PEMILIHAN UMNO SAH DITUNDA.PENENTANG ZAHID HENDAK KE MANA?

 Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini kini sah ditangguhkan selama 18 bulan berikutan bahaya penularan Covid19 masih lagi belum reda.

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengesahkan pemilihan jawatan parti itu di semua peringkat akan ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Keputusan ini selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO iaitu MT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dengan penangguhan ini, pemilihan UMNO dijangka hanya akan berlangsung pada tahun 2023 akan datang

Adalah juga dijangkakan pemilihan UMNO hanya akan diadakan setelah PRU15 dilangsungkan terlebih dahulu.

Tempoh 18 bulan penangguhan ini dengan sendirinya bermakna Ahmad Zahid Hamidi akan terus memimpin UMNO sehingga tahun 2023 dan ketika PRU15 diadakan kelak.

Seterusnya, perkembangan ini turut bermakna watikah calon UMNO untuk PRU15 masih perlu ditandatangani oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Dengan itu, apa nasib Hishammuddin Hussein yang didakwa sebagai ketua kumpulan 25 Ahli Parlimen UMNO yang telah menandatangani Akuan Bersumpah atau SD hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi?

Begitu juga, apa nasib Nazri Aziz yang mendakwa dirinya adalah mastermind mengumpulkan SD tersebut?

Selanjutnya, apakah nasib kesemua 25 Ahli Parlimen UMNO terbabit?

Masih berpeluangkah mereka dipilih sebagai calon PRU15 atau inilah peluang bagi Zahid Hamidi untuk membalas dendan mengenepikan mereka?

Atau dengan berita penangguhan pemilihan UMNO itu, sudah ada di antara 25 Ahli Parlimen terbabit yang sekarang inu sudah pusing balik atau U-Turn kembali taat setia kepada Zahid Hamidi semula?

Bagaimanapun, menarik juga untuk diperhatikan ialah apakah pilihan yang akan dibuat oleh mereka yang benar-benar akan diketepikan dan tidak terpilih lagi sebagai calon?

Adakah mereka akan reda bersara begitu saja atau bakal beralih menyertai Bersatu dan bertanding atas tiket PN bagi menentang BN?

 (ShahbudinHusin 30/06/2021)


No comments: