah yang takut pelawan rasuah. Sapa perasuah2 itu? Jika mahu tahu, tentukan Anwar Ibrahim jadi PM dan pasti bukan Najib dan Rosmah saja akan berada di penjara.
Saya harap YB Khalid Samad yang sebelum ini merasa kesal kerana PH menolak Mahathir, hari ini dia lebih kenal siapa Mahathir.
*WFAUZDIN NS*