Muhyiddin dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit

 

Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin Yassin mengalami cirit-birit sejak semalam.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit-birit sejak semalam.

“Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

No comments: