"Ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK" - Najwan




Umavathi Ramayah
"Ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK" - Najwan
Najwan Halimi memberitahu, selain beliau, lima lagi anggota AMK juga digugurkan serta-merta atas alasan rombakan jawatankuasa organisasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas dipecat daripada jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor pada Selasa, Najwan Halimi percaya ada sesuatu yang ‘tidak kena’ dengan sayap berkenaan sehingga dialihkan dengan menghukum mereka yang bekerja untuk parti.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu, selain beliau, lima lagi anggota AMK juga digugurkan serta-merta atas alasan rombakan jawatankuasa organisasi.
"Ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK sekarang yang mana kelemahannya cuba dialihkan dengan menghukum kepimpinan yang bekerja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Mengulas lanjut, Najwan turut menegaskan yang beliau tidak mengetahui pemecatannya itu sambil mengakui tindakan sedemikian sesuatu yang jarang berlaku.
Kata Najwan, sepengetahuan beliau setiap pelantikan atau pertukaran perlu melalui proses mesyuarat.
"Saya hanya dimaklumkan oleh Akmal Nasir (Ketua AMK Kebangsaan), dalam sejam kemudian saya dapat surat. Saya dimaklumkan ia adalah ekoran rombakan melibatkan AMK," jelas Najwan lagi.
Beliau juga menegaskan, pemecatan itu juga tidak dibincangkan dengan pengerusi parti negeri.
Sehubungan itu, Najwab berkata, beliau kini akan menumpukan khidmat sebagai ADUN dan pada masa sama terus memperkuatkan parti di Selangor.

NAMA MELAYU ISLAM..TAPI FITNAH BUKAN MAIN

 



Cuba lihat bagaimana pembohongan, fitnah dan kebencian yang disebarkan oleh individu ini yang kononnya Melayu Islam. Dengan nama dan akaun Facebook Palsu Anwar Sabu, Walaun rendah IQ ini cuba menanam benih kebencian dihati penduduk Melayu Islam terhadap Kerajaan Negeri pimpinan DAP/PH.

Walaun ini juga menghasut orang Melayu Islam di Pulau Pinang untuk membantah Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) supaya projek ini digagalkan dengan alasan Melayu terpinggir.

Inilah hasil kerja Syaitan yang bertopengkan Cybertrooper. Makhluk sìal seperti ini bersekongkol dengan PAS, UMNO, MCA dan GERAKAN menyerang Kerajaan Negeri DAP/PH dengan dakyahnya. Harap kalian tak termakan dakyah berbisa Makhluk sìal ini.

 

(LIVE) Anwar Ibrahim: Laporan Covid-19 & Situasi Kewangan Rakyat

BETUL GEMPAR?? - RAFIZI Ramli LWN ANWAR Ibrahim | Kemana Arah PKR?

ADA SAJA PEMUDA PKR NI. AWAT LEMAH SANGAT ? KALAU TAK PANDAI JAGA LEPASKAN JAWATAN.

 


Pemimpin sayap dipecat bidas Akmal Ketua Pemuda PKR paling lemah, tak efektif




Bekas ketua Pemuda PKR Selangor, Najwan Halimi dan beberapa pemimpin yang dipecat berkata, jika Akmal Nasir mahu melakukan rombakan atas sebab pemilihan PKR dilanjutkan ke 2023, ia sepatutnya dilakukan secara keseluruhan kepimpinan sayap itu, bukan hanya membabitkan pemimpin tertentu.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Selangor, Najwan Halimi dan beberapa bekas pemimpin lain yang dipecat membidas Akmal Nasir sebagai ketua Pemuda parti itu yang paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah sayap berkenaan.

Ini menyusul rombakan pucuk pimpinan Pemuda PKR yang menyaksikan Najwan merangkap ADUN Kota Anggerik bersama Ketua Pemuda PKR Perlis yang juga ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap, Naib Ketua sayap itu, Syed Badli, Penolong Setiausaha, Naqib Nasruddin, Timbalan Pengarah Strategi, Fakrulrazin Zailani dan Pengerusi Biro Mahasiswa, Shahrul Nizam.

Kumpulan bekas pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, pemecatan mereka menunjukkan Akmal tidak menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.

Mereka turut mendakwa 110 daripada 137 ketua Pemuda PKR bahagian menolak serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal.

Katanya, jika rombakan mahu dilakukan oleh Akmal atas sebab pemilihan PKR dilanjutkan ke 2023, ia sepatutnya dilakukan secara keseluruhan kepimpinan sayap itu, bukan hanya membabitkan pemimpin tertentu.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa Akmal merupakan ketua Pemuda PKR paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah kepimpinan Pemuda PKR.

“Pemuda PKR perlu mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) bagi melantik ketua Pemuda baharu yang mempunyai keabsahan.”

Sebelum ini, Pemuda PKR dalam kenyataan di Facebooknya menjelaskan pemecatan itu merupakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan Pemuda dan rombakan jawatankuasa organisasi Pemuda PKR Perlis serta Selangor.

Katanya, rombakan strategik itu adalah persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 dan memastikan gerak kerja lebih kemas serta tersusun, khususnya untuk menarik pengundi anak muda.

KENA TULAH DIRAJA

 

HAMDAN TAHA


Tak tahu lah kebetulan atau pun tulah raja raja kata orang tua tua...tak pasal pasal dua kenyataan media keluar hari ini...satu kenyataan Agung minta Parlimen di buka sebelum 1 ogos

Kedua surat pejabat PM maklumkan dia di masukkan hospital kerana cirit birit.....jangan di bantah berlebihan RRM ni kerana boleh menyebabkan ketulahan....cirit birit kawan tu...

Ianya barangkali kebetulan tapi tak pasal pasal jadi bahan....adoii nasib engkau lah Abah engkau...Haji Hadi pulak masih di IJN kog idak boleh bagi air penawar

 May be an image of text

RATIP SI LEBAI MOKHTAR SCUD

 

Kesihan mokhtar senik. Rakyat tengah susah, ramai yang bunuh diri, banyak syarikat tutup, penganggur bertambah, dia masih meratib nama Dap.

Pada fikiran Mokhtar Senik, rata-rata yang tengah susah ni orang Dap ke orang mana? Kaum mana yang lebih susah sekarang? Takut kepada Dap sampai sanggup jual agama dan bersekongkol dengan pengkhianat dan puak yang engkar perintah Agong?

Mana ilmu dlm kepala otak mu, Mokhtar senik? Semuanya kamu nak kaitkan dgn Dap sedangkan yang tengah "membunuh" jiwa sekelian melayu Islam sekarang ini siapa? Dap ke atau puak-puak pengkhianat beserta puak lebai?pusat tahfiz dah dapat bantuan ke belum ?Kesian…


w.faudzin

 

May be an image of text that says "Kalau angkat bendera itu sekadar untuk memberitahu masih ada mangsa yang tertinggal, saya setuju jika setakat itu. Tapi pengamatan saya tidak mengatakannya setakat itu sahaja, kerana ianya terangkum dalam tujuan dan maksud menjatuhkan kerajaan PN yang ada. Jika PN jatuh bukan bendera putih yang berkibar tapi bendera DAP yang akan naik. Maaf. pengamatan saya tidak betul. Tapi perhatikan betul2. UMS Kuantan Pahang. 30. June.2021."

Chua Wei Kiat Ketua Pemuda PKR Selangor baharu

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat, dilantik mengetuai Pemuda PKR Selangor.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat, dilantik sebagai Ketua Pemuda PKR Selangor berkuatkuasa hari ini, menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu semalam.

Setiausaha Pemuda PKR, Syukri Razab, dalam kenyataan berkata sehubungan itu satu jawatankuasa penuh Pemuda negeri akan diumumkan Chua selepas proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua Pemuda bahagian.

Syukri berkata, pelantikan itu hasil rundingan antara Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir bersama ketua-ketua Pemuda bahagian Selangor.

Pertemuan secara maya itu dihadiri 18 ketua-ketua Pemuda bahagian yang sah dan rasmi di Selangor berdasarkan rekod Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PKR Bahagian (MATAMKC) 2020.

“Tujuan pertemuan ini juga adalah bagi mendengar pandangan dan maklum balas di samping untuk Ketua Pemuda PKR memberikan penjelasan mengenai keputusan serta hala tuju Pemuda.

“Seramai enam nama dikemukakan sebagai calon Ketua Pemuda PKR Selangor dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Ketua Pemuda PKR,” katanya.

Syukri berkata, Pemuda PKR yakin pelantikan Chua mampu memperkukuh kedudukan Pemuda Selangor, justeru pihaknya menyeru seluruh anggota memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada beliau.

Semalam, Najwan mengesahkan beliau dipecat sebagai Ketua Pemuda PKR Selangor.

Beliau yang juga ADUN Kota Anggerik memaklumkan menerima surat pemecatannya pada 11 pagi yang berkuatkuasa serta-merta.

“Saya terima surat tapi bukan pemecatan daripada parti tapi pemecatan jawatan Ketua Pemuda PKR negeri daripada setiausaha pusat,” katanya.

PEMILIHAN UMNO SAH DITUNDA.PENENTANG ZAHID HENDAK KE MANA?

 Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini kini sah ditangguhkan selama 18 bulan berikutan bahaya penularan Covid19 masih lagi belum reda.

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengesahkan pemilihan jawatan parti itu di semua peringkat akan ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Keputusan ini selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO iaitu MT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dengan penangguhan ini, pemilihan UMNO dijangka hanya akan berlangsung pada tahun 2023 akan datang

Adalah juga dijangkakan pemilihan UMNO hanya akan diadakan setelah PRU15 dilangsungkan terlebih dahulu.

Tempoh 18 bulan penangguhan ini dengan sendirinya bermakna Ahmad Zahid Hamidi akan terus memimpin UMNO sehingga tahun 2023 dan ketika PRU15 diadakan kelak.

Seterusnya, perkembangan ini turut bermakna watikah calon UMNO untuk PRU15 masih perlu ditandatangani oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Dengan itu, apa nasib Hishammuddin Hussein yang didakwa sebagai ketua kumpulan 25 Ahli Parlimen UMNO yang telah menandatangani Akuan Bersumpah atau SD hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi?

Begitu juga, apa nasib Nazri Aziz yang mendakwa dirinya adalah mastermind mengumpulkan SD tersebut?

Selanjutnya, apakah nasib kesemua 25 Ahli Parlimen UMNO terbabit?

Masih berpeluangkah mereka dipilih sebagai calon PRU15 atau inilah peluang bagi Zahid Hamidi untuk membalas dendan mengenepikan mereka?

Atau dengan berita penangguhan pemilihan UMNO itu, sudah ada di antara 25 Ahli Parlimen terbabit yang sekarang inu sudah pusing balik atau U-Turn kembali taat setia kepada Zahid Hamidi semula?

Bagaimanapun, menarik juga untuk diperhatikan ialah apakah pilihan yang akan dibuat oleh mereka yang benar-benar akan diketepikan dan tidak terpilih lagi sebagai calon?

Adakah mereka akan reda bersara begitu saja atau bakal beralih menyertai Bersatu dan bertanding atas tiket PN bagi menentang BN?

 (ShahbudinHusin 30/06/2021)


KAH KAH.....WALAUN TETAP BODO....WALAU JADI PENGAM PU KERAJAAN

 

HAMDAN TAHA



May be an image of 1 person and text that says "FMT Free Malaysia Today @fmtoday PAS MP dismisses 'white flag' campaign, says better to pray 3:53 PM 29 Jun 21 T@freemalaysiatoday.com Twitter for iPhone"

Beberapa pimpinan pas memberi pandangan dan komen tentang kibar bendera putih

Saya rasa pimpinan pas merasakan mereka adalah parti yang kuat dan king

Pandangan mereka tak salah tapi pandangan untuk kibar bendera pun bukan salah

Kibar bendera tak semestinya orang tu tak berdoa...doa di teruskan tapi usaha juga wajib di teruskan...

Kibar bendera sekadar untuk memaklumkan mereka sedang berada dalam keadaan darurat dan perlukan bantuan itu tak salah...tapi jangan lah samakan darurat zaman PN ni

Tapi saya terkejut melihat rakyat betul betul marah dengan kenyataan ustaz ustaz pas itu sehingga di zahirkan kemarahan itu secara terbuka dan tak ada segan silu dah...

Itu tanda Pas juga menerima akibat dari menjadi pengampu kepada kerajaan yang mereka ada bersama

Baru mereka rasa bagaimana menjadi kerajaan dan dulu 60 tahun mereka yang jadi penghasut no 1 rakyat menolak kerajaan

Sekarang rasalah pulak....tapi penyokong mereka tak boleh terima jika kita menegur kerajaan mereka...

 

ALARMAK....BUAT APA ADA PANGKAT DAN HARTA BILA MEMANG TAK BERGUNA-KAH..KAH

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Untung jadi isteri Menteri Kesihatan Adham Baba, Antara Menteri yang paling tak Berguna. Kurang dari 6 bulan, 2 kali naik pangkat. Jusa c ke Jusa B dan sekarang ke Jusa A. Sebelum suami jadi Menteri, Jusa c je. Lps suami jadi Menteri, naik Jusa B dan sepantas kilat dlm masa kurang 6 bln, naik Jusa A. Just wow! Untung jadi isteri Menteri! #inilahkerajaanPengkhianat #BuangPN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Setinggi tinggi tahniah! kepada YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ikhlas daripada Pengarah BPPDP dan Warga BPPDP Kementerian Pendidikan Malaysia"

May be an image of 3 people and text that says "MENTERI PERUMAHAN WAKIL AH LONG MENTERI PERDAGANGAN WAKIL KILANG MENTERI KEWANGAN WAKIL BANK"


BILA YANG LEBIH CERDIK BERCAKAP


May be an image of 1 person and text that says ""Yang angkat bendera putih itu, adalah mereka yang meminta bantuan secara jelas. Bersegeralah santuni mereka." Ust Nik Omar"


HAMZAH RIE NA


Bila Iman yang dihiasi dengan 'belas' dan 'ehsan' maka cantik serta sempurnalah juga Iman seseorang itu.

Dan ayat yang dizahirkan juga menjadi lemah lembut penuh dengan kasih sayang sesama insan. Islam adalah agama Rahmatan Lil Alamin syiarnya menerangi seluruh alam.

Jangan sempitkan fikiran dgn mengikuti cara walaun berfikir.

Syabas UNO!

 

RAKYAT TAK BERIA PUN...TAK RASA UNTUNG PUN BILA DIKAJI MENDALAM...PAS JA RASA BAGUS..MAKLUM LAH MAKAN GAJI BUTA

 Pakej sumbangan: Rakyat tak sambut, Pas beria puji



Pakej sumbangan: Rakyat tak sambut, Pas beria puji

LEGA… Puas… Pengumuman rancangan bantuan Pemulih yang diumum Perdana Menteri (PM) semalam. Ia ternyata bantuan tanda prihatin kerajaan kepada keresahan rakyat. COVID-19 bukan kesalahan kerajaan namun kerajaan prihatin sentiasa mencari jalan membantu rakyat.

Tidak salah rakyat ingin bergantung dengan kerajaan kerana kerajaan adalah ‘abahku’. Bukan Bossku atau tauke-ku. Tiada lagi larangan ‘rakyat jangan bergantung dengan kerajaan’. Bantuan yang benar-benar membela rakyat, bukan hanya RM30 seperti satu sindiran kepada rakyat yang memerlukan.

Apakah pakej yang diumum PM akan memuaskan hati semua rakyat? Pastinya tidak. Malah akan pasti wujud ruang kritikan. Andai tiada, pasti direka dan dicipta. Itu sudah kerja pembangkang yang pastinya bertambah kecewa dengan apa yang diumumkan kerajaan. Tertutup ruang hasutan meniup kebencian.

Bagi saya tiada apa lagi yang boleh dikeluh oleh rakyat. Cuma rakyat mengharap dapat merentas daerah dan negeri seperti dulu. Saya juga berharap begitu tetapi saya tahu kerajaan sedang berusaha ke arah itu. Ibarat menyeberangi sungai, kita rasa mampu, namun kerajaan sedang membina jambatan agar kita tidak basah. Tidak hanyut andai tiba-tiba kepala air datang. Bersabarlah, seperti bersabar menanti pakej bantuan yang diumumkan semalam.

Ada juga yang marah kononnya angka COVID-19 masih tinggi kerana kilang dibuka. Saya tak pasti itu data pasti atau telahan yang dibuat kerana tak puas hati. Saya juga mahu kilang ditutup. Tetapi saya terjumpa seorang rakan yang mengeluh andai kilang ditutup.

Bayangkan berapa ramai pekerja kilang yang bergaji seadanya Untuk menyuap nasi dan telur ke dalam mulut anak dan isteri. Bagaimana lagi mereka ingin menyuap nasi buat anak dan isteri yang menanti. Saya akur. Ia mengusik hati keras saya untuk simpati. Akhirnya saya faham, kilang dibuka bukan hanya untuk golongan kaya tetapi juga mereka yang mengais makan anak isteri dari awal pagi.

Dalam hidup ini kita tidak mungkin mampu mencari kesempurnaan. Kita hanya mampu memilih dan berusaha untuk sesuatu yang lebih baik. Bagi saya dan ramai dari kita yakin kerajaan yang ada lebih baik dari sebelum sebelumnya. Kita dalam ujian, menuntut kebersamaan. Bukan saling menolak untuk mengambil kesempatan. Di saat kita impikan mengikat kain sampin menghias badan, alangkah baiknya kita beri kepada rakan dan jiran yang langsung tiada pakaian.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak

BILA NASI DAH JADI BUBUR, BILA TUA MAKIN NYANYUK

 

Jika tahu apa akan berlaku sekarang, saya lebih rela kekal, kata Dr M






Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysia kini ditadbir kerajaan kleptokrasi.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, jika tahu apa yang akan berlaku dalam pentadbiran di Putrajaya sekarang, beliau lebih rela kekal mentadbir kerajaan pusat selepas berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Berucap di pentas maya sempena Persidangan Kepimpinan Asia 2021, beliau meluahkan kekecewaan terhadap prestasi kepimpinan sedia ada dan mendakwa kerajaan semasa menyalahgunakan kuasa untuk melakukan perkara tidak betul.

“Tetapi sudah tentu kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” katanya yang menyifatkan negara kini ditadbir kerajaan kleptokrasi.

Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk kepimpinan negara selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari 2020 dan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan Muhyiddin mentadbir negara, Mahathir mendakwa presiden Bersatu itu adalah perdana menteri yang sangat lemah kerana gagal mengurus pandemik Covid-19 dengan baik.

Hari ini Mahathir berkata, selepas berjaya menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia ketika mentadbir negara selama 22 tahun, beliau berpandangan mana-mana pemimpin yang menggantikannya harus meletakkan kepentingan negara berbanding agenda peribadi.

“Namun apa yang berlaku sebaliknya,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu tanpa menamakan mana-mana individu.

Mengulas situasi Covid-19 di seluruh dunia, Mahathir berkata, negara kaya dan berkemampuan harus menunjukkan empati dengan menghulurkan bantuan kepada negara miskin dalam proses pemulihan.

Katanya, ketika dunia berdepan pandemik yang tidak pasti pengakhirannya, negara kuasa besar seharusnya menghentikan pencerobohan ketenteraan terhadap negara serantaunya.

“Harus diingat, virus ini tidak membezakan antara penyerang dan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, dunia akan benar-benar pulih selepas negara kaya dan miskin mampu bangkit semula.

“Jika separuh kekal ‘sakit’, tiada jaminan ia tidak akan mengheret separuh lagi ke dalam kehancuran yang berpanjangan.”

Bagaimanapun katanya, kejayaan program pemulihan itu bergantung pada kualiti kepimpinan setiap negara.

“Sekiranya mereka mempunyai integriti, kejujuran, keikhlasan dan benar-benar prihatin terhadap nasib bangsanya, separuh pertempuran akan dimenangi.”

Bankers Jaga Bankers, Benarkah Moratarium Bank 6 Bulan, Tempoh Bayaran B...

WALAUN BODO BUAT KAJIAN KOT ? DISERTAKAN KAJIAN DI BAWAH.CUBA LIHAT DAN BACA.


MAN TOBA



HAIZAL YATIRAN

Lagi cerita bangang dari walaun PAS yang buat perbandingan gejala bunuh diri dekat Malaysia dengan rakyat Palestin.

Di Palestin katanya biarpun ditekan oleh tentera Israel, dorang kuat dan beriman, takde yang bunuh diri.

Hey bahlul! tahukah korang di Palestin juga kes bunuh diri kian meningkat?

Korang dapat arahan dari pemimpin bangang korang ka untuk bawak naratif bodoh macam ni?

Aku cakap korang babi kang, bangga pulak nanti. Risau korang ingat babi tu seperti kucing comel yang boleh dibelai dan dibawak tidur.

Maklumlah, korang kan bahlul.

Untuk walaun bahlul sekalian, ni ada beberapa link korang boleh baca pasal isu bunuh diri di Palestin.

Yang buat jurnal dan kajian pasal kes bunuh diri di sana pun ada ni ha, bahlul!

https://www.haaretz.com/.../.premium-when-hope-died-why...

https://www.tandfonline.com/.../00207411.2021.1911381...

https://reliefweb.int/.../brink-gaza-s-youth-are-turning...

https://www.thenationalnews.com/.../gaza-s-young-people...

 

RAKYAT NAK BANTU RAKYAT PUN TAKUT

 May be an image of text that says "Azlan Shah NK 7m m Saya dihubungi pihak media untuk temubual berkenaan kempen #BenderaPutih, tapi tidak dibenarkan menyebut perkataan "#BenderaPutih" sebab arahan pihak atasan. Wahai kerjaaan, apa benda yang kamu takut sangat? Usaha rakyat bantu sesama rakyat pun kamu nak tekan? Jijik!"

Muhyiddin dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit

 

Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin Yassin mengalami cirit-birit sejak semalam.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit-birit sejak semalam.

“Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

KAH..KAH..KAH....

 

HAMZAH RIE NA


Sebab tu ada celebrity bawa azwan untuk di wawancara tempohari, saya kata celebrity tu Tak buat homework dan tak kaji sebelum nak wawancara azwan.

Dan sebab tu juga saya ni kureng dengan artis-artis didalam kancah politik. Kekadang bukan makin elok tetapi makin haru biru.

Korang percaya trio adik beradik tu bergaduh? Semua propa jer lahhhhh orang akal sejemput jer percaya dgn trio kamjat tu!

 

May be a Twitter screenshot of text that says "Tweet Kucing Hitam @techboy_88 Sejak Azwan Ali kantoi dapat "elaun sara hidup" dari abang dia, terus dia tak bagi followers nak komen kat posts dia. Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ni kau kat bawah. Translate Tweet 13:44 28 Jun 21 Twitter for Android"




Individu sertai himpunan ‘Black Democracy’ akan dikompaun, kata polis

 

Tangkap layar klip video yang tular di media sosial mengajak orang ramai berhimpun dalam “operasi” BD di beberapa lokasi di seluruh negara pada 12 tengah hari ini.

PETALING JAYA: Polis memberi amaran akan terus mengeluarkan kompaun kepada individu yang menyertai perhimpunan haram “Black Democracy” (BD) di Perlis untuk membantah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Perlis, Surina Saad berkata, hasil risikan setakat ini mendapati tiada perhimpunan BD cuba diadakan di negeri itu tetapi pihaknya bersama anggota keselamatan agensi lain akan meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP.

“Jika ada yang didapati masih mengikuti perhimpunan berkenaan, kita akan kompaun mereka kerana melanggar SOP berhimpun.

“Namun jika ada kesalahan jenayah pula, mereka akan ditahan dan dituduh mengikut kesalahan jenayah,” katanya menurut laporan Berita Harian malam tadi.

Kelmarin, polis dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu selepas tular satu klip video mengajak orang ramai berhimpun menerusi “operasi” BD di beberapa lokasi di seluruh negara pada 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Zainal Abidin Kasim dilaporkan berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Bendera Putih! Bukti Lebai Pas dan Nik Abduh tiada hati perut!

RENTASAN 917 | TERCABARNYA KUASA YDPA, KINI TIMBALAN YDPA BERTITAH KERAS...


MENARIK DALAM RENTASAN 917

1. TITAH PARLIMEN DIBUKA SECEPAT MUNGKIN TERUS DIINGKARI 2. SIAPA SEBENARNYA YANG GAGAL? 3. RAKYAT SELANGOR MANGSA BIROKRASI KJ? 4. TARIK BALIK KENYATAAN PECAH BELAH MASYARAKAT: WANITA AMANAH




Pas nak untung je. Ingat PKRC Putik tu percuma. Rupa-rupanya diberi deng...

HARAMKAN TANGAN KITA DARIPADA TERUS MENGUNDI MAHIADDIN DAN MENTERI2 PN!!

 

Tidak pernah lagi dalam sejarah negara ini ada sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang lebih teruk dan tak guna daripada PN dan Mahiaddin Md Yasin.

Bagi tujuan mempertahankan kedudukannya yang tiada keabsahan, titah Yang Dipertuan Agong berhubung pembukaan Parlimen, walau sudah tiga kali dititahkan, tetap dilengah serta dipermain-mainkan.

Dalam waktu yang sama, nasib rakyat pula bagai ditekan dan terus ditekan melalui PKP demi PKP yang secara umumnya disedari rakyat sebagai helah melindungi kuasa semata-mata.

Dulu ketika Agong setuju dengan proklamasi darurat, bukan main laju mulut menteri-menteri dan mereka yang menyokong kerajaan mengingatkan agar titah Raja jangan sesekali diderhakai.

Tetapi, kenapa sekarang apabila Agong bertitah agar Parlimen dibuka dengan segera dan secepat mungkin dan diulang sehingga tiga kali, titah baginda itu tidak dipatuhi?

Lebih buruk lagi, menteri daripada Pas yang konon berjuang atas nama Islam dan menjunjung kesetiaan kepada Raja, Takiyuddin Hassan setakat ini saja sudah dua kali menunjukkan perlakuan derhaka kepada titah Agong.

Pertama apabila beliau mengatakan titah Agong itu tidak perlu disegerakan kerana baginda tidak menyebut pun bila tarikh perlunya Sidang Parlimen diadakan dan kedua, bila menegaskan Sidang Parlimen hanya boleh diadakan selepas tempoh berakhir pada 1 Ogos depan.

Ternampak pemimpin dalam kerajaan ini cuba sedaya upaya memutar-belit titah Agong demi melindungi keseronokan untuk terus kekal memegang jawatan bergaji lumayan yang sedang dipegang dalam kerajaan sekarang.

Kalau titah Agong pun boleh tidak dipedulikan, nasib dan sengsara rakyat tentulah lebih mudah mereka persetankan begitu saja.

Sebab itu, segala bantuan, moratorium, pengeluaran wang KWSP dan sebagainya, ia hanya dilaksanakan setelah berbuih mulut rakyat bersuara dan menuntutnya demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang prihatin kepada rakyat tidak sama sekali seperti yang PN dan Mahiaddin tunjukkan selama ini kerana keprihatinan seharusnya ditunjukkan sebelum kesusahan menjelma, bukan setelah ramai yang mati dan bunuh diri.

Apa yang Mahiaddin utamakan hanyalah semata-mata untuk melindungi kuasa dalam tangannya daripada beralih kepada orang lain, meski seluruh dunia tahu beliau tidak memiliki keabsahan itu.

Kadang-kadang kita hairan memikirkan bagaimana Mahiaddin yang datang daripada keluarga beragama, aruah ayahnya seorang tokoh agama yang disegani, tetapi boleh memiliki kulit muka yang sangat tebal dan seolah-olah tiada langsung rasa malu dalam dirinya lantaran masih cuba bergayut pada jawatan yang diketahui memang tiada keabsahan dimilikinya.

Sudahlah berkuasa tanpa keabsahan, tindakan demi tindakan yang dilakukan pula sentiasa saja menyusah dan membebankan rakyat.

Dalam masa yang sama, menteri-menteri yang ada dalam kerajaan PN juga seperti sudah tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Apa saja yang Mahiaddin lakukan, semuanya seolah-olah dipersetujui semuanya sama ada dengan cara mereka menyokongnya secara terbuka atau melalui tindakan berdiam diri demi melindungi nikmat jawatan masing-masing.

Susah dan derita rakyat, ramai yang menangis tiada makanan, tertekan kerana hilang pendapatan serta tiada wang dan disertai ada saja kes membunuh diri setiap hari, langsung tidak mendapat perhatian daripada menteri-menteri tak berguna itu.

Yang mereka tahu ialah menambah-susahkan lagi masa depan rakyat dengan mempermudahkan syarikat peminjam wang berlesen atau ah long untuk beroperasi mengambil kesempatan di waktu poket semua orang dalam kesempitan.

Selebihnya, yang kita nampak juga menteri dalam PN ini tak habis-habis membodek dan mengampu Mahiaddin seolah-olah beliaulah maharaja paling berkuasa.

Secara mudahnya, selain Mahiaddin yang ketara menyusahkan dan tidak memberi apa-apa kesejahteraan kepada kita sebagai rakyat, yang turut membawa kesusahan juga ialah menteri-menteri yang tidak berfungsi dan sebahagian besarnya cuma seronok makan gaji buta.

Gaji dan elaun lumayan yang mereka terima setiap bukan bukannya digunakan untuk memikir sesuatu yang mampu memberi faedah kepada rakyat, tetapi lebih untuk mengekalkan kuasa Mahiaddin berkuasa semata-mata.

Akhirnya, lagi lama beliau berkuasa, lagi sengsara hidup kita semua.

Dalam isu di mana Agong bertitah sampai tiga kali mahu Parlimen bersidang segera, langsung tiada suara menteri-menteri yang bersuara menyokong baginda atau bercakap secara terbuka perlunya Mahiaddin akur dengan titah tersebut.

Untuk itu, kiranya kerajaan tidak bertukar tangan dalam waktu terdekat ini dan kita terpaksa membuat pilihan melalui PRU, tiada pilihan yang harus kita lakukan melainkan mengharamkan jari kita daripada mengundi lagi mereka yang berjawatan dalam kerajaan sekarang.

Tidak kira daripada parti mana asal mereka, menteri-menteri yang bersubahat dalam mempertahankan Mahiaddin dan melindungi ketidakabsahannya, mereka adalah pengkhianat yang tidak harus dimaafkan untuk diberi peluang menunggang kuasa lagi.

Mereka khianat dan derhaka kepada Raja dan khianat juga dalam memberi khidmat yang sepatutnya kepada rakyat sebagaimana sumpah jawatan di depan Agong.

Peringatan khusus untuk Mahiaddin, jika Najib Razak bersama kerajaan BN telah berjaya ditumbangkan dalam PRU14 lalu, beliau juga tidak mustahil mampu diciptakan sejarah sebagai Perdana Menteri yang bukan saja tumbang bersama kerajaan PNnya, tetapi juga dikecundangkan di kawasan Parlimen Pagoh yang akan ditandinginya.


 (ShahbudinHusin 29/06/2021)




Malaysia jatuh tangga ke-51 dalam Tahap Ketahanan Covid-19 Bloomberg

 

Oleh Ghafar NS

Semalam, Bloomberg melaporkan kepada dunia bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke-51 daripada 53 negara dengan nilai ekonomi berjumlah lebih AS$200 bilion dalam Tahap Ketahanan Covid-19 Bloomberg untuk bulan Jun 2021.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari dengan alasan untuk melawan Covid-19, kita berada di kedudukan ke-16 dalam Tahap Ketahanan Covid-19 Bloomberg.

“Selepas lima bulan darurat dan 28 hari sekatan pergerakan penuh, kita telah jatuh 35 anak tangga ke tangga ke-51 dalam carta terkini untuk bulan Jun 2021.

“Ini adalah keputusan paling memalukan #KerajaanGagal Muhyiddin dalam perang melawan Covid-19,” kata Veteran DAP itu.

Kit Siang turut mengulas bantuan PEMULIH bernilai RM150 bilion yang diumumkan Muhyiddin Yassin semalam sebagai satu strategi dan gimik lama yang tidak berkesan untuk melawan Covid-19.

“Kabinet yang bermesyuarat esok harus memutuskan untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos untuk menerajui gabungan ‘Menang Perang Melawan Pandemik Covid-19’,” tambah Kit Siang lagi. 

KEJAYAAN TUAN TUAN...OH MALAYSIAKU


May be an image of 1 person and text


MOHD MUKHLIS


Finally satu kejayaan besar kerajaan dapat No 2 tu tuan-tuan dalam ranking ketahahan Covid. Melompat pula 35 anak tangga; pecapaian

terbaik

setakat 2021;

Padan Prof ni echo kata darurat pilihan

terbaik

untuk rakyat.

Yang lompat dari bangunan tu semua praktis nak masuk olimpik terjun papan ajal, yang gantung depa tu saja praktis nak masuk giminastik berirama.

PS: semua kena baca terbalik.

 

(function() { var d = document, w = window; w

TAK PAYAH BAIK SANGAT LA DENGAN PUAK LEBAI FITNAH NI...HANTAR SURAT SAMAN SAHALAH MEREKA AKAN MOHON MAAF

  NORMAN RADZUAN Dr Mujahid jgn harap puak ini nak tarik balik atau mohon maaf. Mereka ini hanya akn tarik balik fitnah dan memohon maaf bil...