Malangnya,
ramai pengikut2 sunnah dan peminat2 nya tidak nampak hakikat ini kerana terbuai
dengan kepetahannya berkata-kata. Dan atas sebab inilah saya menentang
pendirian politiknya secara terbuka kerana saya bimbang kesan akhirnya akan
membawa kepada kelemahan dan kekalahan umat Islam secara total apabila negara terus
dipimpin oleh pemimpin2 jahat yang korup dan hipokrit.
Saya tidak
menganggotai mana2 parti politik. Tetapi biar saya tegaskan bahawa saya adalah
pendokong sunnah Nabi (saw) yang tegar sejak 23 tahun lalu. Nak panggil saya
Wahhabi, lantaklah. Sikit pun saya tak heran. Dah 23 tahun saya begini. Melabel
saya Wahhabi ialah benda yang sangat remeh bagi saya dan saya tiada masa hendak
melayannya. Pada dasarnya, aliran pemikaran saya tidak jauh berbeza dengan
Mufti Perlis, tetapi saya amat tidak bersetuju dengan ijtihad dan pendirian
politiknya yang saya kira sempit kerana gagal mengambil kira konteks yang lebih
luas unuk negara ini.
Kefahaman
saya kepada sunnah Nabi (saw) membuat saya sangat benci kepada korupsi dan
salah-guna kuasa yang mengakibatkan kepada kezaliman serta amalan pilih kasih
(double standard) yang berleluasa oleh pemerintah. Baginda Nabi (saw) mengancam
perkara ini dengan kehancuran yang pasti berlaku ke atas mana2 kaum dan
masyarakat yang membiarkan kejelekkan ini bermaharalela dalam sesebuah
masyarakat dan negara. [Sahih Muslim, no. 1688].
Tidakkah
perjuangan menentang kezaliman ini patut dijadikan sebagai perjuangan paling
utama yang sekaligus akan memertabatkan kedudukan agama dan bangsa kita apabila
keadilan berjaya ditegakkan dan kedurjanaan rasuah serta amalan pilih kasih
dapat dibanteras?
Berdasarkan
kefahaman saya mengenai Fiqh al-Awlayyiyat, saya mengambil pendirian bahawa
keutamaan harus diberi kepada usaha bagi memastikan negara ini dipimpin oleh
barisan pemimpin yang kita yakin mereka mampu memerangi rasuah dan salah guna
kuasa dengan tegas dan berkesan, sementara masalah ektremis beberapa kerat ahli
DAP boleh diatasi melalui saluran undang2.
Jika kita
gagal meletakkan barisan pemimpin yang berani memerangi korupsi untuk
memerintah negara ini pada PRU-15 bulan depan, pasti negara ini akan hancur.
Apabila negara hancur dan tidak stabil, jangan haraplah Islam akan berjaya
dimertabatkan. Memelihara keamanan negara dari para perompak dan memastikan
kebajikan rakyat disantuni ialah kunci kepada kesejahteraan umat untuk beragama
dengan aman dan boleh dididik dengan berkesan.
Oleh itu,
saya ingin ajak umat Islam negara ini melihat pendirian Mufti Perlis
berdasarkan kepada fakta dan perspektif yang lebih luas. Jangan biarkan emosi
dan sentimen mempengaruhi perasaan benci yang meluap-luap terhadap 3 atau 4
kerat ahli parti DAP hingga menguasai akal yang rasional, apatah lagi bila
parti mereka sudah berkuasa dan memerintah untuk membolehkan kira menilainya
secara objektif. Bukti mereka berkuasa dan memerintah sudah jadi realiti. Ia
bukan andaian dan khayalan lagi.