Lebai kaki fitnah pun sokong lagi: Terkini: Razman kena saman lagi, kali ini dengan Guan Eng!

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berdepan satu lagi saman fitnah, kali ini melibatkan Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Hari ini berlangsungnya perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Difahamkan saman tersebut berkaitan kenyataan Razman yang mengatakan Guan Eng anti-Melayu dan anti-Raja apabila pemimpin DAP itu enggan menerima darjah kebesaran.
Perbicaraan tersebut telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Guan Eng di laman Facebooknya hari ini.
“Kes saman saya terhadap fitnah oleh YB Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak.
“Orang ini sudah pernah didapati bersalah kerana menfitnah YB Datuk Seri Mohammad Nizar satu masa dahulu.

Semua agama tolak budaya fitnah. Amar makruf nahi mungkar,” tegas Guan Eng.
Sebelum ini, Razman yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak itu didapati bersalah kerana memfitnah pemimpin AMANAH, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.
Beliau diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 serta kos guaman RM10,000.

PKR beralah demi rakyat Sabah, Warisan Plus tiada pertembungan kerusi

PKR beralah demi rakyat Sabah, Warisan Plus tiada pertembungan kerusi
Persoalan jumlah kerusi ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terjawab apabila parti itu akan meletakkan calon di 7 kerusi ditinggalkan rakan mereka dalam Warisan Plus.
Pengerusi PKR Sabah Christina Liew bersama majlis pimpinan negeri (MPN), mencapai kata sepakat, dengan Warisan untuk bertanding pada PRN 26 September ini.
Kerusi itu adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.
Dalam kenyataan hari ini Liew berkata, keputusan itu dipersetujui Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menyokong keputusan pemimpin tempatan untuk kepentingan Sabah.
“Kami gembira dapat bergabung dengan Warisan, DAP, Upko dan Amanah bagi memastikan kami tetap menjadi unit yang strategik, stabil dan bersatu mempertahankan kehendak dan mandat rakyat.
“Walaupun memutuskan menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi Sabah akan terus memberikan sokongan kepada pakatan ini.
“Kami berpegang teguh pada kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dalam komponen perikatan ini, dan kami menyokong kepemimpinan (presiden Warisan) Shafie Apdal untuk memimpin negeri ini menuju kejayaan,” katanya.
Terdahulu Shafie mengumumkan Warisan dan sekutunya, Upko, DAP dan Amanah, akan bertanding di 66 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini bermakna PKR hanya ada 7 kerusi walaupun parti itu mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi semalam.


KERAJAAN PN TAK BERANI TUKAR SPEAKER DUN JOHOR?

22 POSTING HINGGA KINI .LAGI BERITA MENYUSUL



SILA TEKAN  >  UNTUK BACA BERITA AWAL.

BLOGGER WAN FAUDZIN CABAR MOKHTAR SENIK DEBAT


MOKHTAR SENIK SUDAH MULA BERSUARA APABILA KESNYA DI DIAMKAN - SAYA CABAR MOKHTAR SENIK BERDEBAT

Saya mulanya mahu menjawab persoalan yang beliau kemukakan di dalam FBnya secara terus di FBnya, malangnya olamak bacul ini penakut.  Dia dah block saya, tapi dia mahu orang jawab soalan dia.  Ini lagi lawak.

Sudah lama dia menyepi dalam status2 politik, mungkin takut diserang dan orang ungkit kembali kesnya dikejar depan stesen Petronas tu.  Dia ingat orang lupa kes tu?  Jangan sampai Alexander Pittsuwan Thomprason buka kembali drama tu bersiri2.

Baiklah, dia mahu tanya mengapa orang2 agama sokong PH termasuk Dap?  Jawapannya mudah, kerana di dalam negara ini hanya ada dua pilihan, iaitu PH dan gabungan caca merba terdiri dari BN, Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.  Jika mahu pilih parti untuk mentadbir negara ini, idua gabungan itu sahaja yang boleh dipilih.  Jika dulu, boleh pilih Pas kerana Pas waktu itu mahu bersendirian.  Tetapi, apabila Pas telah menjual maruahnya kepada Umno dan Bn dan kini menikah pula dengan Perikatan Nasional, maka Pas tergolong di dalam grup kleptokrasi dan grup pengkhianat pintu belakang.  Maka, pilihan ada dua, PH atau gabungan pengkhianat dan kleptokrasi.

Kaedah Islam mengajar wajib memilih kumpulan yang baik rekodnya dan kurang mudharatnya.  Apakah Umno kurang mudharat rekodnya?  Apakah Umno tiada rekod menentang hukum Islam?  Apakah Umno tiada rekod rasuah dan penyelewengan? 

Malas mahu beri usrah panjang lebar kepada Mokhtar Senik ni.  Cukuplah kita beritahu asas sahaja iaitu kita menyokong PH kerana PH itu lebih baik rekodnya, keadilannya dan tidak menjual agama berbanding puak di sebelah yang terkenal satu dunia sebagai kleptokrasi dan puak yang terkenal dengan suka mengkapirkan orang.  Takkan dapat jadi kerajaan secara rompakan dan khianat, dan lebai2 diberi jawatan hasil pengkhianatan itu maka jadi wajib sokong mereka?

Kalau Mokhtar Senik masih tidak faham, bolehlah kita bertemu dan berdialog atau berdebat di dalam maudhuk ini.  Saya bukan ustaz jauh sekali olamak macam Mokhtar Senik, tetapi setakat Mokhtar Senik tu, any time boleh sahaja bersemuka di mana2 saja hatta di pondok beliau dan kita berdebat secara terbuka. 

WFAUZDIN NS


INILAH WAJAH CAI CYBERTROOPER DAN HANTU GIGI



ZAHARIN MAT YASAIN

Inilah wajah cybertroper Rizal Mansor yang belanja 100 RM ribu satu bulan untuk penaikan Rosmah Mansor.

Berapa sen budakbudak ini dapat yang pasti bini dia mesti dapat lebih. Bila pula bini dia jadi cybertroper.

Kau tanggunglah Rosmah Mansor. Najib Razak pun 2 x 5. Mana MyKemut dan #kamigengnajibrazak. Ada lagi ke nyawa dia.. Isham Jalil boleh bagi pencerahan?

Image may contain: 10 people, people standing, text that says "Malaysiakini (BM) @mkini_bm Rosmah bayar RM100,000 sebulan untuk tentera siber- bekas pembantu malaysiakini.com/news/54188 Translate Tweet Macamkenaljer.. Macam SR suara rakyat"

TUUU DIAAA.....

Image may contain: one or more people, text that says "Pejabat Timbalan Kanan Setia 37m Dengar kata Barisan Nasional Sabah- BNS cuba nak buat PALA dan mengkhianati Perikatan Nasional dgn tidak bersetuju dan tidak mahu berikan seat BN kepada Parti Pribumi BERSATU Malaysia yg dijanjikan sebelum ini. Pesan kami Pemuda Negara kepada Bung Moktar Radin jangan sesekali padang rendah dan bermain politik TAIK dgn kami, sebab kami mempunyi kekuatan dan pengalaman sebelum ini dgn mengulingkan Perdana Menteri, setakat kau MP yg KAKI JUDI senang-senang ja kami jatuhkan."

PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT TANAMAN MUSANG KING

Image may contain: ‎2 people, ‎outdoor and nature, ‎text that says "‎Zabedah Mohamed 15 hrs Bekas jurulatih bulu tangkis China, Li Yongbo kini menjadi pemilik ladang durian di Kelantan yang seluas sehingga 30 hektar. Bukan ke pak lebai tak suka cina kapir? 0008 CLYB سαو‎"‎‎‎

TERBAIK...JADILAH KHODAM MCA DAN UMNO

Image may contain: one or more people and people sitting, text that says "PAS kena jerat UMNO lagi! Wakil UMNO Tumpat dlm ucapannya di Konvensyen UMNO Kelantan mendedahkan KS VES "Strategi kita (UMNO) guna umpan Hudud telah berjaya pecahkan PR dan melemahkan PAS. Mereka ingat kita ikhlas sokong Hudud tapi ia hanyalah strategi kita""

PRN Sabah: KEADILAN diberi 7 kerusi DUN





Majlis pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pagi tadi menyaksikan KEADILAN diberi separuh daripada kerusi yang dinginkan dan diumumkan semalam.

Dalam pengumuman oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal itu, KEADILAN hanya diagihkan 7 kerusi dengan alasan parti itu menang 2 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

KEADILAN bertanding di Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, dan Sook.

Klias dan Sook merupakan kerusi yang diberikan kepada KEADILAN, sementara lima kerusi selebihnya pernah ditandingi pada PRU 2018.

Sepanjang ucapannya hampir sejam, Shafie menekankan mood rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan. Oleh yang demikian parti Warisan akan bertanding di 54 kerusi manakala UPKO 14 kerusi.

Parti-parti dari Semenanjung mendapat kerusi yang lebih kecil. DAP diagihkan 7 kerusi dan AMANAH 1 kerusi.

DAP dan AMANAH bersetuju untuk menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini. Sementara KEADILAN dan UPKO akan menggunakan logo masing-masing.


VIDEO: GASAK SABAH 2020 (Pelancaran Grup Sebaran Informasi Keadilan)




Biro Penerangan KEADILAN lancar GASAK kumpul sukarelawan PRN Sabah



Inisiatif Grup Sebaran Informasi KEADILAN (GASAK) diwujudkan oleh Biro Penerangan KEADILAN untuk mengumpul tenaga kempen bagi membantu jentera penerangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Menurut jurucakap majlis pelancaran GASAK, Ammar Akhtar Danish dari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, gerakan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan digerakkan oleh ahli AMK itu akan bergerak ke seluruh Sabah terutama di 14 kerusi yang ditandingi calon KEADILAN.

"Asas idea GASAK adalah sukarelawan turun padang berkempen dan memberi informasi kepada pengundi

"Sukarelawan yang menyertai GASAK boleh membantu kempen di Sabah," katanya.


Menurut Ammar lagi, sukarelawan juga boleh menyertai inisiatif GASAK dengan scan pada QR code pada video promosi gerakan itu.

GASAK telah dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Pelancaran Jentera Penerangan PRN KEADILAN, Sabah pada 6 September lalu.





(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021